SINGAPURA, 26 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhususkan kepada automasi industri dan transformasi digital, memperkenalkan Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) baharunya di Singapura.
[From left] Steven Goh, vice president & general manager of Rockwell Automation Asia Pacific Business Center; Lisa Liao, Counselor for Management Affairs, U.S. Embassy Singapore; Marcelo Tarkieltaub, Southeast Asia Regional Director, Rockwell Automation; Lim Tse Yong, Senior Vice President, Mobility and Industrial Solutions, Singapore Economic Development Board; Dennis Mark, Chief Executive Officer, Singapore Manufacturing Federation; and Goh Lee-Mey, Senior Director, Strategic Partnerships & Development, American Chamber of Commerce in Singapore, at the official launch of the new Customer Experience Center in the Singapore premises of Rockwell Automation. (Photo credit: Rockwell Automation)
Pusat Pengalaman ini memaparkan inovasi yang terkini dalam AI, robotik serta realiti maya dan akan membantu sektor pembuatan, perlombongan dan industri berat di rantau ini bagi menerima transformasi digital. Pusat yang baharu ini memaparkan penyelesaian pembuatan pintar untuk industri-industri fokus di Asia Tenggara dan akan membantu pelanggan memahami faedah Connected Enterprise dan potensinya dalam memberi impak kepada perniagaan mereka.
Semasa perasmian, Marcelo Tarkieltaub, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, di Rockwell Automation berkata, "Pusat Pengalaman baharu kami menunjukkan dedikasi kami untuk menerobos sempadan inovasi industri. Ia menawarkan pengalaman yang luas kepada pelanggan kami untuk membayangkan masa depan pembuatan dan automasi. Bermula daripada AI hingga realiti maya dan robotik, peneraju industri akan menyaksikan sendiri kuasa transformatif teknologi dalam membentuk masa depan industri ini."
CEC terletak di dalam ibu pejabat Asia Pasifik Rockwell dan di samping kemudahan pembuatannya yang terbesar di rantau Asia Pasifik. Kilang ini mengeluarkan banyak rangkaian produk Rockwell yang luas kepada pelanggan di seluruh dunia, sementara CEC yang bahru ini akan membolehkan pelanggan mengalami teknologi pembuatan terkini Rockwell dan mendapat pandangan terhadap penyelesaian masa depan. Pengunjung akan merasai pengalaman yang komprehensif bermula daripada awal hingga akhir.
Menjelang tahun 2030, industri pembuatan di Asia Tenggara dijangka menjana sehingga USD$600 bilion setahun, menurut Boston Consulting Group (BCG). Penerimaan teknologi pembuatan termaju, seperti automasi, IoT dan revolusi pembuatan pintar yang terkini, membentuk semula lanskap dan meningkatkan kecekapan serta kemampanan.
Industri pembuatan mewakili kira-kira 20% daripada KDNK Singapura dan negara ini sedang menerima transformasi digital. Dengan fokus strategik kepada industri-industri Asia Tenggara yang penting seperti sains hayat, semikonduktor, air/air buangan, minyak dan gas, makanan dan minuman (F&B) serta barangan bungkus pengguna (CPG), Rockwell Automation memainkan peranan penting dalam evolusi pembuatan pintar Singapura dan Asia Tenggara.
Sambil Menekankan tentang pertumbuhan sektor pembuatan rantau ini, Marcelo berkata: "Dengan penerimaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meningkat dan pangkalan pembuatan yang kukuh, Asia Tenggara berkedudukan kukuh untuk menjadi peneraju dalam pembuatan pintar sepanjang dekad ini. Menurut edisi kelapan Laporan Keadaan Pembuatan Pintar kami, hampir separuh (44%) daripada pengeluar APAC merancang untuk menerima pakai pembuatan pintar dalam tahun hadapan."
CEC akan turut dibuka kepada pelajar sekolah dan universiti bagi memberi peluang kepada jurutera, saintis dan ahli teknologi generasi seterusnya untuk mendapat pengalaman secara langsung dengan teknologi yang akan mereka gunakan dalam tenaga kerja. Menyokong pendidikan sains, teknologi, kejuruteran dan matematik (STEM) merupakan prinsip utama dalam tanggungjawab sosial korporat Rockwell Automation. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dengan teknologi industri di luar bilik darjah, syarikat ini bermatlamat untuk memupuk pemahaman yang praktikal dan profesional terhadap bidang-bidang ini, seterusnya menyumbang kepada pembangunan golongan profesional mahir pada masa akan datang.
Rockwell Automation telahpun berada di Asia Pasifik selama lebih 40 tahun dan terus melabur dalam visinya untuk meluaskan kemungkinan manusia dan transformasi digital untuk pelanggannya di seluruh rantau ini. Syarikat ini disokong oleh jaringan dengan hampir 150 pengedar dan rakan kongsi penyepadu sistem di seluruh Asia Tenggara. Sebagai peneraju pasaran dalam transformasi digital dan automasi industri, ia menawarkan pelbagai jenis produk dan penyelesaian termasuk The Connected Enterprise®, sistem pelaksanaan pembuatan, transformasi digital, sistem pembuatan pintar, Mesin paparan hubungan antara mesin dan manusia antara dan peranti pintar seperti I/O modular dalam-kabinet dan teknologi kart bebas.
Latar Belakang Rockwell Automation
Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi orang ramai dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 29,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.