omniture

CGTN: Pemeriksaan Hunan oleh Xi tonjolkan daya produktif berkualiti baharu disesuaikan mengikut keadaan setempat

CGTN
2024-03-21 01:42 15

BEIJING, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping memeriksa Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, China tengah, pada hari Isnin.

Semasa pemeriksaan, Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, mempelajari tentang usaha tempatan untuk mempercepatkan pembangunan daya produktif berkualiti baharu dan menggalakkan keterbukaan standard tinggi.

Daya produktif berkualiti baharu disesuaikan mengikut keadaan setempat 

Lawatan pemeriksaan Hunan dipercayai menjadi panduan di lapangan pertama oleh Xi untuk mempercepatkan pembangunan daya produktif berkualiti baharu mengikut keadaan setempat.

Di Changsha, beliau melawat BASF Shanshan Battery Materials Co., Ltd., satu usaha sama yang dibentuk oleh perusahaan Jerman, BASF dan syarikat Cina, Shanshan dalam tahun 2021.

Syarikat ini merupakan pembekal global yang terkemuka bagi bahan bateri litium dan produknya digunakan secara meluas dalam bidang teknologi tinggi, termasuk kenderaan elektrik dan stesen janakuasa storan tenaga berskala besar.

Lawatan Xi ke Hunan dibuat selepas sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan, badan perundangan tertinggi China dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina, badan penasihat politik tertinggi negara ini, pada awal bulan Mac, yang mana ketika itu beliau menegaskan kepentingan mempercepatkan pembangunan daya produktif berkualiti baharu yang disesuaikan mengikut keadaan setempat dalam satu perbincangan yang teliti bersama timbalan-timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan daripada delegasi Wilayah Jiangsu.

Semasa perbincangan, beliau menggesa lokaliti untuk mengambil kira endowmen sumber mereka sendiri, asas industri dan keadaan penyelidikan saintifik secara menggalakkan secara selektif pembangunan industri baharu, model baharu dan pemacu pertumbuhan baharu. Beliau turut menggesa mereka untuk menggunakan teknologi baharu bagi mentransformasikan dan menaik taraf industri-industri tradisional menjadi industri-industri berkualiti tertinggi, pintar dan hijau.

Keterbukaan standard tinggi 

Ini merupakan lawatan pemeriksaan keempat Xi ke Hunan. Empat lawatan beliau ke wilayah berkenaan bertepatan dengan detik penting dalam usaha penggiatan semula negara ini.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China dan penting untuk negara ini merealisasikan matlamat dan tugas Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025).

Memperluaskan keterbukaan standard tinggi telahpun dikenal pasti oleh pemimpin-pemimpin Cina sebagai keutamaan untuk kerja-kerja ekonomi dalam tahun 2024 dan ia diketengahkan dalam laporan kerja kerajaan pada tahun ini.

Hunan merupakan wilayah ekonomi yang utama di China tengah dan jumlah keluaran ekonominya melebihi 5 trilion yuan ($0.69 trilion) buat julung kalinya pada tahun lalu.

Semasa lawatan beliau ke BASF Shanshan Battery Materials Co., Ltd., Xi turut mempelajari tentang usaha untuk menggalakkan keterbukaan standard tinggi.

Hunan menumpukan perhatian untuk menjadi kawasan penting bagi reformasi dan keterbukaan di China tengah memandangkan Xi menggesa wilayah berkenaan untuk bersepadu secara mendalam ke dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta memajukan pembangunan perdagangan asing yang inovatif.

https://news.cgtn.com/news/2024-03-19/Xi-s-Hunan-inspection-highlights-new-quality-productive-forces-1s6suGMNZGE/p.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities