omniture

DAHON Dedahkan Teknologi Kelajuan 'V-Tech' Rintis di Taipei Cycle Show 2024

DAHON
2024-03-27 00:54 18

TAIPEI, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- DAHON, peneraju global bagi basikal lipat, baru-baru ini mendedahkan Teknologi Kelajuan 'DAHON V Tech' rintisnya, komponen berpaten dan aksesori bergaya di Pusat Pameran Nangang, dipamerkan di reruai L0727 di tingkat 4 Dewan 1, semasa Taipei Cycle Show 2024, pameran perdagangan kayuh terbesar Asia.

Teknologi Kelajuan 'V Tech' Perintis DAHON

Di barisan hadapan pameran ini, pengasas DAHON, Dr. David T. Hon, memperkenalkan 'DAHON V Tech' kepada khalayak yang bersemangat. Teknologi ini berasal daripada komitmen DAHON terhadap inovasi dalam bidang basikal lipat. Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dr. Hon telah menemui lonjakan ketara dalam prestasi; basikal lipat mereka yang dipertingkat ini melangkaui kelajuan banyak basikal jalan raya dan gunung tradisional.

'DAHON V Tech' menangani ketidakcekapan reka bentuk yang meluas pada bingkai basikal yang membawa kepada kehilangan kuasa semasa mengayuh. Melalui fizikal struktur, analisis unsur terhingga dan ujian tolok terikan termaju, DAHON mentakrifkan semula kekukuhan dan kecekapan bingkai, menyampaikan tunggangan lebih pantas secara sejagat dalam kesemua jenis basikal.

DAHON mewujudkan metodologi termaju untuk mentakrifkan "V Tech" mereka, memfokuskan kepada fizik struktur, analisis unsur terhingga, penilaian tolok terikan dan penilaian kekukuhan bingkai yang inovatif semasa mengayuh. Dr. Hon mengeluarkan salah satu kertas kerja akademik yang memperincikan teknologi ini pada laman web DAHON, dengan tiga lagi kertas kerja dijadualkan untuk dikeluarkan lewat tahun ini.

Untuk menarik lagi perhatian industri ini, DAHON turut melancarkan "Cabaran Berbasikal" ("Cycling Challenge") yang mengujakan, menunjukkan kehebatan teknologi kelajuan 'V Tech' yang menarik perhatian luas sepanjang acara ini.

Semasa pertandingan, peserta berlumba menggunakan pelbagai basikal DAHON, termasuk model dengan teknologi baharu, dalam dua kategori dengan cerun dan jarak yang dibezakan.

Pertandingan ini menampilkan enam basikal termasuk tiga yang menggunakan "DAHON V Tech": basikal jalan raya 700C DAHON terkini, basikal lipat aluminium P18 dan basikal lipat gentian karbon P18. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori: Profesional (cerun: 4.2%, jarak: 500m) dan Standard (cerun: 1.4%, jarak: 500m).

Sepanjang tempoh tiga hari, pesaing En. Zhang memenangi kategori Profesional, memperoleh hadiah bernilai AS$2,000 untuk masa kumulatif 5-minit dan 41-saat beliau yang luar biasa. Basikal jalan raya 700C DAHON muncul sebagai yang terpantas, menekankan keupayaan teknologi ini.

Tonjolan Pameran dan Sorotan Produk 

Rangkaian produk yang membawakan 'V Tech', termasuk:

  • Basikal Jalan Raya Roda 700C: Basikal jalan raya bingkai aluminium 700C ulung daripada DAHON memiliki 'V Tech', menunjukkan peningkatan ketegaran 20%-30% berbanding bingkai standard.
  • E-basikal K-Feather: Basikal bantu-elektrik sangat ringan dengan berat hanya 12kg, menjadikannya E-basikal DAHON yang paling ringan dengan integrasi 'V Tech'.
  • BOARDWALK D7: Basikal lipat gaya-British klasik kini ditingkatkan dengan kabel DELTECH DAHON demi ketahanan dan pengalaman tunggangan yang lebih baik.

Memupuk Inovasi dengan 'Sharing 360'

Dengan lebih 500 paten, inisiatif 'Sharing 360' DAHON juga menjadi tumpuan, menggalakkan kolaborasi industri melalui akses kepada portfolio paten DAHON yang luas. Produk yang diketengahkan termasuk Internal V Handlepost generasi ke-2, kabel DELTECH dan set roda gentian karbon berkualiti tinggi. Di samping itu, aksesori berbasikal yang bergaya daripada DAHON mendapat perhatian ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: marketing@dahon.com

Dr. David T. Hon, the founder of the DAHON Group, made a special appearance to unveil the groundbreaking "DAHON V Tech" which garnered widespread attention and acclaim at the exhibition.
Dr. David T. Hon, the founder of the DAHON Group, made a special appearance to unveil the groundbreaking "DAHON V Tech" which garnered widespread attention and acclaim at the exhibition.

 

DAHON 700C road bike showcased remarkable speed, successfully clinching the winner as the fastest bike, outperforming bikes from other brands.
DAHON 700C road bike showcased remarkable speed, successfully clinching the winner as the fastest bike, outperforming bikes from other brands.

 

The range of products featuring 'V Tech': 700C Wheel Road Bike (Top), K-Feather E-bike (Bottom Left), BOARDWALK D7 (Bottom Right)
The range of products featuring 'V Tech': 700C Wheel Road Bike (Top), K-Feather E-bike (Bottom Left), BOARDWALK D7 (Bottom Right)

 

Source: DAHON
Keywords: Computer/Electronics Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking