TORONTO, 2 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Laborie Medical Technologies, Inc. ("LABORIE"), berpangkalan di Toronto, Ontario, telah melengkapkan pengambilalihan Unisensor AG dan Unisensor USA, Inc. Unisensor mempunyai ibu pejabat di Wiesendangen, Switzerland dengan beberapa operasi AS di Portsmouth, New Hampshire. Unisensor mempunyai pengkhususan dalam pembangunan dan pengeluaran pengesan mikro, dengan resolusi tinggi bagi mengukur tekanan serta nilai pH untuk pasaran Gastroenterologi dan Urologi.
Pengambilalihan Unisensor oleh LABORIE mengembangkan kepimpinan pasaran dan inovasi miliknya dalam pengukuran tekanan diagnostik Urologi kepada pasaran Gastroenterologi. Unisensor akan kekal sebagai platform GI yang berdiri sendiri dengan meneruskan penyelidikan & pembangunan serta pengeluarannya di Wiesendangen serta Portsmouth berserta tumpuan yang berterusan pada saluran pelanggan sedia ada.
"Kami amat gembira dengan gabungan Unisensor dan LABORIE," ujar Brian Ellacott, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LABORIE. "Kedua-dua syarikat mempunyai sejarah inovasi dalam pasaran masing-masing dan terdapat peluang yang besar untuk memanfaatkan teknologi ini dalam pasaran diagnostik dan rawatan Urologi serta GI yang berdampingan."
Ketua Pegawai Eksekutif Unisensor, Peter Schlumpf berkata, "Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Laborie dengan reputasi globalnya sebagai peneraju inovasi daripada segi diagnostik serta rawatan lantai pelvis. Falsafah dan budaya yang sama dalam pembangunan teknologi antara kedua-dua organisasi kami akan membantu kami untuk menghasilkan produk baharu yang menarik pada kadar yang lebih pantas untuk pasaran Urologi dan Gastroenterologi."
Latar Belakang LABORIE
LABORIE merupakan pembangun, pengeluar serta pemasar peringkat global yang terkemuka bagi teknologi perubatan yang inovatif serta bahan guna habis yang digunakan untuk diagnosis dan rawatan Inkontinens Urinari dan Tinja, selain gangguan lantai pelvis lain dalam bidang Urologi, Ginekologi serta Kolorektum.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan lengkap produk LABORIE, sila layari http://www.laborie.com atau hubungi +1 905.612.1170