omniture

Telkomsel dan Huawei Rasmikan Gudang Pintar 5G dan Pusat Inovasi 5G Pertama Indonesia

Huawei
2024-03-22 12:48 150

JAKARTA, Indonesia, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Penyedia telekomunikasi yang terkemuka Telkomsel dan penyedia penyelesaian ICT global Huawei merasmikan Gudang Pintar 5G dan Pusat Inovasi 5G pertama Indonesia di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat. Kemudahan mercu tanda ini memaparkan potensi teknologi 5G untuk mengubah pengurusan gudang, meningkatkan kecekapan operasi dan mencipta peluang baharu untuk industri logistik bagi menyokong lonjakan ekonomi digital menuju Wawasan Indonesia Emas 2045.

Telkomsel and Huawei inaugurating Indonesia's first 5G Smart Warehouse togther with other partners
Telkomsel and Huawei inaugurating Indonesia's first 5G Smart Warehouse togther with other partners

Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Long, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Indonesia dan dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuk Dr. Ir. Ismail MT, Ketua Pengarah Pengurusan Sumber dan Peralatan Pos dan Informatik, Kementerian Komunikasi dan Informatik; Indra Mardiatna, Pengarah Rangkaian Telkomsel; Derrick Heng, Pengarah Pemasaran Telkomsel; Mahendra Rianto, Pengerusi Indonesian Logistics Association; dan wakil-wakil daripada Bandung Institute of Technology, Telkom University serta wakil-wakil lain daripada kalangan rakan kongsi industri.

Ketua Pengarah Dr. Ir. Ismail MT menekankan, "Gudang Pintar 5G Huawei berfungsi baik sebagai peringatan mahupun model unggul untuk ekosistem ini, memperlihatkan integrasi teknologi 5G yang segera dan lancar ke dalam usaha pendigitalan. Integrasi ini ternyata menghasilkan penyelesaian inovatif yang meluaskan faedah-faedah melangkaui sektor logistik kepada pelbagai industri. Kemajuan sedemikian boleh dicapai semata-mata melalui usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, bersatu dalam usaha untuk mempercepatkan transformasi digital negara ini."

En. Long, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Indonesia, menonjolkan komitmen Huawei untuk menyokong kerajaan dan penggiat industri membuka peluang digital Indonesia. "Di sidang kemuncak Solo 5G tahun lalu, bersama-sama rakan kongsi industri, kami berjanji untuk meningkatkan ekosistem 5G. Gudang Pintar 5G merupakan bukti kepada nilai yang boleh dibawa oleh teknologi 5G kepada industri-industri tradisional di Indonesia," ujar beliau.

Indra Mardiatna, Pengarah Rangkaian Telkomsel menyatakan, "Selaras dengan visi inovasi perintis Indonesia yang mendorong kemajuan negara ini, Telkomsel tetap berpegang teguh kepada komitmennya untuk menyampaikan sambungan unggul, penyelesaian perintis dan perkhidmatan berdaya cipta yang dibangunkan untuk memupuk pemerkasaan dan memangkinkan peluang yang luas untuk pertumbuhan keusahawanan di dalam negara ini. Kami yakin bahawa pelaksanaan Gudang Pintar 5G berserta penyelesaian konsep Pusat Inovasi 5G akan memulakan era transformatif untuk golongan profesional dalam sektor logistik, terutamanya dengan meningkatkan kecekapan pengurusan dan memperkukuh kecekapan operasi sistem penggudangan. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kerajaan, ihsan daripada Kementerian Komunikasi dan Maklumat serta melalui perkongsian sinergi bersama pihak berkepentingan termasuk Huawei, persatuan industri dan komuniti akademik, Telkomsel berjanji untuk terus memperjuangkan evolusi landskap perdagangan dan ekonomi digital Indonesia yang pesat dengan fokus kepada kemajuan yang inklusif dan mampan."

Ekonomi digital, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada ekonomi Indonesia pada masa depan, memerlukan sokongan daripada industri logistik yang cekap dan berkesan. Berdasarkan kepada data daripada Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional/Bappenas, kos logistik Indonesia menurun daripada 23.5% kepada 14.29% daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2023.

Faedah-faedah Gudang Pintar 5G 

Indonesia's first 5G Smart Warehouse
Indonesia's first 5G Smart Warehouse

Gudang Pintar 5G memanfaatkan teknologi canggih seperti IoT dan analitis data raya untuk memperkemas operasi, meningkatkan keselamatan dan sekuriti, meningkatkan kecekapan serta mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan potensi kerugian yang tidak dijangka.

Pengurus gudang boleh menggunakan kembar digital dan analisis data masa nyata untuk mengoptimumkan pengurusan inventori dan mengelakkan kehabisan stok.

Rangkaian 5G turut memudahkan komunikasi yang pantas dan tepat antara kakitangan dan kenderaan berpandu autonomi (AGV), bagi memastikan pergerakan barangan yang cekap. Di samping itu, sistem sekuriti pintar yang dikuasakan oleh video dan sensor inframerah dapat memastikan keselamatan gudang.

Teknologi 5G BTS Huawei yang memberi kuasa kepada gudang membawakan penggunaan tenaga hanya 5 watt, bersamaan dengan satu mentol lampu jimat tenaga, lalu menjadikannya penyelesaian yang mampan demi masa depan.

 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Transportation Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics Financial Technology Supply Chain/Logistics