omniture

KILANG THAILAND PERTAMA NETA AUTO MULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN SECARA RASMI

NETA Auto
2024-03-25 20:28 52

BANGKOK, 25 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, NETA mencapai kemajuan penting dalam menyetempatkan kehadirannya dalam pasaran Thai. Subsidiari Thai NETA telah memperoleh 185 Certificate, pensijilan kerajaan Thai untuk pengeluaran kenderaan, bagi membolehkan permulaan pengeluaran berskala besar di Kilang Pintar Ekologi Thai milik NETA. Ini merupakan kilang EV pertama NETA di luar China dan kemudahan pembuatan EV pertama yang terletak secara strategik di sebuah estet perindustrian di Bangkok.

Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 20,000 kenderaan, kilang Thai ini akan berfungsi sebagai hab pembuatan penting untuk kenderaan elektrik pemanduan-sebelah-kanan NETA. Kilang ini akan mengutamakan pengeluaran setempat bagi memenuhi keperluan mobiliti hijau pasaran Thai dan selanjutnya, lalu menyumbang kepada usaha transformasi tenaga global.

Kemudahan Thai ini berperanan sebagai titik permulaan yang sangat penting untuk strategi global NETA. Ia akan membantu NETA meningkatkan keupayaan pengeluaran kenderaan elektriknya dan akan membolehkan syarikat memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat daripada pasaran kenderaan elektrik Thai dengan menawarkan pelbagai model inovatif yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

【NETA's Thai Ecological Smart Factory】
【NETA's Thai Ecological Smart Factory】

Kesemua kakitangan di kilang Thailand terlibat sepenuhnya dalam proses pengeluaran yang sibuk ini. Di kilang mesra alam yang terletak di Bangkok ini, pekerja industri memasang NETA V-II. Dijadualkan untuk diperkenalkan buat julung kali di Pameran Motor Thailand yang akan datang, NETA V-II akan menjadi model unggulan kedua yang diperkenalkan oleh NETA ke dalam pasaran Thai.

Sebagai kuasa utama dalam sektor kenderaan tenaga baharu China, NETA tekal mematuhi strategi pembangunan global, menerajui usaha dalam pengembangan antarabangsa. Jejak luar negaranya mencakupi seluruh pasaran ASEAN, Amerika Selatan dan Timur Tengah, dengan usaha yang berterusan dilaksanakan untuk meninjau pasaran di Eropah, Afrika dan seterusnya. Usaha ini mendapat pengiktirafan kukuh daripada hampir 400,000 pengguna seluruh dunia. Pada tahun 2023, strategi pengembangan antarabangsa NETA dipercepatkan, mencapai lebih 20,000 unit dalam jualan luar negara, menduduki kedudukan teratas antara syarikat-syarikat kenderaan tenaga baharu dan mencapai pertumbuhan 567% berbanding tahun sebelumnya. Pada Januari dan Februari 2024, jualan luar negara NETA mencapai 4,516 unit, menduduki tempat pertama antara pengeksport kenderaan tenaga baharu. Pada tahun 2024, NETA merancang untuk meluaskan jaringan jualan globalnya bagi meliputi 60 negara, menubuhkan 300 outlet jualan dan servis luar negara.

Permulaan pengeluaran berskala besar di Kilang Pintar-Eko Thailand ini merupakan satu kejayaan besar. Susun atur kilang ekologi NETA tidak terhenti di Thailand. Terdapat dua buah kilang yang sudahpun menjalani kerja-kerja pembinaan di Indonesia dan Malaysia. Pada masa akan datang, ia akan berkembang ke seluruh Asia Tenggara, mewujudkan dan meningkatkan sistem perolehan proprietarinya di wilayah sasaran. Langkah ini akan memberi sokongan padu kepada pengembangan global NETA yang pesat dan mempercepatkan kebolehcapaian kenderaan elektrik pintar yang berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Latar Belakang NETA Auto

NETA Auto, jenama daripada Hozon New Energy Automobile Co., Ltd. (Hozon), merupakan penginovasi yang terkemuka dalam industri kenderaan elektrik pintar. Dengan fokus kepada "Teknologi untuk semua" dan "Menjadikan EV pintar untuk semua", NETA Auto membangunkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi dan teknologi canggih. Barisannya termasuk model-model popular seperti NETA GT, NETA S, NETA X, NETA AYA (NETA V-II) dan NETA V. NETA Auto menumpukan perhatian kepada pasaran pengguna massa, memperkenalkan model-model baharu setiap tahun dan meliputi segmen-segmen A0-B arus perdana. Jenama ini turut membangunkan "Shanhai Platform," platform kereta pintar dan selamat serta jenama HOZI Technology, bagi memenuhi permintaan pengguna dan menggalakkan kebolehcapaian teknologi canggih.

Source: NETA Auto
Keywords: Auto Transportation