omniture

Pangkalan Pembuatan GoodWe di Vietnam Dibuka Secara Rasmi

GoodWe
2024-03-20 09:09 9

HAI PHONG, Vietnam, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ -- GoodWe, penggiat utama dalam industri tenaga solar, mengumumkan secara rasmi operasi di kilang pembuatannya di Vietnam. Menonjolkan suatu pencapaian global, kemudahan baharu ini merupakan yang pertama di luar ibu pejabatnya di China dan ketiga dalam rangkaian pembuatan syarikat ini.

GoodWe Opens Manufacturing Plant in Vietnam
GoodWe Opens Manufacturing Plant in Vietnam

Meliputi keluasan kira-kira 14,800 meter persegi dan dibahagikan kepada dua fasa, kilang ini akan mengkhusus dalam pengeluaran penyongsang terikat-grid dan hibrid, pada mulanya menyasarkan pasaran-pasaran di Amerika Utara dan wilayah Asia yang utama. Setelah mencapai status operasi penuh, barisan pengeluaran Fasa I dijangka mencapai kapasiti tahunan 5GW.

"Penubuhan kemudahan ini menandakan pencapaian yang penting untuk GoodWe, menunjukkan komitmen teguh kami terhadap pembangunan fotovolta di seluruh dunia, terutamanya dalam pasaran Asia yang mana saya percaya akan menjadi inspirasi dan motivasi terbesar kepada pergerakan peralihan tenaga boleh baharu," kongsi James Hou, ketua bahagian jualan APAC, GoodWe.

Dengan mewujudkan pengeluaran tempatan di Vietnam, GoodWe menjangkakan peningkatan daya saing harga dalam pasaran global, serta penawaran perkhidmatan yang lebih baik dan penghantaran produk tepat pada masanya yang disesuaikan kepada pelbagai keperluan aplikasi kediaman, komersial & industri serta utiliti.

Kilang ini, memanfaatkan kepakaran pembuatan penyongsang GoodWe selama lebih sedekad, mengintegrasikan sepenuhnya teknologi pembuatan penyongsang termaju dan melaksanakan sistem kawalan kualiti yang ketat. Teknik-teknik pembuatan pintar, termasuk kebolehkesanan kualiti dan pemantauan digital, telah digabungkan.

Daniel Huang berkata, "Kami berdedikasi untuk menubuhkan sebuah kilang penanda aras luar negara, memperlihatkan kecemerlangan operasi dan mereplikasi kejayaan dalam pasaran-pasaran global kami pada masa akan datang. Impak positif daripada pencapaian ini juga adalah terhadap keupayaan inovasi GoodWe dan sumbangannya kepada penciptaan peluang pekerjaan dalam pasaran Vietnam tempatan."

Beliau juga berkata bahawa langkah ini menunjukkan contoh komitmen GoodWe untuk mengukuhkan imej jenama globalnya. "Menerusi pembukaan kilang Vietnam, kami berharap dapat memupuk peluang kerjasama pelanggan yang diperluaskan merentas pasaran-pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN serta selanjutnya."

GoodWe ialah pengeluar penyongsang PV dan penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka di dunia yang disenaraikan pada Bursa Saham Shanghai. Syarikat ini mempunyai hampir 5,000 pekerja di seluruh dunia dan pemasangan di lebih 100 negara dan wilayah. GoodWe menawarkan rangkaian luas produk dan penyelesaian yang disesuaikan untuk sistem PV kediaman, komersial dan industri serta skala utiliti. Pada tahun 2021, GoodWe diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga pembekal penyongsang hibrid terunggul di dunia oleh Wood Mackenzie.

 

Source: GoodWe
Keywords: Mining/Metals Oil/Energy Utilities Corporate Expansion General Manufacturing