omniture

XenithIG Dianugerahkan Status Malaysia Digital

Xenith IG Singapore Pte Ltd
2024-03-20 11:41 2

Status Malaysia Digital memberi akses kepada XenithIG terhadap faedah-faedah yang membantu syarikat berkembang dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya dengan lebih baik, sekali gus mencipta peluang baharu untuk ekonomi digital Malaysia

SINGAPURA, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Xenith Infrastructure Group (XenithIG), penyedia infrastruktur rangkaian kritikal yang menawarkan perkhidmatan kepada penskala hiper, pengendali pusat data, pembawa dan pelanggan perusahaan di seluruh Asia Pasifik (APAC), dianugerahkan Status Malaysia Digital oleh Kerajaan Malaysia melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi di sebalik transformasi digital ekonomi Malaysia.

Status Malaysia Digital merupakan satu pengiktirafan yang memberi kelayakan kepada syarikat-syarikat yang layak dengan akses kepada insentif, hak serta keistimewaan daripada Kerajaan Malaysia; contohnya, infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia serta kefleksibelan untuk menggaji pekerja berpengetahuan tempatan dan asing. Ia memberi kapasiti dan ketangkasan yang lebih besar kepada XenithIG untuk beroperasi, berkembang, meluaskan atau melabur di mana-mana sahaja di Malaysia.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui MDEC dan teruja kerana Status Malaysia Digital akan memberi akses kepada kami terhadap faedah-faedah yang dapat membantu XenithIG berkembang dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik, sekali gus mencipta peluang baharu untuk ekonomi digital Malaysia," kata Luke Mackinnon, Ketua Pegawai Eksekutif XenithIG. "Anugerah ini menekankan komitmen kami terhadap pasaran APAC dan pelaburan berkekalan kami di rantau yang sedang mengalami pertumbuhan pesat terhadap permintaan untuk infrastruktur rangkaian kritikal."

"Kami amat mengalu-alukan XenithIG ke dalam keluarga Malaysia Digital dan kami berasa gembira dapat menyokong matlamat pertumbuhan XenithIG di Malaysia dan APAC," kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC. "Menerusi infrastruktur gentian gelap milik penuh, berkapasiti tinggi dan pasukan eksekutif dengan pengetahuan yang mendalam, XenithIG membawa bersama bakat, kepakaran, teknologi serta inovasi ke wilayah kami yang akan menjadi sebahagian daripada ekosistem digital kami yang semakin berkembang di Malaysia. Bekerjasama dengan perusahaan seperti XenithIG mengukuhkan lagi strategi negara kami untuk merancakkan ekonomi digital kami. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan XenithIG bagi pertumbuhannya di Malaysia dan selanjutnya."

Infrastruktur digital baharu, tersuai, terkini XenithIG serta perkhidmatan dan penyelesaian gentian gelap yang lain dijangka tersedia di Johor dan Kuala Lumpur tidak lama lagi dalam tahun 2024. Infrastruktur, perkhidmatan dan penyelesaian baharu ini akan membantu memenuhi keperluan organisasi-organisasi dengan keperluan ketersambungan yang mendesak seperti penskala hiper dan pengendali OTT di Malaysia. Penyediaan infrastruktur, perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian gentian gelap XenithIG akan mencipta infrastruktur yang bingkas, menjana peluang pekerjaan baharu, memupuk set kemahiran baharu serta menggalakkan inovasi di Malaysia, lalu menyumbang kepada industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Latar Belakang XenithIG 

XenithIG membawakan infrastruktur rangkaian yang tangkas, kritikal kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di APAC.

Menerusi infrastruktur gentian gelap milik penuh, berkapasiti tinggi, XenithIG menghubungkan pusat data, stesen pendaratan kabel dan titik saling sambung rangkaian utama yang lain dengan kabel gentian optik gelap terbaru, terkini. Aset infrastruktur kritikal XenithIG adalah tangkas, bawah tanah, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat serta berupaya ditugaskan dengan cepat untuk membolehkan operasi pelanggan berjalan dalam beberapa hari, bukan beberapa minggu atau bulan. Pasukan eksekutif XenithIG memiliki kepakaran mendalam, terbukti yang diperlukan untuk menyahut cabaran yang ditimbulkan oleh landskap ketersambungan kompleks dalam beberapa pasaran pusat data yang terbesar dan paling padat di dunia.

www.xenithig.com 

 

Source: Xenith IG Singapore Pte Ltd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards