omniture

Persidangan Pengedar APAC&MET 2024 Segway-Ninebot: Penumpuan antara Inovasi dan Kecemerlangan

Segway-Ninebot APAC
2024-03-22 23:58 158

SANYA, China, 22 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Segway-Ninebot, peneraju global bagi penyelesaian pengangkutan jarak dekat, mengadakan Persidangan Pengedar APAC&MET dengan jayanya mulai 20 Mac hingga 23 Mac 2024 di bandar indah Sanya, Hainan.


 


Persidangan ini dimulakan dengan sambutan mesra buat semua pengedar yang dihormati oleh John Peng, pengurus besar Unit Perniagaan APAC&MET Segway-Ninebot. John mendedahkan strategi jualan 2024, menetapkan rentak yang dinamik untuk acara ini.


 


Sorotan persidangan ini ialah pendedahan skuter elektrik terkini Segway-Ninebot, ST Series dan stesen janakuasa CUBE series. ST series merupakan barisan produk baharu yang dicipta untuk pengguna yang menggemari sukan dan aktiviti luar jalan, serta sesuai untuk pelbagai keadaan jalan raya. CUBE Series ditakrifkan sebagai penyedia penyelesaian tenaga hijau untuk individu dan keluarga, komited untuk menyediakan tenaga hijau yang selamat, andal dan mudah. Para pengedar mendapat peluang yang eksklusif untuk merasai produk-produk canggih ini di dalam dan di luar, dengan maklum balas yang bersemangat.


 


 


 


 


Dalam satu sesi khas, Peggy Li, pengurus kanan jenama daripada Pasukan Segway-Ninebot China, menarik perhatian hadirin dengan kajian kes berwawasan mengenai pemasaran kolaborasi E-Sukan, menonjolkan penajaan pasukan League of Legends kami.


Acara ini turut meraikan pencapaian luar biasa pengedar-pengedar kami pada tahun 2023. Menerusi anugerah berprestij, John memberi pengiktirafan kepada prestasi cemerlang dalam jualan, pembangunan saluran, pemasaran, operasi pengguna dan juga perkhidmatan. Para penerima berkongsi pengalaman kejayaan mereka yang menginspirasikan, bagi memotivasikan semua orang.


 


 


 


Segway-Ninebot mengucapkan jutaan terima kasihnya kepada semua peserta kerana menjadikan persidangan ini suatu kejayaan yang memberangsangkan dan berharap dapat meneruskan perjalanan kami ke arah inovasi dan kecemerlangan bersama-sama.


Latar Belakang Segway-Ninebot

Segway-Ninebot mengkhusus untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang merevolusikan pengangkutan peribadi untuk jarak dekat. Komitmen kami terhadap kualiti dan kreativiti memastikan agar kami kekal berada di barisan hadapan industri ini, terus menerobos sempadan teknologi dan reka bentuk.

 

 

 

Source: Segway-Ninebot APAC
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Sports New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking