Siri video The Vantage View dibuat melalui kolaborasi bersama Bloomberg Media Studios.
PORT VILA, Vanuatu, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset, pemenang anugerah Vantage Markets ("Vantage") dengan gembiranya mengumumkan tayangan episod ketiga sirinya yang amat dinanti-nantikan, The Vantage View.
Vantage Markets’ latest projections on Sustainable Mobility revealed in third episode of The Vantage View
Diterbitkan melalui kolaborasi bersama Bloomberg Media Studios, episod terkini ini menyelami kuasa transformatif dan potensi pelaburan landskap mobiliti elektrik Asia dengan fokus berpandangan jauh terhadap mobiliti mampan. Penonton dapat belajar daripada Andrey Berdichevskiy, Rakan Kongsi & Pengarah Bersekutu di Boston Consulting Group (BCG), yang mengetuai Southeast Asia Centre for Climate & Sustainability.
Berdichevskiy membincangkan dinamik industri automotif global yang semakin berkembang, yang melaluinya penerimaan pantas Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) bersedia untuk mencapai jumlah jualan 59% secara berperingkat bagi kenderaan ringan menjelang tahun 2035. Sementara itu, kumpulan kenderaan dua roda elektrik global - digunakan sebahagian besarnya di Asia - dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2040, menonjolkan peranan penting Asia dalam transformasi EV.
Berdichevskiy turut mengenal pasti beberapa peluang pelaburan dalam rantaian bekalan EV, bermula daripada bahan mentah hingga teknologi komponen bateri dan infrastruktur pengecasan.
"Kami berasa teruja dapat bekerjasama sekali lagi dengan Bloomberg Media Studios untuk memaparkan episod terkini daripada The Vantage View ini, menawarkan pandangan yang tiada tandingan kepada penonton terhadap potensi transformatif landskap mobiliti elektrik Asia," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan, Vantage.
"Tatkala dunia semakin menerima penyelesaian pengangkutan mampan, episod ini berperanan sebagai penerokaan tepat pada masanya terhadap peluang pelaburan dan trend pasaran yang membentuk masa depan mobiliti."
Ketahui lebih lanjut mengenai mobiliti mampan di The Vantage View.
Latar Belakang Vantage
Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
http://www.vantagemarkets.com/
Latar Belakang Bloomberg Media
Bloomberg Media ialah syarikat media berbilang platform yang terkemuka di dunia untuk perniagaan dan kewangan, yang memanfaatkan sumber editorial lebih daripada 2,700 ahli profesional editorial di peringkat global dalam lebih 120 negara. Bloomberg Media merupakan organisasi media yang mendepani pengguna daripada Bloomberg L.P