AARHUS, Denmark, Oktober 3, 2014 /PRNewswire/ --
Kadar kejayaan pembiakan berbantu telah ditingkatkan secara signifikan dengan penggunaan teknologi selang masa revolusioner
Kajian yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal saintifik terkemuka Fertility & Sterility, mengesahkan yang teknologi revolusioner dan terbukti secara klinikal boleh meningkatkan kadar kejayaan secara signifikan dalam pembiakan berbantu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130704/626274 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705975 )
Penggunaan sistem selang masa EmbryoScope® telah meningkatkan secara signifikan kadar kehamilan berterusan dan kadar penempelan, serta mengurangkan keguguran kehamilan awal secara signifikan. Semua keputusan ini adalah daripada salah satu klinik kesuburan berbilang pusat terbesar di dunia, IVI, yang berpusat di Valencia, Sepanyol. Kajian semasa itu telah dijalankan sebagai susulan kepada analisis retrospektif besar yang melaporkan pada tahun 2012 yang kombinasi kultur tidak diganggu dan algoritma pengelasan embrio tersuai khusus telah menghasilkan kadar kehamilan yang lebih tinggi. Data yang dibentangkan sekarang mengesahkan sedikit kenaikan sebanyak lebih 20 peratus dalam kadar kehamilan klinikal dengan menggunakan sistem selang masa EmbryoScope® berbanding prosedur penilaian biasa.
Dalam kajian semasa itu, 843 pesakit telah dipilih secara rawak daripada golongan yang menggunakan rawatan sistem selang masa EmbryoScope® dan inkubasi biasa. Penilaian embrio dalam sistem selang masa itu telah memanfaatkan model morfokinetik tersuai khusus yang menggunakan pemboleh ubah selang masa dan morfologi untuk memilih embrio, manakala morfologi biasa pula telah digunakan dalam sistem inkubasi biasa. Para pesakit yang menerima rawatan EmbryoScope® menggunakan model morfokinetik mempunyai kebarangkalian sebanyak 23.2 peratus lebih tinggi untuk hamil secara berterusan dan kebarangkalian 35.7 peratus lebih rendah untuk mengalami keguguran awal. Dr. Marcos Meseguer dan pasukan beliau telah menghasilkan algoritma ini, yang boleh didapati di makmal IVI.
"Kajian ini adalah yang terbesar setakat ini yang mengkaji manfaat klinikal teknologi selang masa terhadap hasil klinikal, dan kami gembira dapat mengesahkan penemuan kami yang terdahulu," kata Dr. Meseguer, yang telah menjalankan kaji selidik itu. "IVI sentiasa berada di barisan hadapan dalam menawarkan rawatan yang baharu dan lebih baik untuk para pesakit kami, dan kami adalah antara klinik pertama di dunia yang menawarkan sistem selang masa EmbryoScope® secara rutin kepada para pesakit kami. Ini turut mengesahkan kajian yang kami telah jalankan dalam membangunkan model penilaian embrio tersuai khusus akan meningkatkan lagi usaha kami untuk membantu pasangan tiada anak untuk mengecapi impian mereka bagi menimang cahaya mata."
Keputusan itu mencerminkan faedah menggunakan model penilaian tersuai khusus, yang telah dibangunkan dengan menganalisis keputusan hasil daripada rawatan terdahulu dan menggabungkan itu dengan inkubasi unggul dalam sistem selang masa EmbryoScope®. Kajian terdahulu yang dijalankan oleh IVI menunjukkan yang inkubasi yang lebih baik sahaja tidak cukup untuk menunjukkan penambahbaikan besar dalam hasil klinikal yang diperhatikan dalam kajian ini.
"Unisense Fertilitech telah mengiktiraf keperluan untuk mencipta perisian canggih bagi membenarkan klinik mereka bentuk dan menggunakan model yang disuai khusus menurut amalan klinikal mereka sendiri," kata Ketua Pegawai Keselamatan Niels Birger Ramsing. "Kami terus melabur sumber bagi menambah baik alatan perisian ini dan untuk membangunkan model penilaian embrio permulaan yang akan sedia untuk digunakan oleh lebih banyak klinik."
Sistem selang masa EmbryoScope® telah digunakan secara klinikal sejak tahun 2009 dan sejak itu telah digunakan dalam lebih 200,000 rawatan pesakit di 46 negara.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Michael Reeslev: "Keputusan ini mengesahkan penambahbaikan hasil yang dilaporkan oleh sebilangan klinik yang menggunakan sistem kami dan kami gembira yang ujian terkawal terawak prospektif ini menunjukkan yang teknologi kami menawarkan faedah yang signifikan kepada klinik dan para pesakit mereka."
Latar belakang Unisense FertiliTech A/S:
Unisense FertiliTech A/S telah ditubuhkan pada tahun 2003 bagi membangunkan teknologi untuk menambah baik penilaian embrio manusia dalam pembiakan berbantu. Unisense Fertilitech telah membangunkan dan turut mengeluarkan sistem selang masa EmbryoScope®, membantu memperbaiki rawatan IVF, rutin kerja fleksibel serta komunikasi berkesan melalui dokumentasi menyeluruh pembangunan embrio dan peningkatan berevolusi dalam pemilihan. Sistem itu mempunyai kelulusan FDA 510(k) dan memegang Tanda CE sebagai peranti perubatan Kelas II.
Misi kami ialah: Melalui penyelidikan menyeluruh dan dokumentasi klinikal, kami menyediakan klinik kesuburan dengan teknologi inovatif yang meningkatkan peluang untuk hasil kehamilan yang positif. "Kejayaan Anda bermula di sini"