omniture

Syarikat Induk Moomoo, Futu Holdings Lapor Hasil AS$303.8 J dan AS$1.281 B bagi S4 dan Tahun Penuh 2023

moomoo
2024-03-22 14:01 1

JERSEY CITY, New Jersey, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Syarikat induk Moomoo, Futu Holdings Ltd. ("Futu" atau "Syarikat"), yang merupakan peneraju platform pembrokeran dalam talian berpandukan teknologi dan pengurusan kekayaan, mengumumkan pendapatan tidak diaudit bagi suku keempat (24) 2023 sebanyak AS$303.8 juta, peningkatan 4.1% berbanding tahun sebelumnya ("YoY"). Pendapatan bersih terselaras bukan-GAAP untuk tempoh yang sama adalah sebanyak AS$121.7 juta.

Untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2023, syarikat mencatatkan hasil sebanyak AS$1.281 bilion dan pendapatan bersih terselaras bukan-GAAP sebanyak AS$585.1 juta, masing-masing mewakili peningkatan YoY sebanyak 31.4% dan 45.9%.


Menurut keputusan perolehannya, Syarikat pembrokeran dan pelaburan digital luar negara, Moomoo, bersama jenama-jenama seinduknya telah mencapai pertumbuhan pengguna global dan pelanggan berbayar yang kukuh pada tahun 2023 Menjelang akhir tahun 2023, Syarikat merekodkan 21.64 juta pengguna global, peningkatan 10.5% berbanding tahun sebelumnya, dan seramai 1.71 juta pelanggan berbayar, meningkat 15.0%. Sepanjang tahun 2023, Syarikat berjaya memperoleh lebih 220,000 pelanggan berbayar baharu, termasuk lebih 59,000 pelanggan pada suku keempat, melonjak 41.0% berbanding pertumbuhan pada S4 2022.

Di samping itu, kadar pengekalan pelanggan pembayar Syarikat kekal kukuh pada 98%, diikuti peningkatan 16.3% nilai tahun-ke-tahun (YoY) untuk jumlah aset pelanggan yang kini bernilai AS$62.164 bilion. Peningkatan bersih bagi pemerolehan pelanggan pembayar dan nilai aset di bawah kelolaan (AUM) yang direkodkan untuk dua bulan pertama bagi tahun 2024 telah melebihi nilai pada suku keempat tahun 2023, berpandukan lonjakan dalam pelbagai pasaran ekuiti.

Pada bulan Februari 2024, Futu Malaysia Sdn. Bhd. ("Moomoo MY") memulakan perkhidmatan perdagangannya, menandakan satu pencapaian istimewa memandangkan Moomoo Malaysia merupakan antara firma pembrokeran digital global pertama yang diberikan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dalam tempoh seminggu pelancarannya, Moomoo MY menarik minat lebih 30,000 pelanggan baharu – satu lagi kejayaan penting dalam strategi globalisasi Syarikat ini di seluruh Asia Tenggara.

Menjangkau suku keempat, syarikat-syarikat gabungan Futu meraih pencapaian baharu dalam perkembangan perniagaannya ke dalam lebih banyak pasaran dengan tawaran produk yang lebih pelbagai bagi memenuhi kehendak pelabur global. Pada peringkat ini, syarikat-syarikat gabungan luar negara Futu menawarkan perkhidmatan perdagangan saham dan kewangan di AS, Australia, Singapura, Jepun, Kanada dan Malaysia.

Moomoo Singapore Berjaya Mencapai Keuntungan Untuk Pertama Kali Secara Suku Tahunan, Menunjukkan Pertumbuhan Kukuh dalam Segmen Nilai-Bersih-Tinggi

Di Singapura, moomoo terus menerajui haluan untuk industri runcit, dengan beberapa petunjuk utama menduduki tempat pertama diantara rakan seindustri setaranya. Menurut Data.ai, penyedia data pihak ketiga, moomoo telah mencapai jumlah muat turun terkumpul tertinggi di antara aplikasi perdagangan saham di pasaran Singapura setakat 31 Disember 2023, serta mencatatkan jumlah pengguna aktif harian (DAU) tertinggi antara aplikasi dagangan saham dalam pasaran Singapura dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Pada penghujung S4, Moomoo Singapore (Moomoo SG) mencatatkan keuntungan secara suku tahunan dan mencatatkan pertumbuhan AUM sebanyak 115.8% secara YoY. Terutamanya, purata baki akaun pelanggan berbayar Singapura melebihi S$17,000 pada penghujung tahun 2023, dengan pertumbuhan kukuh dalam segmen nilai-bersih-tinggi.

Moomoo SG juga telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Broker Runcit Terbaik, bukti kerja kerasnya dalam menyampaikan platform pelaburan dan pengalaman pelaburan terbaik kepada pelanggan Singapura, oleh Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura).

Di samping itu, Moomoo SG juga merupakan penaja bagi Larian Amal SGX Cares Bull Charge serta menyelenggara pelbagai program literasi kewangan, menunjukkan komitmen syarikat tersebut dalam memberi impak sosial yang positif kepada komuniti di mana ia beroperasi.

Moomoo Memperkasa Pelabur di AS dan AU dengan Pelbagai Tawaran Produk dan Alatan Pelaburan, Mendapat Pujian Daripada Pasaran Tempatan

Bagi membantu memenuhi kehendak ramai pelabur yang semakin melonjak terhadap dagangan opsyen di AS, moomoo mengumumkan kolaborasinya dengan CBOE Global Markets (CBOE) bagi menawarkan produk opsyen indeks kepada pelanggan broker moomoo AS yang layak. Kolaborasi ini merupakan satu kejayaan besar dalam misi moomoo untuk meluaskan kebolehcapaian pasaran opsyen untuk kedua-dua pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi.

Sementara itu, Moomoo US mengemas kini program Cash Sweep di AS, dengan hasil peratusan tahunan ("APY") yang menarik untuk pelanggan yang layak, memperluaskan kit alatan bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan tunai terhadap akaun sekuriti mereka.

Pada bulan Disember, Global FinTech Awards 2023, diperkasa oleh media kewangan terkenal Benzinga menganugerahkan moomoo sebagai Perisian Perdagangan Harian Terbaik, sekali gus menjadikan moomoo sebagai pemenang anugerah Benzinga Fintech dalam pelbagai kategori untuk tiga tahun berturut-turut.

Di Australia, majalah kewangan yang terkenal, Money, menganugerahkan Moomoo gelaran berprestij Terbaik daripada yang Terbaik (Best of the Best) 2024 - Bintang Meningkat Naik Broker Dalam Talian kepada moomoo. Penghormatan ini mengiktiraf moomoo sebagai platform dagangan canggih, yang menyediakan pelabur Australia akses kepada pasaran global dan pelbagai alatan dagangan inovatif untuk meningkatkan pengalaman perdagangan dan pelaburan mereka.

Semasa suku keempat, moomoo memperkenalkan ciri-ciri tambahan bagi meningkatkan perjalanan pelabur Australia. Pelancaran Insider Activity saham AS dan Candlestick Patterns membolehkan pelabur menganalisis data pasaran dengan pantas dan membuat keputusan yang lebih tepat dalam platform semua-dalam-satu moomoo. Selain itu, ciri 'Charting Tools' moomoo menerima paten daripada IP Australia, mengukuhkan komitmennya terhadap teknologi canggih.

Bermula dari Disember 2023, Moomoo AU memperkenalkan penyelesaian pengurusan kekayaan Cash Plus kepada pelanggan Australia. Alat pengurusan tunai tambahan ini melengkapkan pelabur untuk mengemudi persekitaran kadar faedah tinggi yang lazim berlaku di Australia.

Impak Jenama dan Kemajuan Teknologi Membolehkan Moomoo Mendapat Daya Tarikan Pantas di Pasaran yang Baru Dilancarkan

Dalam tempoh enam bulan selepas kemasukannya di Malaysia, moomoo menjadi platform pelaburan dan perdagangan terkemuka yang tersenarai di kedudukan nombor satu dalam muat turun terkumpul (Berdasarkan kepada perbandingan aplikasi dagangan saham oleh Data.ai pada gedung aplikasi Apple dan Google setakat 31 Disember 2023). Di samping itu, dalam suku keempat, Moomoo MY menganjurkan pertandingan perdagangan kertas saham yang disokong oleh Bursa Malaysia, menarik minat hampir 5,000 peserta.

