omniture

Appier Perkasa Rev Edition Thailand ke Tahap Baharu dengan Kempen Pemasaran Berpandukan-AI

Appier
2024-03-27 14:11 52

BANGKOK, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Appier, sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan, dengan bangganya mengumumkan kejayaan kolaborasinya yang terkini bersama Rev Edition. Platform AIQUA Appier memperkenalkan penyelesaian perintis untuk Rev Edition, bagi mengupayakan pengesyoran produk terperibadi dan meningkatkan penglibatan pengguna merentas pelbagai saluran, termasuk eDM, dalam-web, SMS dan saluran sosial. Pendekatan berpandukan-AI ini membolehkan pengujian A/B yang tepat, dengan 50% pengguna menerima pengesyoran rawak dan 50% yang lain mendapat manfaat daripada cadangan tersuai AIQUA, lalu meningkatkan Kadar Klikan (CTR) dengan ketara sebanyak 175%.

Rev Edition merupakan pengimport, pengedar dan pengurus runcit ulung Thailand bagi jenama sukan dan gaya hidup fesyen terkemuka. Sejak penubuhannya pada tahun 2000, Rev Edition berada di barisan hadapan industri peruncitan sukan, memiliki NIKE Flagship Store pertama di Thailand dan mengurus portfolio yang mengagumkan, termasuk HOKA, Saucony, Champion dan banyak lagi, melalui 159 cawangan dan platform e-dagang.

Pasaran barangan dan peralatan sukan bersedia mencapai pertumbuhan yang ketara, dengan hasil dijangka mencapai AS$104.50 juta pada tahun ini dan berkembang pada CAGR 8.01% bagi mencapai AS$142.20 juta menjelang tahun 2028. Trajektori pertumbuhan ini dicerminkan pada kumpulan pengguna yang semakin meningkat, diunjurkan mencapai 10 juta menjelang tahun 2028[1], dengan penembusan pengguna meningkat daripada 13.6% pada tahun 2024 kepada 16.3% menjelang tahun 2028. Pasaran yang berkembang pesat ini menunjukkan trend yang lebih luas di seluruh Thailand dan secara global, yang mana landskap e-dagang untuk jenama sukan dan gaya hidup semakin berkembang. Dipacu oleh permintaan pengguna terhadap kemudahan, kepelbagaian dan pilihan diperibadikan, lonjakan jualan dalam talian ini terhadap pakaian sukan dan peralatan yang berkualiti tinggi dan berpandukan-prestasi mendorong peruncit-peruncit tradisional seperti Rev Edition untuk mengguna pakai teknologi pemasaran yang inovatif untuk kekal berada di hadapan dalam persekitaran yang dinamik dan kompetitif ini.

Evolusi digital Rev Edition: daripada peruncitan tradisional kepada pemasaran berkuasa-AI 

Dengan cabaran untuk memperibadikan pengalaman pelanggan dan memaksimumkan hasil dalam talian, Rev Edition beralih kepada awan pemperibadian berkuasa-AI Appier, AIQUA untuk mentransformasikan strategi pemasaran digitalnya. Sebelum bekerjasama dengan Appier, Rev Edition bergantung kepada proses manual yang memakan masa untuk menjejaki data pelanggan dan melibatkan pengguna, dengan keperluan yang signifikan terhadap pendekatan berpandukan data yang lebih sofistikated.

Meningkatkan jualan dan kepuasan dengan AI

Keputusannya dapat dilihat dengan jelas. Sejak pelancaran kempen dalam Januari 2023, Rev Edition menyaksikan peningkatan jelas dari segi hasil dalam talian serta penglibatan pelanggan. AIQUA Appier dan keupayaannya untuk mengintegrasikan SDK, mengurus peristiwa dan parameter serta menyediakan senario pengesyoran yang jelas telahpun meningkatkan jualan dan mengurangkan beban kerja dengan ketara untuk pasukan pemasaran Rev Edition, lalu membawa kepada peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan.

"Bekerjasama dengan Appier merupakan satu titik perubahan untuk usaha pemasaran digital kami," kata Sawanya Somprasong, Pengurus E-dagang, Rev Edition. "Platform AIQUA Appier bukan sahaja memenuhi keperluan segera kami terhadap pengesyoran diperibadikan dan peningkatan jualan dalam talian tetapi juga membuka jalan baharu untuk kami memahami dan melibatkan pelanggan kami dengan lebih berkesan."

Komitmen Appier terhadap kejayaan Rev Edition terbukti melalui kolaborasi erat antara pasukan Pengurusan Kejayaan Pelanggan (CSM) dan Rev Edition, bagi memastikan penyepaduan lancar dan pemaksimuman keupayaan platform AIQUA.

Memandang ke hadapan, Rev Edition dengan gembiranya meningkatkan strategi pemasarannya selanjutnya bersama Creative Studio yang akan datang daripada Appier pada tahun 2024, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran jenama dan kadar penukaran ke tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Latar Belakang Rev Edition Company Limited

Rev Edition Company Limited, ditubuhkan pada tahun 2000, ialah pengimport, pengedar dan peruncit terkemuka produk sukan dan gaya hidup fesyen di Thailand. Dengan NIKE Flagship Store pertama dan pelbagai jenama sukan yang terkemuka di bawah pengurusannya, Rev Edition terus memacu kecemerlangan dan inovasi dalam industri sukan runcit.

Latar Belakang Appier 

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, misi kini Appier adalah untuk mengubah AI menjadi ROI dengan menjadikan perisian pintar. Appier mempunyai 17 pejabat merentas APAC, Eropah dan AS serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan kunjungi  ir.appier.com/en/ untuk maklumat lanjut mengenai IR.

[1]  Statista Market Insights - Sports Equipment: Thailand

Source: Appier
Related Stocks:
Tokyo:4180
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Artificial Intelligence