ORLANDO, Florida, 5 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- National Airlines dengan bangganya telah dipanggil untuk menyumbang kepada usaha bantuan Ebola di Liberia. Dengan kerjasama Kerajaan Amerika Syarikat, National Airlines, menggunakan salah satu Kapal Pengangkut B747-400 miliknya, telah membawa muatan kapal terbang yang terdiri daripada bekalan perubatan dan lain-lain bantuan dari New York ke Lapangan Terbang Monrovia. Dengan kepakarannya dalam perkhidmatan kargo udara yang tersuai khusus serta sejarahnya yang lama dalam menyokong kerajaan serta tentera dari seluruh dunia dengan menerbangkan penumpang dan pelbagai kargo ke destinasi yang jauh dan mencabar, National adalah amat sesuai untuk merealisasikan misi ini.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141002/150238
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140305/CL76952LOGO
Glen Joerger, Presiden National Airlines, mengulas, "Pasukan kakitangan National Airlines telah dipanggil untuk membantu dalam pelbagai situasi yang sukar, termasuklah misi penerbangan ke zon perang dan juga membawakan bantuan untuk mangsa bencana alam. Kami telah menanti-nantikan peluang bagi melakukan sesuatu untuk mereka yang berada di Afrika yang diancam oleh penyakit ini. Kami terus bertindak apabila dipanggil bagi misi perubatan dan bekalan ini." Christopher Alf, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk National Airlines, National Air Cargo Holdings, berkata, "Doa kami adalah bersama mereka yang diserang oleh Ebola. Kesemua syarikat National—Syarikat penerbangan kami dan semua cabang penghantaran barang di Timur Tengah, New York dan juga Jerman—bersedia untuk menyokong kerajaan serta agensi bantuan Amerika Syarikat dan negara lain dalam usaha mereka untuk membasmi penyakit yang dahsyat ini di seluruh dunia."
Latar Belakang National Airlines
National Airlines, beribu pejabat di Orlando, Florida, termasuk dalam rangkaian perusahaan National Air Cargo Holdings. National Airlines telah diberi penghormatan untuk mengangkut pelbagai kumpulan tetamu, termasuklah orkestra, pasukan sukan antarabangsa dan AS, sehinggalah diplomat serta kumpulan tentera. Perkhidmatan National Airlines sebagai pengangkut kargo global dan penyedia carter penumpang melengkapi syarikat penghantaran barang kembarnya: Bersama-sama menyediakan pengangkutan berbilang modal laut ke udara dan penyelesaian logistik untuk menghantar dengan pantas dan selamat kargo yang sukar bergerak ke mana-mana sahaja anda perlukannya. Setelah ditubuhkan pada tahun 1990, capaian global National Air Cargo Holdings diselenggarakan melalui beberapa pejabat yang ditempatkan secara strategik di seluruh dunia berpusatkan ibu pejabat A.S. di Orlando, Florida, dengan beberapa pusat kualiti yang terletak di Jerman, Jepun, Malaysia, Belanda, Qatar serta Emiriah Arab Bersatu. Ketahui lebih lanjut di http://www.NationalAirlines.com dan http://www.nationalaircargo.com.