omniture

Huawei Keluarkan Laporan Kampus Pintar 2030

Huawei
2024-03-21 14:51 72

SHENZHEN, China, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Semasa Persidangan Rakan Kongsi China Huawei 2024 di Shenzhen, syarikat ini mendedahkan laporan Intelligent Campus 2030 (Kampus Pintar 2030) yang menawarkan pandangan berharga tentang trend pembangunan kampus, mentakrifkan senario bernilai tinggi, menghuraikan tentang ciri-ciri teknikal yang penting dalam kampus pintar masa depan serta mencadangkan seni bina rujukan berserta penunjuk kuantitatif. Laporan ini membayangkan cara yang inovatif untuk membangunkan kampus pintar.

Kampus ialah unit asas dalam mewujudkan sesebuah bandar. Ia merupakan tempat utama di mana orang ramai tinggal dan bekerja. Ia bertindak sebagai pembawa penting untuk merangsang ekonomi digital dan titik utama untuk merealisasikan transformasi hijau dan rendah karbon. Beberapa tahun yang lalu menyaksikan sumber-sumber kajian yang signifikan diaplikasikan kepada penciptaan kampus pintar yang telah beralih kepada kawasan yang belum diterokai. Laporan Intelligent Campus 2030 dikeluarkan pada waktu yang sangat baik dan menghimpunkan pandangan Huawei, ilmuwan industri dan pakar mengenai masa depan kampus pintar.

Michael Ma, Naib Presiden Huawei dan Presiden Jabatan Pengurusan & Penyelesaian Portfolio Produk ICT Huawei, menyampaikan ucapan di persidangan tersebut. "Selama lebih tiga dekad lamanya, Huawei berusaha dengan tidak berbelah bahagi membangunkan teknologi masa depan, mengukuhkan syarikat untuk mencapai kedudukan semasanya pada hari ini sebagai penyedia utama global bagi infrastruktur ICT dan peranti pintar," kata Michael Ma. Beliau menyambung dan menyatakan bahawa pasukan penyelidikan Huawei mengadakan lebih daripada 50 sesi seminar untuk berkomunikasi dengan lebih 100 ilmuwan, rakan kongsi serta institut penyelidikan dalam industri ini, yang mana pemikiran mereka yang berpandangan jauh diringkaskan dalam laporan Intelligent Campus 2030. "Kami berharap laporan ini akan menjadi pendorong kepada pembangunan dan pembinaan kampus pintar di seluruh dunia. Huawei berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi global untuk membuka bab baharu demi pembangunan kampus pintar."

Michael Ma, Vice President of Huawei and President of Huawei's ICT Product Portfolio Mgmt & Solutions Dept
Michael Ma, Vice President of Huawei and President of Huawei's ICT Product Portfolio Mgmt & Solutions Dept

Kevin Su, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Campus Team menyampaikan ucaptama di persidangan tersebut. Beliau berkata, "Sebagai manusia, kita mempunyai keinginan semula jadi untuk meneroka masa depan. Huawei mengumpul kebijaksanaan rakan kongsi bagi merangka pelan tindakan untuk kampus pintar masa depan." Menurut Kevin Su, Huawei percaya kampus pintar akan menjadi campuran antara ruang fizikal, digital dan insan serta sistem yang berkembang sendiri yang pintar sepenuhnya, berpusatkan manusia dan mampan. "Huawei komited untuk membawakan fungsi digital kepada setiap kampus demi kecerdasan menyeluruh," kata Kevin Su.

Huawei releases the Intelligent Campus 2030 report
Huawei releases the Intelligent Campus 2030 report

Berdasarkan kepada pandangan dan amalan kampus pintar global, laporan ini mencadangkan definisi berpandangan jauh terhadap kampus pintar masa depan berserta visi untuk kemajuannya. Ia menggariskan lima trend yang memberi kesan ke atas pembangunan kampus pintar, menggambarkan secara sistematik 10 senario masa depan tipikal dan mentakrifkan enam ciri teknikal penting kampus pintar masa depan buat kali pertama. Secara inovatif, laporan ini mencadangkan seni bina rujukan unik untuk kampus pintar dan 22 penunjuk kuantitatif bagi meramalkan prospek kampus pintar, lalu membimbing pelaksanaan dan pembinaannya.

Huawei mengundang beberapa penceramah terkemuka untuk berkongsi pandangan dan harapan mereka terhadap masa depan kampus pintar di Forum Kampus Pintar 2030, termasuk Ding Lieyun, ahli akademik daripada Chinese Academy of Engineering, Peter Nijkamp, felow Royal Netherlands Academy of Sciences serta Academia Europaea dan juga Norman Sze, Naib Kursi Deloitte China.

Melangkah ke hadapan, Huawei akan terus mengutamakan konsep teras "mengumpul rakan kongsi dan berjaya melalui data dan AI". Huawei akan mengukuhkan sistem "Rakan Kongsi + Huawei" serta mempererat kerjasama dengan puluhan ribu rakan kongsi. Dengan melaksanakan apa yang disebut di atas, Huawei bermatlamat untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam transformasi digital serta pintar mereka dan untuk mencipta, berkongsi dan menikmati nilai baharu secara bersama dalam dunia digital dan pintar.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai laporan Intelligent Campus 2030: https://www.huawei.com/cn/giv/intelligent-campus-2030

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research Trade show news Artificial Intelligence