Dalam suku keempat, bilangan pengguna berdaftar moomoo di Kanada meningkat 258% secara sukuk ke suku (QoQ). Berdasarkan perbandingan oleh Data.ai dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2023, moomoo mendaki ke tempat kedua dalam ranking muat turun aplikasi dagangan saham Android di pasaran Kanada.

Pada suku keempat juga, Moomoo Japan memperkenalkan perkhidmatan dagangan saham AS kepada Jepun, serta memperkayakan lagi seluruh rangkaian pelaburan untuk pelabur Jepun. Hasil daripada strategi operasi moomoo yang komprehensif dan setempat, paras pengguna aktif harian (DAU) aplikasi moomoo secara konsisten memecahkan rekod di Jepun, berdasarkan kepada data Data.ai antara 1 Oktober dan 31 Disember 2023.

Selain itu, kursus pelaburan dan komuniti Moo Learn oleh moomoo menyediakan pengalaman pembelajaran yang imersif kepada pengguna moomoo global, termasuk negara-negara serta kawasan-kawasan yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, di Jepun, Kanada dan Malaysia. Dalam S4, bilangan pengguna Moo Learn melonjak 71.44% secara QoQ.

Latar Belakang moomoo

Moomoo ialah platform pelaburan dan dagangan global yang terkemuka, berdedikasi untuk memperkasakan pelabur dengan alatan, data dan pandangan mesra pengguna. Platform kami direka bentuk untuk menyediakan maklumat dan teknologi penting, membolehkan pengguna membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Dilengkapi dengan alatan carta termaju, ciri-ciri analitis tahap-profesional, Moomoo berkembang seiring dengan pengunanya, memupuk komuniti yang dinamik di mana pelabur boleh berkongsi, belajar dan berkembang bersama.

Ditubuhkan di AS, Moomoo beroperasi secara global, menawarkan perkhidmatan kepada pelabur di negara-negara seperti AS, Singapura, Australia, Jepun, Kanada dan Malaysia. Sebagai subsidiari syarikat yang disenaraikan di Nasdaq, kami berbangga dengan peranan kami sebagai rakan kongsi strategik global Bursa Saham New York (NYSE), memperolehi pelbagai anugerah antarabangsa daripada pemimpin industri terkemuka seperti anugerah Teknologi Dagangan Terbaik 2021, Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik 2022 dan Aplikasi Dagangan Aktif Terbaik 2021 daripada Benzinga dan anugerah Platform Dagangan Terbaik 2022 daripada Fintech Breakthrough. Moomoo turut menerima pelbagai anugerah di AS, Singapura dan Australia atas pendekatannya yang terkini dan inklusif kepada pelaburan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi moomoo di www.moomoo.com atau hantarkan e-mel kepada: pr@moomoo.com.

Latar Belakang Futu

Futu Holdings Limited (Nasdaq: FUTU) ialah sebuah syarikat teknologi termaju yang mentransformasikan pengalaman pelaburan dengan menawarkan perkhidmatan kewangan digital sepenuhnya. Melalui platform digital proprietarinya, Futubull dan moomoo, Syarikat menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pelaburan, termasuk pelaksanaan perdagangan dan penjelasan, pembiayaan margin dan pemberian pinjaman sekuriti serta pengurusan kekayaan. Syarikat menerapkan alatan media sosial bagi mencipta rangkaian yang bertumpukan sekitar penggunanya dan menyediakan ciri ketersambungan kepada pengguna, pelabur, syarikat, penganalisis, media dan pemimpin pendapat utama. Syarikat turut menyediakan perkhidmatan korporat, termasuk perkhidmatan pengedaran IPO, perhubungan pelabur serta penyelesaian ESOP.

Pendedahan

Dagangan opsyen adalah berisiko dan tidak sesuai untuk semua orang. Baca Dokumen Pendedahan Opsyen (j.us.moomoo.com/00xBBz) sebelum berdagang. Dokumen sokongan untuk sebarang tuntutan akan diberikan berdasarkan permintaan.

Source: moomoo
Related Stocks:
NASDAQ:FUTU
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Earnings Survey, Polls & Research Financial Technology