omniture

Doo Financial HK Limited Berjaya Peroleh Lesen Urus Niaga dalam Sekuriti Jenis 1 Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (HK SFC)

Doo Group
2024-03-20 10:57 14

HONG KONG, 18 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Kami dengan gembiranya mengumumkan satu pencapaian penting untuk subsidiari Doo Group, Doo Financial HK Limited (No. Entiti Pusat: BSM562), yang berjaya memperoleh Lesen Jenis 1 (Urus Niaga dalam Sekuriti) yang berprestij daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (HK SFC).


HK SFC ialah sebuah badan berkanun bebas yang mengawasi pasaran sekuriti dan niaga hadapan Hong Kong. Badan berkanun ini mengkhusus untuk meningkatkan dan mengekalkan integriti serta kestabilan pasaran sekuriti dan niaga hadapan Hong Kong, melindungi kepentingan pelabur dan perniagaan. Menurut syarat-syarat peraturan Hong Kong, sesebuah syarikat harus mendapatkan lesen Jenis 1 daripada HKSFC bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan dagangan sekuriti di wilayah ini.

Lesen ini melibatkan syarat-syarat permohonan yang ketat, menilai aspek-aspek seperti model perniagaan syarikat, kedudukan kawangan, tadbir urus korporat, kelayakan pengurusan pihak atasan dan pekerja serta prestasi syarikat keseluruhan. Memanfaatkan komitmen kami terhadap standard pematuhan perniagaan yang tinggi dan kekuatan teguh kumpulan kami, Doo Financial HK Limited berjaya memperoleh lesen Jenis 1 (Urus Niaga dalam Sekuriti) HK SFC. Kelulusan ini mengizinkan kami untuk menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggan termasuk:

  • Pelaksanaan transaksi urus niaga sekuriti bagi pihak pelanggan;
  • Pengagihan sekuriti seperti unit amanah dan dana bersama;
  • 'Bookrunner' Bersama
  • Penempatan & Penajajaminan

Pasaran Hong Kong penting untuk Doo Group, membawakan pelbagai peluang yang strategik. Menerusi pemerolehan lesen ini, kami bersedia untuk mengembangkan sektor perniagaan kami, menyediakan kepada pelanggan dengan spektrum perkhidmatan kewangan yang lebih luas dan memudahkan penemuan peluang pelaburan baharu.

Sebelum ini, Doo Financial HK Limited memperoleh lesen Jenis 4 (Menasihat berhubung Sekuriti) dan Jenis 9 (Pengurusan Aset) HK SFC. Lesen Jenis 1 (Urus Niaga dalam Sekuriti) tambahan ini melengkapkan tawaran perkhidmatan kami, membolehkan kami menyediakan perdagangan sekuriti, perundingan pelaburan, pengurusan aset dan perkhidmatan kewangan lain di bawah pengawasan kawal selia yang ketat. Apa yang penting, ia mengukuhkan komitmen kami untuk melindungi hak-hak pelaburan pelanggan kami.

Memandang ke hadapan, kami tetap berdedikasi untuk mengekalkan standard pematuhan tertinggi dalam operasi kami, terus menyampaikan perkhidmatan kewangan profesional yang memperkasa pelanggan kami untuk meninjau dan memanfaatkan peluang pelaburan yang pelbagai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Laman Web Rasmi kami: doo.com 

Hubungi kami melalui Emel: marketing@doogroup.com

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Contracts New products/services