omniture

Modul siri Vertex N 720W Trina Solar beri kuasa projek di pelbagai persekitaran

Trina Solar Co., Ltd
2024-03-21 20:53 14

CHANGZHOU, China, 21 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Projek pertanian agrivolta 100MW di Wanning, wilayah Hainan, disambungkan ke grid dalam pertengahan bulan Februari menggunakan modul siri Vertex N 720W Trina Solar. Purata penjanaan kuasa tahunannya dijangka mencapai 133 GWj. Loji ini, salah satu projek pertanian agrivolta utama di Wanning dan akan menjadi contoh model pertanian PV +, menyampaikan kedua-dua faedah alam sekitar dengan membina rumah hijau sayur-sayuran di bawah panel solar dan faedah sosial dengan mencipta kira-kira 100 peluang pekerjaan untuk petani tempatan dan membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dengan banyak.

Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, menaik taraf teknologi i-TOPCon dan modul siri Vertex N 720W yang dinaik taraf mempunyai kecekapan sehingga 23.2%. Sebagai salah satu modul yang paling popular di serata dunia, modul siri Vertex N 720W Trina Solar digunakan secara meluas dalam pelbagai persekitaran.

Stesen janakuasa PV 500MW di kawasan padang pasir altitud tinggi, barat laut China disambungkan ke grid pada lewat Disember, kesemuanya menggunakan modul siri Vertex N 720W. Loji berkenaan dijangka mencapai purata hasil tenaga tahunan kira-kira 1 bilion kWj. Pemasangan 30MW modul siri Vertex N 720W Trina Solar untuk projek storan tenaga fotovolta bersepadu di kawasan padang pasir barat laut China telahpun disiapkan baru-baru ini pada lewat Disember. Satu lagi loji solar dan storan altitud tinggi menggunakan modul siri 88MW Vertex N 720W disambungkan ke grid pada bulan November.

Projek-projek ini terus menggambarkan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh pemilik terhadap modul siri Vertex N 720W Trina Solar, produk utama dalam stesen janakuasa dipasang di darat. Ia menawarkan kos LCOE dan BOS yang lebih rendah dengan voltan rendah, kuasa tinggi dan degradasi ultra rendah, kedwimukaan tinggi serta kuasa rentetan yang lebih tinggi.

Cao Yunduan, ketua bahagian penjenamaan dan pemasaran di Trina Solar berkata: "Modul siri Vertex N 720W menjadi sangat popular lantaran keandalannya yang tinggi, terutamanya dalam keadaan berceranggah. Kami yakin modul siri Vertex N 720W kami akan semakin banyak digunakan di seluruh dunia."

Trina Solar komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian PV pintar dan storan tenaga serta akan terus berinovasi dengan teknologi i-TOPCon jenis-n arus perdananya dan juga produk andal, memperkasa syarikat untuk terus menerajui industri ini dalam era 700W+.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Agriculture Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts New products/services