SEOUL, Korea Selatan, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Meneruskan kejayan cabaran #PrepPair, yang mengumpul jumlah penonton yang mengagumkan iaitu sebanyak lebih 49 juta tontonan, COSRX, jenama penjagaan kulit kegemaran pakar kulit, dengan gembiranya mendedahkan kempen TikTok yang terkini: cabaran #PatThePeptide.
Kempen #PatThePeptide bertujuan untuk memaparkan dan menekankan sejauh mana produk popular COSRX, The 6 Peptide Skin Booster Serum, menjadikan penjagaan kulit lebih boleh dicapai berbanding sebelum ini. Secara tradisinya dikaitkan dengan penjagaan kulit mewah, COSRX mentakrifkan semula peptida bagi memastikan ia kini mampu milik, lagi amat berkesan dan sesuai untuk semua serta tersedia dalam format mesra pengguna yang membantu meningkatkan hasil sekali gus memperkemas sebarang rutin penjagaan kulit.
Ciri-ciri utama The 6 Peptide Skin Booster Serum termasuk:
Untuk mengambil bahagian dalam cabaran #PatThePeptide, pengguna digalakkan untuk menggunakan tapis cabaran pada TikTok bagi menunjukkan betapa mudah & menyeronokkan apabila menggabungkan The 6 Peptide Skin Booster Serum COSRX dalam sebarang rutin – ia hanya melibatkan satu atau beberapa tepukan lembut. Selepas memaparkan langkah-langkah diinspirasikan oleh peptida, peserta dinasihatkan untuk berkongsi kandungan mereka menggunakan tanda pagar khusus, @cosrx_my #COSRX #PatThePeptide #SkinFlooding #Peptide agar dapat dimasukkan ke dalam cabutan harga.
10 pemenang teratas akan menerima seberkas produk COSRX termasuk The 6 Peptide Skin Booster Serum, The Vitamin C 23 Serum, The Retinol 0.1 Cream, The Niacinamide 15 Serum dan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence. Di samping itu, 90 pemenang teratas akan menerima The 6 Peptide Skin Booster Serum dan produk COSRX yang dipilih secara rawak daripada koleksi COSRX. Cabaran ini berakhir pada 31 Mac 2024 (MST) dan pemenang akan diumumkan melalui Instagram rasmi COSRX (@malaysia_cosrx) dan saluran TikTok (@cosrx_my) pada 15 April 2024 (MST).
Selain daripada hadiah yang hebat ini, peserta diundang untuk menyertai program gabungan TikTok untuk memperoleh komisen 15% yang sangat besar. Penting untuk dinyatakan bahawa kadar komisen ini terhad kepada durasi terma-terma kempen. Dengan menandakan Malaysia TikTok Shop (@cosrx_my) rasmi COSRX dan produk yang ditampilkan seperti The 6 Peptide Skin Booster Serum dalam ulasan, kandungan atau siaran langsung anda, anda boleh mengewangkan pengaruh anda dan berkongsi minat anda kepada penjagaan kulit bersama khalayak anda. Inilah peluang untuk mengubah minat anda menjadi keuntungan sambil mempromosikan produk penjagaan kulit terbaik anda. Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti gabungan COSRX.
Para peserta diundang untuk menyertai cabaran #PatThePeptide dan membongkar rahsia kulit yang yakin dan berseri dengan COSRX.
Latar Belakang COSRX
Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat dan mampu milik, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran dunia. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan olehnya dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Malaysia TikTok Shop, Shopee dan Watsons Malaysia.