SINGAPURA, 25 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Apical, pemproses minyak sayur terkemuka dengan jejak global yang semakin berkembang, mengumumkan bahawa ia telah melabur sebanyak AS$1 bilion di Dumai, Riau bagi meningkatkan pengeluaran produk bernilai tambahnya di Indonesia.
Pelaburan ini, yang bermula pada penghujung tahun 2021, sejajar dengan wawasan kerajaan Indonesia untuk memajukan industri-industri hiliran dan merupakan sebahagian daripada rancangan bercita-cita tinggi Apical untuk memudahkan kolaborasi yang lebih luas bersama rakan kongsi pengedarnya baik di dalam mahupun di luar Pulau Jawa serta meningkatkan penembusan pasaran tempatannya. Langkah ini dijangka dapat memperluaskan jaringan pengedaran syarikat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia.
"Pelaburan ini menegaskan komitmen Apical kepada perniagaan tempatan kami dan pembangunan positif dalam industri minyak sawit tempatan. Kami percaya bahawa melalui aktiviti hiliran, kami dapat memberi sumbangan penting kepada ekonomi negara, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini," kata En. Manumpak Manurung, Ketua Perhubungan Kerajaan dan Industri di Apical.
Apical, ahli kumpulan syarikat-syarikat RGE yang ditubuhkan oleh Sukanto Tanoto, menumpukan perhatian untuk mempererat kolaborasi dengan pihak berkepentingannya, meliputi kerajaan tempatan, syarikat industri makanan serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh Indonesia. Melalui kolaborasi bersama pihak berkepentingan ini dalam pelbagai penciptaan dan aktiviti kulinari menggunakan rangkaian luas produk Apical, termasuk jenama-jenama seperti Vitas, Medalia, Camar dan Harumas, syarikat ini bermatlamat untuk merangsang pertumbuhan industri makanan dan menyediakan peluang ekonomi yang lebih besar kepada komuniti yang lebih luas.
Pengurus Pembangunan Pasaran di Apical, En. George Tjijptamustika, berkata bahawa syarikat ini berusaha untuk meningkatkan bilangan rakan kongsi pengedar di Pulau Jawa dan membuka kawasan pengedaran baharu di luar pulau tersebut, seperti di Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi. Beliau selanjutnya menambah bahawa Apical merancang untuk menyemak semula strategi penentuan harganya bagi menjadikan produknya lebih mudah diakses untuk lebih ramai pengguna.
Latar Belakang RGE – www.rgei.com
Beribu pejabat di Singapura, RGE ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada syarikat-syarikat pembuatan berasaskan sumber dengan operasi global. Kami mengeluarkan gentian semula jadi lestari, minyak makan, pembungkusan hijau dan gas asli bersih yang digunakan untuk mencipta produk yang memberi makan, menyediakan pakaian dan memberi tenaga kepada dunia. Kami membantu menambah baik kehidupan berbilion-bilion orang melalui produk mampan yang digunakan oleh mereka setiap hari. Dengan aset sebanyak lebih daripada AS$35 bilion dan 70,000 pekerja, kami mencipta masa depan yang lebih boleh dikitar semula, terbiodegradasi dan lebih rendah karbon.
Komited terhadap pembangunan mampan, pemuliharaan dan pembangunan masyarakat, kami berusaha ke arah mencapai apa yang baik untuk masyarakat, baik untuk negara, baik untuk iklim, baik untuk pelanggan dan baik untuk syarikat. Dengan operasi semasa mencakupi seluruh Indonesia, China, Brazil, Sepanyol dan Kanada, kami terus berkembang dan melibatkan pasaran baharu.
Latar Belakang Apical – www.apicalgroup.com
Apical ialah pemproses minyak sayur terkemuka dengan jejak global yang semakin berkembang. Penapisan bersepadu secara vertikal dan pemprosesan bernilai tambahnya menjadikannya pembekal utama yang menyokong keperluan makanan, suapan, oleokimia dan bahan api boleh baharu dalam kesemua industri. Dengan aset bersepadu di lokasi-lokasi strategik mencakupi Indonesia, China dan Sepanyol, Apical mengendalikan pelbagai kilang penapisan, kilang oleokimia, kilang bio bahan api boleh baharu dan kilang penghancur isirong. Melalui usaha bersama dan perkongsian strategik, Apical juga mempunyai operasi pemprosesan dan pengedaran di Brazil, India, Pakistan, Filipina, Timur Tengah, Afrika, AS dan Vietnam. Pertumbuhan Apical dibangunkan berasaskan kepada kemampanan dan ketelusan serta didorong oleh kepercayaan teguhnya bahawa syarikat dapat membawa impak lebih bermakna, walaupun ketika ia terus mengembangkan perniagaannya dan menyampaikan penyelesaian yang inovatif kepada pelanggannya.