omniture

Kren Beroda Tanan Terbesar dan Angkat Tertinggi di Dunia Selesaikan Angkat Pertama di Hengshui, China

XCMG Machinery
2024-03-27 00:47 14

Kren Beroda XCA4000 XCMG Menandakan Kali Ke-7 XCMG Memecahkan Rekod Dunia Dipegang olehnya Sendiri.    

HENGSHUI, China, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dalam operasi terkini di ladang angin 200 MW di Daerah Jing, Hengshui, China, kren XCA4000, diserahkan oleh XCMG, peneraju global dalam industri jentera pembinaan, 20 hari lalu dengan kapasiti dan ketinggian mengangkat global tertinggi, berjaya menyelesaikan pengangkatan pertamanya. Kren ini mengangkat beberapa komponen termasuk nasel turbin angin 130-tan, hab beroda 40-tan dan tiga bilah 95-meter-panjang seberat 28 tan setiap satu, ke ketinggian 162 meter bagi tujuan pemasangan di atas menara. Pencapaian ini menandakan kali ketujuh XCMG telah mengatasi rekod dunianya sendiri sejak tahun 2010.

With the capability to hoist 230 tons at a height of 162 meters, the XCA4000 sets a new benchmark for the highest and heaviest lifting capacity among wheeled cranes and has lately made its first delivery to Hebei Rongcheng Technology in Hengshui, China.
With the capability to hoist 230 tons at a height of 162 meters, the XCA4000 sets a new benchmark for the highest and heaviest lifting capacity among wheeled cranes and has lately made its first delivery to Hebei Rongcheng Technology in Hengshui, China.

Kren beroda XCA4000 telahpun diserahkan kepada Hebei Rongcheng Technology, memiliki kapasiti mengangkat 4000-tan yang terulung, menjadikannya penyelesaian ideal untuk pemasangan turbin angin melebihi 10MW. Dengan keupayaan mengangkat 230 tan pada ketinggian 170 meter, XCA4000 menetapkan penanda aras baharu bagi kapasiti mengangkat tertinggi dan paling berat antara kren beroda. Pencapaian ini penting terutamanya tatkala trend pengilangan peralatan kuasa angin global menuju ke arah model-model lebih besar dan lebih berat, memerlukan peralatan mengangkat dan pemasangan yang menawarkan kapasiti mengangkat lebih tinggi, ketinggian mengangkat lebih tinggi dan teknologi keselamatan yang dipertingkat.

Komitmen XCMG terhadap inovasi terbukti dengan ciri-ciri termaju XCA4000, termasuk teknologi bum fleksibel berprestasi tinggi, yang dapat menangani cabaran biasa seperti pengurangan prestasi mengangkat pada altitud tinggi dan ruang terhad di bawah cangkuk angkat turbin. Teknologi ini mengupayakan pengurangan masa 20-30% yang diperlukan untuk memasang turbin angin, memberikan peningkatan kecekapan yang ketara dalam projek-projek pembinaan kuasa angin.

Aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan tertinggi untuk XCMG, terutamanya berhubung kren dan peralatan angkat. XCA4000 dilengkapi dengan sistem kawalan dibangunkan sendiri dan teknologi keselamatan aktif dengan lebih sedozen sensor diagihkan pada bum, berupaya mengesan dan menghapuskan bahaya keselamatan yang berpotensi pada masa nyata, lalu memastikan tahap keselamatan tertinggi semasa pembinaan.

Keupayaan mengagumkan XCA4000 dilengkapkan lagi oleh keupayaannya untuk mengangkut komponen berat, seperti bum utama dan lunjuran, dengan berat sehingga 400 tan dan kebolehgredan 16%, yang meningkatkan keberkesanannya dalam pemindahan beban-berat.

Kepimpinan XCMG dalam bidang peralatan ultra-besar disokong oleh penguasaannya dalam teknologi reka bentuk untuk perubahan bentuk besar dan struktur tidak linear, menetapkan standard industri global untuk ketepatan pengiraan struktur besar. Menjelang akhir tahun 2023, XCMG menyerahkan lebih 200 unit kren beroda ribuan-tan, lalu memantapkan reputasinya sebagai "pilihan terbaik" untuk projek-projek mengangkat kuasa angin berskala besar di seluruh dunia.

Menerusi pelancaran XCA4000, XCMG terus menerajui jalan dalam industri jentera pembinaan, menyediakan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pasaran global yang semakin berkembang.

Sila kunjungi https://www.xcmg.com/en-ap/solution/solu-detail-9618596.htm untuk maklumat lanjut mengenai XCA4000.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services