omniture

Pakar Potret dengan Storan Terbesar realme 12 5G Mendarat di Malaysia, Bermula dari RM1,099

realme
2024-03-26 12:30 2

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Mac 2024 /PRNewswire/ -- realme, jenama teknologi terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap inovasi dan reka bentuk yang mengutamakan pengguna, teruja untuk melancarkan realme 12 5G sebagai sebahagian daripada siri 5G realme 12. Penambahan terbaharu ini menetapkan penanda aras baharu dengan menampilkan keupayaan potret yang ultra-jelas dan fungsi yang tiada tandingan, yang dijayakan dengan kamera utama 108MP, storan sangat besar dan Butang Dinamik (Dynamic Button) Pertama Android. realme 12 5G dijual serendah RM1,099 dan boleh didapati untuk pembelian di seluruh negara sekarang.

Pakar Potret dengan Storan Terbesar realme 12 5G Mendarat di Malaysia, Bermula dari RM1,099
Pakar Potret dengan Storan Terbesar realme 12 5G Mendarat di Malaysia, Bermula dari RM1,099

Memahami keperluan generasi muda, realme 12 5G menyediakan pengalaman teknologi yang melebihi jangkaan menerusi pelbagai aspek.

Kamera Potret 108MP Ultra-jelas dengan Zum Sehingga 20x

Dari zum tanpa-hilang 3X sehingga zum 20X, realme 12 5G mencabar kebiasaan dengan membawa kamera utama 108MP ultra-jelas yang berkemampuan fokus ultra panjang tidak seperti yang lain dalam segmenya. Dibangunkan dengan kerjasama ahli sinematografi pemenang Oscar Claudio Miranda, pengguna boleh menikmati kesan kabur latar belakang peringkat DSLR yang sangat menonjolkan subjek. Selain itu, ia meningkatkan pengalaman fotografi dengan Mod Potret Kumpulan – mampu mengecam sehingga 10 individu – yang menghalang herotan, serta Penapis Kamera Induk di mana pengguna boleh meneroka tiga penapis filem unik — Journey, Memory, dan Maverick — direka oleh sinematografer terkemuka, memastikan setiap tangkapan menghasilkan potret berkualiti sinematik.

Storan Besar 512GB, Boleh Menyimpan Sehingga 120,000 Gambar

Pengguna telefon pintar moden sering berhadapan dengan isu storan ROM, dan itu bukan masalah dengan realme 12 5G. Telefon pintar ringan ini dilengkapi dengan storan 512GB yang luas yang boleh menyimpan sehingga 120,000 gambar. Sementara itu, ia disokong oleh RAM Dinamik 16GB untuk operasi selicin sutera, walaupun untuk berbilang tugas.

Pengalaman Inovasi yang Anda Tidak Boleh Berpatah Balik

Dengan Dynamic Button yang inovatif, pengguna realme 12 5G boleh menyesuaikan butang kuasa untuk akses pantas kepada pelbagai fungsi sama ada dengan mengetuk dua kali atau tekan dua kali, termasuk pelancaran pantas dompet kad, mod bunyi dan pintasan aplikasi pihak ketiga – daripada TikTok dan Instagram kepada Touch n' Go dan banyak lagi – memenuhi pelbagai senario harian. Melayani keperluan perjalanan pengguna, peranti ini menggabungkan Mod Menunggang, membolehkan pengalaman berulang-alik bebas gangguan dan selamat serta mengutamakan keselamatan dan tumpuan pengguna semasa perjalanan harian.

Sementara itu, realme 12 5G mempunyai Rainwater Smart Touch yang dikuasakan oleh AI. Dalam kes di mana air dikesan pada skrin, algoritma akan campur tangan dalam tindak balas sentuhan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman pengguna melalui ketepatan input sentuhan yang lebih tinggi. Tambahan pula, realme 12 5G menampilkan realme UI 5.0, mempamerkan pengalaman interaktif Mini Capsule 2.0 untuk akses lancar kepada muzik, cuaca, acara dan kiraan langkah. Ia disertakan dengan fungsi Dok Fail dan Pautan Telefon.

Reka Bentuk Dinamik yang Menarik Perhatian dengan Paparan Cahaya Matahari FHD+

realme 12 5G mempamerkan reka bentuk diinspirasikan dari jam tangan yang bergaya, menggabungkan elemen persis jam tangan mewah ke dalam telefon pintar. Menampilkan dail pancaran matahari yang digilap, tekstur gelang jubli 3D dan Pinggiran PVD Digilap, peranti ini mempunyai profil nipis 7.69mm untuk cengkaman yang selesa dan kualiti sentuhan yang luar biasa. Tersedia dalam dua warna bertenaga dan muda, Twilight Purple dan Woodland Green, realme 12 5G memenuhi pilihan estetik pengguna moden yang pelbagai. Paparan 6.72-incinya memiliki kadar penyegaran sehingga 120Hz dan membawa kecerahan puncak 950 nits, memastikan penglihatan yang jelas walaupun dalam cahaya matahari terik.

Nilai yang tiada tandingan

Bermula pada RM1,099, realme 12 5G menawarkan pengalaman yang tidak terlawan pada nilai yang tiada tandingan. Selain daripada semua ciri yang dinyatakan di atas, peranti tersedia NFC 360° mempunyai pemproses Dimensity 6100+ 5G yang berkuasa, menampilkan seni bina 8-teras dan teknologi proses 6nm untuk memenuhi permintaan pengguna dengan mudah. realme 12 5G yang diuji rapi didatangkan dengan gabungan 5000mAh dan pengecasan pantas 45W, rintangan habuk dan air IP54 serta pembesar suara dwi stereo.

Sila dapatkan ketersediaan realme 12 5G di bawah:

Peranti

Konfigurasi

Platform Pembeliaan

Promosi

realme 12 5G

(Twilight Purple, Woodland Green)

RM1,099 (8GB+256GB)

Kedai Jenama realme, pengedar sah; Stor Rasmi Lazada, Shopee dan TikTok

Tempoh: 26 Mac hingga 30 April

Hadiah bernilai sehingga RM399: Earbud Wayarles Techlife, Waranti Lanjutan 1 tahun; Jaminan Penggantian 1-ke-1 30 hari

RM1,299 (8GB+512GB)

-Ends-

Tentang realme:

realme ialah syarikat teknologi pengguna global yang meningkat naik yang menggugat pasaran telefon pintar dan AIoT dengan menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk peneraju trend kepada pengguna muda pada harga yang berpatutan.

Ditubuhkan oleh Sky Li pada 2018 dan dipandu oleh semangat "Berani Melompat", realme telah menjadi salah satu daripada 5 pemain telefon pintar terbaik di 30 pasaran global dalam masa tiga tahun sahaja, dan realme telah memasuki 61 pasaran di seluruh dunia, termasuk China dan Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, serta mempunyai pangkalan pengguna global melebihi 160 juta.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.realme.com/my/.

Source: realme
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services