omniture

XTransfer Sertai "STYLE Bangkok 2024" Thailand

XTransfer
2024-03-25 08:51 9

Mempamerkan Penyelesaian Pembayaran Rentas-sempadan Inovatif kepada Perusahaan Perdagangan Asing 

BANGKOK, 25 Mac 2024 /PRNewswire/ -- XTransfer, Platform Pembayaran Perdagangan Rentas-Sempadan B2B Terkemuka Dunia & No.1 China, membuat kemunculan sulungnya di Thailand pada minggu ini di pameran perdagangan "STYLE Bangkok 2024". Acara ini merupakan pameran perdagangan gaya hidup dan fesyen ulung Asia, menghimpunkan lebih 500 pempamer dan lebih daripada 1,000 reruai yang mempamerkan pelbagai produk termasuk produk isi rumah, mainan dan alat tulis, barangan fesyen, fabrik serta barangan kulit. Pengembangan XTransfer di Thailand bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan antara China dan Thailand dengan menawarkan penyelesaian inovatif pembayaran rentas-sempadan yang terjamin dan mudah kepada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, bagi menyokong pengembangan perniagaan global mereka.

Mengikut statistik daripada Kementerian Perdagangan China, pada tahun 2023, Thailand merupakan rakan dagangan keempat terbesar China dalam ASEAN, pasaran eksport dan import keempat terbesar manakala China merupakan rakan dagangan terbesar Thailand. Menurut data daripada XTransfer, jumlah keseluruhan wang yang dikutip oleh PKS perdagangan asing Cina daripada Thailand dalam dua bulan pertama tahun 2024 meningkat sebanyak 32.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dengan perdagangan yang kerap antara kedua-dua negara ini, XTransfer bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang mudah dan pantas kepada penjual China dan pembeli Thai mereka.

XTransfer's payment solutions attracted trade companies at Thailand "STYLE Bangkok 2024"
XTransfer's payment solutions attracted trade companies at Thailand "STYLE Bangkok 2024"

Bulan lalu, dengan bantuan daripada Deutsche Bank, XTransfer berjaya memperoleh status Syarikat Berkelayakan Bukan-Pemastautin (NRQC) daripada Bank of Thailand, menjadi syarikat pertama di Thailand yang menerima status ini. XTransfer, bersama-sama Deutsche Bank, berupaya membantu perusahaan perdagangan asing China dan Thailand, membolehkan pembeli Thai membuat pembayaran terus kepada pembekal Cina dalam baht Thai melalui sistem pembayaran tempatan PromptPay. Pelanggan pembekal Cina XTransfer boleh mengutip dana serta-merta, memastikan proses yang pantas, terjamin dan patuh manakala pembeli Thai dapat menjimatkan fi kiriman wang rentas sempadan.

Mengulas daripada pameran perdagangan, Pengasas dan Ketua Pegawai Kewangan XTransfer, Jason Sun berkata, "Kami berbesar hati kerana penyelesaian pembayaran inovatif XTransfer menarik perhatian banyak syarikat Thai di pameran ini. Kolaborasi kami bersama Deutsche Bank Thailand menyediakan penyelesaian pembayaran yang mudah kepada pembeli Thai yang kami percaya akan terus menggalakkan perdagangan antara China dan Thailand. Pada masa akan datang, XTransfer akan bekerjasama secara aktif dengan institusi-institusi berlesen tempatan seperti bank dan syarikat pembayaran bagi menyediakan penyelesaian pembayaran kepada perniagaan tempatan di Thailand. Selain daripada memenuhi keperluan PKS bagi bayar-kepada-China, XTransfer bermatlamat untuk turut memudahkan keperluan kutipan PKS eksport tempatan."

Source: XTransfer
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Financial Technology