omniture

"Tahun Baharu Cina gaya-Sanya" menjadi penetap trend unggul Festival Musim Bunga di China

China Media Group Mobile
2024-03-21 13:46 91

SANYA, China, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Semasa Festival Musim Bunga 2024 bagi Tahun Naga, Sanya Tourism Board dengan kerjasama China Media Group (CMG), memulakan logo berkaitan budaya dan pelancongan "Welcome to Sanya" ("Selamat Datang ke Sanya"), memaparkan pemandangan indah dan budaya di Sanya, melalui pendekatan media komprehensif yang menampilkan propaganda dan siri video pendek, seperti Wonderland Sanya dan A Bus Tour Across China•Sanya.

Welcome to Sanya
Welcome to Sanya

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/9257551-sanya-style-chinese-new-year-becomes-top-trendsetter-for-sprin-festival-in-china/

Semasa Festival Musim Bunga, Sanya mempersembahkan lebih seratus aktiviti tahun baharu Cina seperti taman tema, festival beruang dan gala festival tanglung, membawakan "pengalaman cuti tahun baharu" tropika yang unik kepada tetamu dari seluruh dunia.

Sebagai destinasi pelancongan yang ideal, Sanya menyediakan cuaca yang sempurna semasa Festival Musim Bunga. Selain daripada persekitaran semula jadi yang luar biasa, budaya tempatan dan sumber pelancongan yang mempunyai cirinya yang tersendiri turut menggamit perhatian orang ramai. Pelancong dari seluruh dunia boleh mengalami tradisi dan budaya Cina sambil menikmati perkhidmatan pelancongan yang berkualiti tinggi. Melaksanakan kedua-dua pameran budaya tradisional dan pengedaran hiburan moden, Teluk Haitang, Teluk Yalong, Teluk Sanya dan Teluk Yazhou di Sanya bersaing sesama sendiri dengan penuh kemegahan.

Sanya juga memfokuskan untuk menyediakan kegiatan masa lapang yang beraneka ragam kepada pelanggan yang berbeza. Sama ada anda gemar membeli-belah atau mengambil gambar pemandangan yang indah, cenderung ke arah aktiviti pengembaraan, ingin berehat dan bersantai atau menyukai sukan air, Sanya bukan sahaja dapat memberikan semua pilihan kepada anda, tetapi turut melengkapkannya dengan mekanisme pampasan prabayar yang memberi jaminan "perjalanan tanpa bimbang" di Sanya kepada anda.

Label promosi "Selamat Datang ke Sanya" diabadikan sebagai ungkapan penarik dan mencapai 1.15 bilion kali publisiti di laman web Cina, yang bukan sahaja berjaya meningkatkan reputasi Sanya, tetapi juga dapat mempromosikan selanjutnya pembangunan pelancongan dan ekonomi tempatan. Semasa festival ini, Bandar Sanya menerima 2.4814 juta pelancong, membawa masuk hasil pelancongan sebanyak 7.494 bilion yuan. Mulai 19 hingga 22 Mac, Sanya Tourism Board dengan kerjasama perusahaan-perusahaan berkaitan pelancongan daripada Sanya Economic Circle, melancarkan satu siri aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan di Singapura bagi tahun 2024. Seterusnya, Sanya Tourism Board akan mengadakan lawatan ke Timur Tengah, Eropah, Jepun, Korea Selatan dan tempat-tempat lain untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara bagi mengunjungi Sanya, menceritakan kisah "Beautiful Sanya" kepada pasaran antarabangsa dan menggalakkan pembangunan pasaran pelancongan dalam negeri yang dipercepatkan.

Source: China Media Group Mobile
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Travel New products/services