omniture

Persekutuan Pergigian Dunia FDI mengeluarkan mesej video yang amat berkesan bertujuan menyatukan suara dalam sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia

FDI World Dental Federation
2024-03-20 09:00 19

Semasa sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia itu, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI membuat penampilan sulung mesej video yang berimpak dalam menyatukan suara dari pelbagai sektor, menyokong usaha kolektif untuk menambah baik kesihatan mulut di seluruh dunia. 

GENEVA, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ --  "Mulut Sihat Menjadikan Tubuh Badan Ceria," kata Persekutuan Pergigian Dunia FDI (FDI) pada Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) ini. Mesej yang amat berkesan ini menarik perhatian dengan pemimpin dari kerajaan, organisasi yang mewakili keadaan kesihatan kronik lain dan sektor swasta yang telah bersatu untuk meminjamkan suara masing-masing semasa pembikinan video baharu itu yang dikeluarkan pada hari ini. Inisiatif kerjasama ini menekankan keperluan mendesak untuk tindakan kolektif bagi memastikan akses sejagat kepada kesihatan mulut, yang penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan orang ramai secara keseluruhan di seluruh dunia.


FDI World Dental Federation releases powerful video message unifying voices in celebration of World Oral Health Day

"Kami mengatakan bahawa mulut sihat menjadikan tubuh ceria kerana kedua-duanya berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Memahami hubungan ini adalah penting untuk menambah baik kualiti hidup ramai orang di seluruh dunia," jelas Presiden FDI Dr Greg Chadwick.

Malah, kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk bernafas, makan, bercakap dan memberikan senyuman. Apabila penyakit mulut dibiarkan tidak dirawat, ini boleh memberikan impak yang teruk kepada kesihatan dan prospek sosial seseorang individu. Selain itu, mengekalkan kesihatan mulut yang baik boleh menyumbangkan kepada pencegahan keadaan lain seperti penyakit jantung dan pernafasan, kanser dan diabetes.

Malangnya, penyakit mulut pada masa ini disenaraikan sebagai keadaan kesihatan yang paling lazim di seluruh dunia, menjejaskan hampir 3.5 bilion individu, termasuk mereka yang mengalami kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut, menurut anggaran daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Meningkatkan kesedaran melalui WOHD tentang kepentingan mengelakkan faktor risiko seperti makanan dengan kandungan gula yang tinggi, kerap memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dan melakukan pemeriksaan gigi, adalah penting untuk memperkasa orang ramai yang menjaga tabiat kesihatan mulut yang baik. Walau bagaimanapun, dengan beban penyakit mulut yang masih tinggi, "Sudah jelas bahawa tiada entiti tunggal yang dapat menangani masalah kesihatan mulut dengan berkesan," tegas Dr Anna Lella, Pengerusi Kumpulan Kerja WOHD. "Ini merupakan sebab FDI telah menjadikan masalah ini sebagai misi pertubuhan bertujuan memangkinkan perkongsian, rangkaian, dasar dan program untuk memajukan kesihatan mulut sebagai komponen penting dalam kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan," sambungnya.

Melalui kerjasama dengan organisasi seperti NCD Alliance, Persekutuan Jantung Sedunia, Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Persekutuan Farmaseutikal Antarabangsa, antara lain, FDI menyokong kerjasama merentasi keadaan kesihatan dan profesion, untuk melindungi kesihatan orang ramai. Dengan menggerakkan ahli pertubuhan dan bekerjasama dengan pemimpin industri seperti Rakan Kongsi WOHD Denstply Sirona, 3M Health Care, Smile Train dan Haleon, FDI berusaha membentuk masa depan kesihatan mulut dengan menggalakkan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan penyakit mulut. Perkongsian awam, pihak swasta serta komitmen politik yang berterusan oleh kerajaan, seperti Ireland, adalah perkara utama untuk mencapai akses saksama kepada penjagaan kesihatan mulut yang berkualiti, serta kesihatan umum dan kesejahteraan untuk semua. 

"Kerjasama yang berkesan merentasi sektor dan pihak berkepentingan adalah penting untuk mencapai liputan sejagat bagi kesihatan mulut. Kita mesti bekerjasama untuk menghapuskan perbezaan supaya menjelang tahun 2030, kesihatan mulut menjadi hak yang boleh diakses secara sejagat," tegas Dr Chadwick.

Video ini berfungsi sebagai seruan untuk bertindak bagi usaha kerjasama dalam kesihatan mulut: Bersama-sama, kita boleh memperbaiki kehidupan di seluruh dunia. Kongsikan secara meluas pada Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini.

- Gambar boleh didapati di AP -

Hubungan media

Chaz Jagait, Pengarah Komunikasi dan Sokongan FDI
 Telefon Mudah Alih: +41 79 796 76 13
E-mel: cjagait@fdiworlddental.org

Maklumat Tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia

Diraikan setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Sedunia FDI bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai pencegahan dan kawalan penyakit mulut. www.worldoralhealthday.org; #WOHD24 #HappyMouth; @worldoralhealthday; @Toothiebeaver

Video - https://www.youtube.com/watch?v=IITly3M1j4Q

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals