omniture

Xiamen: Bandar dipenuhi kasih sayang sukarelawan

chinadaily.com.cn
2024-03-27 09:52 1

XIAMEN, China, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Laporan daripada chinadaily.com.cn:

Xiamen, sebuah bandar pantai di wilayah Fujian, Timur China, telah pun meningkatkan taraf hidup penduduknya hasil daripada hasil sayang sukarelawan tempatan.

Menurut pegawai tempatan, bandar ini kini menempatkan lebih daripada 7,000 pertubuhan perkhidmatan sukarelawan dan kira-kira 1.08 juta orang sukarelawan, menawarkan perkhidmatan dalam bidang seperti penyelamatan kecemasan, rawatan perubatan, pembasmian dan pengurusan kemiskinan serta menawarkan bantuan kepada kanak-kanak, warga emas dan golongan yang mengalami masalah fizikal atau mental.

Membantu warga emas

Ye Tong, seorang pelajar berusia 22 tahun yang belajar tarian dan persembahan di Jimei University, merupakan contoh teladan yang membantu orang lain dengan kemahirannya sendiri. Pada tahun 2022, beliau menyertai Hongyanlai Cultural Service Center, iaitu sebuah pusat komuniti yang bertujuan untuk membantu pesara tempatan memperkayakan kehidupan mereka melalui aktiviti kebudayaan.

Ye berkata, beliau dan rakan-rakan sekerjanya mereka cipta buku teks dan membangunkan kaedah pengajaran untuk membantu pesara belajar menari.

"Saya mendapati bukan mudah untuk wanita membiasakan diri dengan kehidupan baharu selepas mereka bersara," kata Ye. "Cara untuk memastikan mereka gembira adalah dengan melibatkan mereka dalam hobi yang menyeronokkan dan membantu mereka mendapat kawan baharu."

'Raja tukang cerita'

Su Qiankuan yang berumur 91 tahun ialah seorang penduduk di daerah Tong'an, Xiamen. Beliau mungkin merupakan penduduk tertua dalam pasukan sukarelawan bandar ini.

Warga emas ini sering digelar oleh penduduk tempatan sebagai "raja tukang cerita".

Sepanjang dekad yang lalu, beliau telah mengadakan acara bercerita di pelbagai tempat di Xiamen. Penggunaan dialek Minnan — atau selatan Fujian — merupakan ciri unik dalam penceritaan beliau.

"Cerita rakyat tempatan, terutamanya yang dibangunkan pada masa lampau di Xiamen dan yang berkaitan dengan budaya Merah bandar ini, merupakan aset budaya yang berharga," kata Su.

Kata beliau lagi, beliau juga ingin menyedarkan orang ramai bahawa dialek tempatan merupakan bahagian penting dalam budaya Cina. "Sedih rasanya kerana sesetengah dialek, yang biasanya mengingatkan orang ramai tentang tempat asal usul mereka hampir lenyap."

Menjaga golongan kurang bernasib baik

Menjaga golongan yang mengalami masalah fizikal atau mental merupakan satu lagi sorotan perkhidmatan sukarela di Xiamen.

Di daerah Siming di bandar ini, pegawai tempatan di komuniti Xibian dan Kengnei berganding bahu dengan entiti perniagaan tempatan bagi menubuhkan pasukan perkhidmatan sukarela untuk kanak-kanak autisme.

Langkah terkini mereka adalah mengadakan lelong amal pada akhir bulan Februari untukmengumpul wang bagi tujuan rehabilitasi dan pendidikan kanak-kanak golongan ini.

Source: chinadaily.com.cn
Keywords: Art Publishing/Information Service Travel Not for profit