omniture

Pesona Busana Pengantin Gelly Wee

Gelly Wee Wedding Gown
2024-03-27 16:55 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Gelly Wee Wedding Gown, butik pengantin yang terkenal dengan koleksi busana pengantin yang anggun, teruja untuk mengumumkan kejayaan penganjuran acara "Cherished Charms: Gelly Wee's Carousel of Bridal Bliss" (Idaman Kalbu: Pesona Pengantin Gelly Wee).  Diadakan di Foyer & Piazza Starhill pada 16 Mac, pertunjukan gilang-gemilang ini telah memukau pengunjung dengan paparan busana pengantin yang mempesona hasil sentuhan pereka terkenal, termasuk Elie Saab, Georges Hobeika, Pronovias, Jenny Packham, Zuhair Murad, dan Joli Poli.


Diasaskan pada 2008, Gelly Wee Wedding Gown telah menjadi simbol keanggunan, kemewahan dan gaya luar biasa dalam industri busana pengantin. Sebagai peruncit sah jenama-jenama pereka busana pengantin antarabangsa yang terkemuka di Malaysia, Gelly Wee bertekad untuk mengetengahkan pilihan busana terbaik dan mencipta detik-detik yang mengukir kenangan terindah pada hari teristimewa bergelar raja sehari.

Malam Seri Pesona dan Pencapaian Pecah Rekod Malaysia 

Sorotan utama acara ialah pertunjukan cahaya mengagumkan sebagai pembuka tirai bagi peragaan pentas yang memukau hadirin. Koleksi terkini daripada Elie Saab, Zuhair Murad, dan Joli Poli telah diperagakan, menambat selera fesyen hadirin dengan keindahan dan hasil kerja seni reka yang tersendiri. Acara tersebut dihadiri oleh ikon fesyen dan pempengaruh seperti Shaine, Tiffany Teh, Lee Xuan, Yee Fei, dan ramai lagi, yang menambah sentuhan glamor dan keseronokan pada malam tersebut.

Acara "Cherished Charms: Gelly Wee's Carousel of Bridal Bliss" ini berbangga untuk mencipta sejarah apabila diiktiraf dalam Buku Rekod Malaysia sebagai peragaan busana pengantin pertama di Malaysia yang melakar detik bersejarah yang penting di persada fesyen tanah air.

Memupuk Bakat dan Kreativiti

Sebagai jenama pengantin kebanggaan milik Malaysia, Gelly Wee telah menganjurkan pertandingan untuk mencungkil dan menyerlahkan bakat para pereka sedang meningkat naik dalam pertandingan "The Dreamland's Wedding Gown" (Pertandingan Busana Pengantin Alam Impian). Menerusi tema tahun ini, individu berbakat yang turut serta telah mengetengahkan hasil rekaan busana pengantin yang serba anggun. Pertandingan tersebut bukan sahaja memaparkan potensi kreatif dalam industri fesyen pengantin tetapi juga memberikan platform untuk pereka berbakat besar menempa nama dalam bidang ini.

Khas Untuk Pasangan Merpati Dua Sejoli: Kelas Bakal Pengantin

Sempena dengan acara tersebut Gelly Wee Wedding Gown telah menganjurkan Program Latihan Pengantin yang sungguh menarik di Starhill pada 17 Mac. Di bawah bimbingan Haruka Nohara, Pengasas THE TRINITY INC Jepun, bengkel ini memberikan pelbagai petua untuk perarakan masuk pengantin dengan bergaya, tenang dan penuh yakin. Bakal pengantin mempelajari beberapa teknik penting seperti postur, etiket, dan gaya peragaan hari perkahwinan yang perlu diberi perhatian.

Gelly Wee Wedding Gown mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin, peserta dan penyokong yang menjayakan acara "Cherished Charms: Gelly Wee's Carousel of Bridal Bliss". Butik ini tetap komited untuk memenuhi impian bakal pengantin menerusi koleksi busana anggun dan perkhidmatan yang tiada tandingan.

-TAMAT-

Mengenai Gelly Wee Wedding Gown

Gelly Wee Wedding Gown ialah butik pengantin yang terkemuka di Malaysia, yang memberi tumpuan kepada pemilihan dan penciptaan gaun busana pengantin serba anggun. Ditubuhkan pada 2008 oleh Wee Gelly, butik ini menawarkan pilihan persalinan pengantin penuh pesona yang tiada tandingan daripada para pereka terkenal antarabangsa, dalam persiapan bakal pengantin mencipta detik-detik manis menuju ke alam perkahwinan.

Source: Gelly Wee Wedding Gown
Keywords: Bridal Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail