omniture

PepsiCo Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam dan Kolaborasi Petani Phivang untuk Memperkenalkan Model Pertanian Kontrak Mampan di Vietnam

Persetujuan tiga pihak untuk pertanian kontrak ini adalah pertama seumpamanya di Vietnam
PepsiCo Asia Pacific
2014-10-08 10:12 710

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 8 Oktober 2014  /PRNewswire/ -- PepsiCo Foods Vietnam Company (PFVC) hari ini mengumumkan ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang pertama seumpamanya dengan Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (DARD) serta Kolaborasi Petani Phivang di Vietnam bagi memperkenalkan model pertanian kentang kontrak yang mampan ke Vietnam. Persetujuan itu akan memanfaatkan kira-kira 50 petani kecil-kecilan di Wilayah Lam Dong, Vietnam.

Potato farming in Lam Dong Province, Vietnam.
Potato farming in Lam Dong Province, Vietnam.

Sebagai sebahagian daripada MoU itu, PFVC akan bersetuju dengan harga tetap bagi pembelian kentang daripada Kolaborasi Petani Phivang pada permulaan setiap musim tumbesar. Ini memberi jaminan kepada para petani akan adanya pembeli untuk kentang mereka dan pada harga yang tidak tertakluk kepada turun naik pasaran. DARD akan menyediakan bantuan kewangan kepada ahli koperasi untuk membeli benih serta input lain untuk musim tumbesar. Akhirnya, Kolaborasi Petani Phivang akan menyatukan petani untuk berunding kontrak yang selamat dan stabil dengan PepsiCo selain menyediakan forum untuk para petani bertukar maklumat teknik penanaman.

Tambahan lagi, PFVC akan menyediakan sokongan agronomi teknikal kepada golongan petani melalui perkongsian amalan terbaik tentang teknik untuk menambah hasil tuaian, menjimatkan air dan turut menggalakkan pertanian mampan. PFVC mempunyai rekod prestasi terbukti untuk membantu para petani di Vietnam menjadikan kitaran tuaian mereka lebih produktif. Antara tahun 2011 dan 2014, PFVC telah menyediakan sokongan agronomi kepada para petani mereka yang telah membolehkan mereka menggandakan hampir sekali ganda hasil tuaian purata mereka.

"PepsiCo merupakan salah satu syarikat pertanian terbesar dunia. Setiap tahun, kami menyumber lebih empat juta tan kentang daripada ribuan petani tempatan seluruh dunia, dan kejayaan kami bergantung pada kejayaan mendapatkan rantaian bekalan mampan untuk bahan mentah penting kami," kata Huy Nguyen Duc, Pengurus Besar PepsiCo Foods Vietnam Company. "Bersama rakan kongsi kami, DARD dan Kolaborasi Petani Phivang, kami ingin menggunakan gabungan pengalaman dan ilmu pengetahuan kami untuk bekerjasama dengan para petani kentang di Vietnam dan memainkan peranan positif dalam kejayaan pertanian kontrak mampan di serata Vietnam."

"Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar percaya persetujuan ini membawa faedah bersama kepada semua pihak. Para petani Phivang dijamin akan mendapat harga wajar yang tidak tertakluk kepada turun naik pasaran bagi hasil tuaian mereka manakala PepsiCo pula akan menerima bekalan kentang yang stabil," kata En. Chau, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. "Rancangan kami adalah untuk turut menjalankan model ini di seluruh wilayah Lam Dong bagi memastikan pengeluaran kentang yang mampan, serta sayuran lain, dan untuk menyediakan jaminan perlindungan kepada para petani daripada turun naik harga pasaran."

PepsiCo adalah komited untuk melabur bagi masa hadapan yang lebih sihat untuk orang ramai dan planet kita, termasuklah menghormati, menyokong dan turut melabur dalam komuniti tempatan tempat syarikat ini beroperasi. PepsiCo menggelar komitmen ini "Prestasi dengan Matlamat."

PepsiCo merupakan ahli aktif dalam inisiatif 'Grow Asia' Forum Ekonomi Dunia dan 'Wawasan Baharu untuk Pertanian'. 'Grow Asia' merupakan inisiatif berbilang pihak berkepentingan yang menggalakkan pertumbuhan pertanian yang terangkum dan mampan, terutamanya bertumpu pada pembangunan petani berkepentingan kecil, keselamatan makanan serta kemampanan alam sekitar pertanian. PFVC mengetuai kumpulan kerja buah dan sayuran 'Grow Asia' di Vietnam. Melalui kumpulan ini, PFVC mampu memperkenalkan amalan terbaik kepada para petani mereka untuk meningkatkan hasil tuaian dan juga kualiti kentang mereka secara mampan.

Latar belakang PepsiCo

Produk PepsiCo dinikmati oleh para pengguna satu bilion kali setiap hari di lebih 200 negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo telah menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada tahun 2013, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman pelengkap termasuklah Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker serta Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah pelbagai jenis makanan dan minuman lazat, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu daripada segi anggaran jualan runcit tahunan.

PepsiCo berteraskan Prestasi dengan Matlamat – matlamat kami ialah menyediakan prestasi kewangan terbaik sambil menghasilkan pertumbuhan mampan bagi nilai pemegang saham. Daripada segi amalan, Prestasi dengan Matlamat bermaksud menyediakan pelbagai makanan dan minuman termasuklah kudapan dan juga makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar serta mengurangkan kos pengendalian kami; menyediakan tempat kerja yang selamat dan terangkum bagi kakitangan kami seluruh dunia; dan turut menghormati, menyokong serta melabur dalam komuniti tempatan tempat kami beroperasi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.pepsico.com.

Maklumat Perhubungan:

Ben Eavis
Pejabat: +65-6361-9212
E-mel: ben.eavis@pepsico.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141003/8521405779

Source: PepsiCo Asia Pacific
Keywords: Agriculture Food/Beverages Licensing/marketing agreements