omniture

Shanghai Electric Majukan Teknologi Tenaga Angin dengan Kaedah Anggaran Kekasaran Bilah Inovatif oleh Pakar Kanan Koji Fukami

Shanghai Electric
2024-03-28 00:20 19

ROSKILDE, Denmark, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dalam satu pembangunan signifikan untuk sektor tenaga angin, Shanghai Electric Wind Power Group, subsidiari Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727), sebuah syarikat yang terkenal dengan dedikasinya kepada peralatan tenaga bersih, baru-baru ini menyambut ulang tahun kelima Pusat Inovasi Eropah ("Pusat") di Rosklide, Denmark.

In a significant development for the wind energy sector, Shanghai Electric Wind Power Group, a subsidiary of Shanghai Electric, focused on clean energy equipment, celebrated the fifth anniversary of its European Innovation Center.
In a significant development for the wind energy sector, Shanghai Electric Wind Power Group, a subsidiary of Shanghai Electric, focused on clean energy equipment, celebrated the fifth anniversary of its European Innovation Center.

Di Simposium Hakisan Pinggir Depan Bilah Turbin Angin Antarabangsa ke-5 yang diadakan oleh Technical University of Denmark baru-baru ini, Koji Fukami, Pakar Kanan Reka Bentuk Bilah membentangkan kajian beliau yang bertajuk "Anggaran Kejuruteraan Kesan Kekasaran Pinggir Depan Teruk". Kajian beliau, dijalankan dengan kerjasama Pusat ini, memperkenalkan pendekatan baharu untuk menganggarkan impak kekasaran pinggir depan pada bilah turbin angin dalam persekitaran kerpasan tinggi baik di luar pesisir mahupun darat.

"Terdapat keperluan yang sangat penting untuk merapatkan dunia akademik dan industri tenaga angin, bagi mencari kaedah yang lebih praktikal, cekap masa dan berkesan kos untuk menilai dan mengoptimumkan reka bentuk bilah dalam keadaan yang teruk," ujar Koji Fukami.

Bilah turbin angin memainkan peranan kritikal dalam keberkesanan penjanaan kuasa angin, dengan integritinya memberi kesan langsung kepada produktiviti sistem. Hakisan, terutamanya daripada kuasa angin, merupakan isu yang kerap berlaku. Industri ini mengakui hakisan hujan sebagai punca utama di sebalik kerosakan pada bahagian pinggir depan bilah.

Bilah kelas-megawatt beroperasi pada kelajuan hujung melebihi 90m/s yang mana titisan hujan boleh mengenai bilah dengan daya signifikan yang serupa dengan peluru yang mengakibatkan daya koyak yang besar. Impak berulang ini membawa kepada proses lesu yang mana salutan mengelupas di bawah hentakan berterusan dan daya koyak lateral mengakibatkan lapisan pelindung rosak yang akhirnya menjejaskan seluruh struktur pelindung pinggir depan.

Dalam mereka bentuk bilah dan aerofil untuk operasi dunia sebenar, mengatasi pengaruh keadaan alam sekitar yang teruk adalah sangat penting untuk prestasi yang mantap. Pendekatan baharu yang dibentangkan ini membolehkan simulasi jitu untuk reka bentuk bilah dengan pengurangan dalam permintaan hitungan, menjadikan proses reka bentuk lebih pantas, lebih murah dan lebih berfungsi. Kaedah pemodelan termaju ini memainkan peranan penting dalam menjamin kelasakan dan kebergantungan bilah turbin angin kepada kuasa angin elektrik tatkala ia menghadapi cabaran iklim yang lebih melampau.

Kaedah ini menggunakan konsep daripada aerodinamik yang tidak stabil untuk mengoptimumkan reka bentuk aerofil, memanfaatkan keputusan simulasi yang mencerminkan keadaan operasi sebenar. Tahap kesejajaran tinggi antara data simulasi daripada kaedah ini dan data eksperimen yang dikeluarkan secara terbuka oleh University of Illinois menunjukkan padanan kukuh antara kedua-dua set keputusan.

November akan datang ini, Pusat ini akan memulakan pusingan kolaborasi baharu bersama Technical University of Denmark, memfokuskan kepada eksperimen terowong angin untuk menguji prestasi reka bentuk aerofil baharu dan untuk menilai kaedah simulasi baharu.

Pusat ini, ditubuhkan dalam Mac 2019, memanfaatkan kekuatan strategik Denmark dalam sektor tenaga angin, mencakupi teknologi turbin angin, pertumbuhan sektor, pengetahuan aplikasi dan persekitaran semula jadi yang diperlukan untuk pemasangan tenaga angin. Pendekatan ini menarik minat ramai pakar kejuruteraan elit ke Pusat ini.

Berkembang pesat daripada syarikat pemula di sebuah pejabat kepada pusat sains dan inovasi moden dengan kumpulan kakitangan yang signfikan, setakat ini Pusat ini mencapai banyak kejayaan dalam projek inovasi teknologi dan memperoleh pelbagai paten. Kemajuan ini dimanfaatkan secara progresif untuk memperkasa kemajuan dalam algoritma kawalan, analisis beban, reka bentuk bilah dan pengoptimuman ladang angin.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/listed_en/windpower/.


 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities