omniture

ZTE pamer produk dan penyelesaian optik-penuh pertingkatkan inovasi FTTx di Persidangan FTTH 2024

ZTE Corporation
2024-03-25 23:38 25
  • 50G PON Combo untuk evolusi lancar, Light ODN untuk pembinaan dan pengurusan mudah, Beyond Connectivity untuk pengalaman gigabit+
  • 800G OTN BOX dan kotak suis kompak, berketumpatan tinggi, rendah karbon, pelbagai terminal multimedia untuk melanjutkan perkhidmatan video
  • Pelayan berprestasi tinggi untuk infrastruktur awan berkuasa  

BERLIN, 25 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, berjaya mengambil bahagian dalam Persidangan FTTH 2024 di Berlin, Jerman. Persidangan ini menghimpunkan pembuat keputusan, pemimpin pemikiran, eksekutif korporat dan pelabur daripada industri komunikasi optik.

ZTE booth at FTTH Conference 2024
ZTE booth at FTTH Conference 2024

Sebagai peneraju bahagian pasaran global 10G PON, ZTE mempamerkan penyelesaian 50G PON & 10G PON & GPON Combo PON untuk menyokong evolusi lancar tiga teknologi PON. Penyelesaian ini berkongsi ODN dan platform yang sama, menyelesaikan masalah kos pembinaan tinggi, pengisian ruang bilik yang besar di pejabat pusat, perkabelan gentian yang kompleks dan O&M yang sukar semasa evolusi.

Bagi pelaksanaan ODN di Eropah, ZTE menyediakan penyelesaian Light ODN, mengguna pakai prapenamatan, tanpa cantuman, pasang-dan-pakai serta keterlihatan. Ia menjadikan rangkaian ODN boleh dilihat, boleh diurus dan menurunkan OPEX dengan ketara.

Bagi menambah baik liputan isyarat Wi-Fi di rumah, ZTE membawakan penyelesaian rumah terhubung inovatif, yang merangkumi XGS-PON ONT, Wi-Fi 7, Mesh Wi-Fi&FTTR dan platform pengurusan SCP (Platform Awan Pintar).

800G OTN BOX daripada ZTE direka bentuk khas untuk senario Metro dan DCI (Saling Sambung Pusat Data). Dengan modul boleh pasang 800G, subrak tunggal boleh mencapai kapasiti sehingga 12.8T. Reka bentuknya mengurangkan keperluan ruang sebanyak 73% untuk penyepaduan fotoelektrik. WebGUI menggantikan EMS (Sistem Pengurusan Elemen), meningkatkan antara muka pengguna dan keupayaan pengurusan. Di samping itu, penggunaan kuasa dikurangkan kepada 0.1W setiap Gbit. 1.2U OTN BOX kompak menyokong akses berbilang-perkhidmatan dan boleh dipasang baik di dalam mahupun di luar.

Kotak suis ZTE yang berketumpatan tinggi, rendah karbon menawarkan kapasiti pensuisan 4.8T yang luar biasa dalam ketinggian 1U yang kompak. Ia membawakan pelbagai jenis port bagi menampung senario perangkaian yang berbeza. Reka bentuk struktur canggih meningkatkan kecekapan pelesapan haba sebanyak 30%, demi memastikan prestasi yang optimum. Tambahan pula, penggunaan tenaga setiap Gbit adalah sangat rendah iaitu pada 0.1W/Gbit.

TV Android dan RDK STB akan memperkayakan kandungan dan ekologi video. Berdasarkan kepada kerjasama yang mendalam bersama rakan kongsi ekologi, ZTE dapat membawakan pelbagai kandungan dan aplikasi daripada Google, Netflix, Amazon Prime Video dan Disney+.

ZTE berada di kedudukan No. 1 dalam bahagian pasaran IP STB. Sejak tahun 2021, ZTE berada di kedudukan No. 1 bagi bilangan pengguna TV Android baru diaktifkan.

ZTE berada di kedudukan No. 1 bagi kedua-dua penghantaran PON CPE dan DSL CPE, menurut laporan terkini iaitu Laporan Suku Tahunan Akses Jalur Lebar & Rangkaian Rumah S4 2023 oleh Dell'Oro Group.

Pelayan berprestasi tinggi turut dipamerkan, bertujuan untuk mewujudkan infrastruktur awan yang kukuh untuk ekonomi digital.

Menerusi produk dan perkhidmatannya yang digunakan merentas lebih 160 negara, ZTE komited untuk memajukan inovasi teknologi. Melalui kolaborasi erat dengan rakan kongsi industri, syarikat ini tetap berdedikasi untuk memenuhi keperluan teras operator dan pengguna akhir, seterusnya menyampaikan penyelesaian sambungan jalur lebar yang terbaik dalam kelas.

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Cloud Computing / Internet of Things