omniture

CGTN: China majukan perjuangan memerangi tuberkulosis

CGTN
2024-03-26 15:24 16

BEIJING, 26 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia, yang jatuh pada 24 Mac setiap tahun, diwujudkan untuk membina kesedaran awam bahawa pada hari ini TB tetap menjadi masalah kesihatan awam global yang membahayakan kesihatan orang ramai dengan serius.

Menurut Laporan Tuberkulosis Global 2023 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun 2022 terdapat lebih daripada 10.6 juta kes aktif TB di peringkat global, dengan 1.3 juta kematian.

Menjelang Hari TB Sedunia pada tahun ini, Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping dan duta muhibah WHO untuk TB dan HIV/AIDS, mengadakan lawatan ke komuniti tempatan di Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, bahagian tengah China untuk menyelidik usaha pencegahan dan rawatan TB negara negara ini di peringkat akar bumi.

Beliau mula-mula melawat Pusat Pendidikan Kesihatan Daerah Yuhua untuk mengetahui tentang usaha institusi berkenaan bagi memantapkan pendidikan kesihatan mengenai YB serta membina mekanisme pencegahan dan rawatan penyakit TB.

Peng menyeru semua orang untuk saling bekerjasama sebagai penyokong dan sukarelawan bagi mempopularkan pengetahuan mengenai pencegahan dan rawatan TB dengan lebih baik dalam kalangan penduduk masyarakat dan generasi muda.

Di samping itu, Peng turut mengadakan pertemuan mesra bersama kakitangan perubatan yang berkhidmat kepada masyarakat setempat, yang memberikan peluang untuk beliau mempelajari tentang pengurusan perkhidmatan diagnosis dan rawatan TB di peringkat akar umbi.

Selepas berbual-bual dengan pesakit TB yang telahpun pulih, kanak-kanak menunggu vaksinasi dan ibu bapa mereka, Peng menyatakan harapan agar semua pihak akan terus berganding bahu ke arah menamatkan penularan penyakit TB.

Tindakan China 

Kerajaan China meletakkan kepentingan tinggi kepada pencegahan dan rawatan TB serta menerapkannya ke dalam strategi China Sihat (Healthy China).

Bercakap kepada China Media Group, Zhao Yanlin, pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Tuberkulosis CDC China, menyatakan bahawa sepanjang dekad yang lalu, morbiditi TB China telahpun menurun sebanyak 25 peratus, iaitu lebih dua kali ganda berbanding kadar penurunan purata global.

Menurut Zhao, setakat tahun 2023, jumlah pembiayaan negara untuk pencegahan dan kawalan TB adalah hampir 20 kali ganda lebih tinggi berbanding pada tahun 2001.

China meningkatkan kapasiti sokongan secara berterusan, menjalin kerjasama berbilang sektor, melibatkan penyertaan daripada seluruh masyarakat dan mempromosikan teknik diagnostik baharu secara aktif, penyelesaian terapeutik dan alatan pengurusan. Hasilnya, kadar penyembuhan tuberkulosis di negara ini kekal melebihi 90 peratus.

WHO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kedua-duanya menaruh harapan tinggi terhadap penyertaan belia dalam pencegahan TB serta untuk penglibatan mereka dalam menggalakkan penjagaan kesihatan untuk seluruh umat manusia.

China turut meletakkan kepentingan tinggi kepada pembangunan sukarelawan muda dan menggalakkan tindakan sukarela awam secara aktif untuk pencegahan dan kawalan TB. Sejak 10 tahun yang lalu, bilangan sukarelawan di China meningkat kepada lebih 1 juta, lebih separuh daripadanya merupakan anak muda.

https://news.cgtn.com/news/2024-03-24/China-advances-battle-against-tuberculosis-1seyW34OSXe/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research