omniture

Anomaly lantik Camilla Harrisson sebagai CEO, Rakan Kongsi London

Anomaly
2014-10-02 23:36 129

LONDON, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Carl Johnson hari ini mengumumkan pelantikan Camilla Harrisson sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Partner – Anomaly London. Camilla kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif M&C Saatchi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120124/NY40208LOGO

"Beliau amat cemerlang dan satu-satunya individu yang pernah kami berbicara tentangnya. Beliau gembira dengan peranan sedia ada beliau namun peluang keusahawanan untuk memanfaatkan kuasa jenama dan platform Anomaly terlalu menarik sehingga menyebabkan beliau sukar untuk menolaknya…" kata Johnson.

Beliau turut berkata "…kami telah berkembang sebanyak lebih 400 peratus pada peringkat global sejak empat tahun lalu dan inilah saatnya pejabat London kami menjadi sebaik pejabat New York atau Toronto mahupun Shanghai. Secara terus terang, saya berasa jengkel atas ketidakmampuan kami untuk menterjemahkan keistimewaan Anomaly kepada pasaran tersebut. Kami telah mengalami lonjakan pertumbuhan berterusan di New York dan mendapat peluang strategik untuk membuka pejabat yang hebat di Shanghai, tetapi kini kami akan memperbaharui tumpuan untuk berkembang ke UK.

"Kami mempunyai beberapa pelanggan dan bakat bertaraf dunia termasuklah Budweiser, Converse, Diageo, Google serta P&G di pelbagai pejabat – kini tiada lagi alasan untuk kami tidak menjadi penggerak di London.

"Kemahiran kepimpinan Camilla menjadikan beliau benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab ini, maka kami amat teruja.

"Para pelanggan UK tidak kebal terhadap kuasa perubahan yang mengakibatkan kacau-bilau kepada perniagaan, landskap media serta belanjawan pada peringkat global manakala kebanyakan agensi pula tidak bersedia untuk mengendalikan dunia baharu ini. Kami telah diwujudkan khusus untuk menangani cabaran ini dengan agenda yang jelas bagi menerajui transformasi model agensi.

"Namun begitu, agensi seperti kami hanyalah sekuat Perkongsian yang dilakukan – berikutan nasib malang, hubungan yang tidak baik, pemilihan yang salah dan juga proses membuat keputusan saya yang buruk, akhirnya kami beroleh peluang untuk membawakan Anomaly dengan betul ke London."

Barisan Rakan Kongsi London dilengkapkan dengan penyertaan Camilla dalam Oli Beale & Alex Holder (Pengarah Kreatif Eksekutif, sebelumnya di Mother London); dan bertemu semula dengan Stuart Smith, Ketua Pegawai Strategi, yang beliau pernah bekerja bersama di Wieden+Kennedy (setelah itu, Stuart berpindah untuk memimpin Strategy di Google Creative Labs di New York).

Pada masa yang sama Ben Moore, Rakan Kongsi semasa di London, akan berpindah untuk menjadi Pengarah – Pembangunan Global untuk bekerja dalam tempoh singkat tertentu bersama Carl untuk memastikan segala yang melibatkan pengetahuan, bakat, peralatan serta teknologi tersedia untuk memastikan perkembangan 1+1=3 berlaku di seluruh jejak pejabat global Anomaly yang lebih besar dan ketara.

"Ben adalah amat pintar dengan pelbagai pengalaman antarabangsa yang cemerlang tetapi saya telah memberi beliau peranan yang salah – ini adalah lebih sesuai untuk beliau dan kami agar kami dapat terus berkembang serta berevolusi dengan para pelanggan kami."

Latar Belakang Anomaly

Setelah ditubuhkan pada tahun 2004, Anomaly ialah agensi 'model baharu' yang sukar untuk ditakrifkan, namun amat menarik untuk bekerja, dengan beberapa pejabatnya di New York, London, Amsterdam, Toronto serta Shanghai. Senarai pelanggan cip biru agensi ini termasuklah Budweiser, Converse, Diageo, Duracell, Google, MINI, Pepsi dan juga P&G. Anomaly telah diiktiraf atas pelbagai hasil kerja termasuk Gold Effies untuk keberkesanan termasuklah Strategi Media dan sebagai Pemilik Jenama; Lions, Cyber Lions serta Grand Prix daripada Cannes, Hadiah Muzik Mercury; dan juga dua anugerah Emmy untuk siri TV yang dimiliki bersama dan dihasilkan oleh agensi tersebut.

Source: Anomaly
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Personnel announcements