omniture

FP Markets Dinobatkan Sebagai Perkhidmatan Terbaik Seumpamanya untuk Kategori Komisen & Yuran, Dagangan Algo dan MetaTrader

FP MARKETS
2024-03-28 01:49 2

SYDNEY, 27 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Meraikan hampir dua dekad dalam industri Tukaran Mata Wang Asing dan CFD, FP Markets terus cemerlang dalam memenuhi keperluan pedagang dan pelabur, mendapat pengiktirafan industri berulang-kali dalam pelbagai bidang utama. Status Terbaik Seumpamanya untuk kecemerlangan telah dianugerahkan kepada FP Markets dalam pelbagai kategori berprestij semasa majlis Anugerah Forexbrokers.com 2024 yang diadakan pada 23 Januari, menandakan siri penghargaan berturut-turut yang mengagumkan:

  • Komisen dan Yuran (tahun ke-4 berturut-turut)
  • MetaTrader (tahun ke-4 berturut-turut)
  • Dagangan Algo (tahun ke-3 berturut-turut)
FP Markets Named Best In Class for Commissions & Fees, Algo Trading and MetaTrader
FP Markets Named Best In Class for Commissions & Fees, Algo Trading and MetaTrader

 

Anugerah Seumpamanya itu mengetengahkan dan memperkukuh lagi kedudukan FP Markets sebagai peneraju industri dalam penetapan harga yang berdaya saing dan teknologi terkemuka pasaran yang diiktiraf atas sokongan meluas untuk pedagang algoritma dan sistematik. Di FP Markets, pelanggan juga boleh memilih daripada pelbagai pilihan Akaun Dagangan yang menjimatkan kos, bersesuaian dengan pelabur aktif dan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif FP Markets Craig Allison mengulas: "Pengiktirafan yang tekal dalam bidang teras industri ini merupakan bukti dedikasi dan komitmen teguh pasukan; kami berbangga menerima pengiktirafan berterusan dan menjadi broker yang memahami pedagang dan pelabur. Daripada menyediakan struktur penetapan harga kos rendah kepada pelbagai Platform Dagangan terkemuka, termasuk MetaTrader dan cTrader, serta perkongsian baharu kami dengan TradingView dan Pasukan Sokongan Pelanggan Berbilang Bahasa untuk 24/7 yang berdedikasi, ini telah menjadi daya penggerak di sebalik pedagang yang terus memilih FP Markets sebagai broker pilihan masing-masing."

Ditubuhkan pada tahun 2016, Forexbrokers.com ialah penyedia perkhidmatan dalam talian ulasan Broker Tukaran Mata Wang Asing yang saksama. Syarikat ini telah menerbitkan hampir 200,000 perkataan penyelidikan dan mempunyai lebih daripada 8 juta tontonan, menjadikannya sebagai laman web perbandingan broker nombor satu untuk pedagang dan pelabur. Memandangkan permintaan untuk broker yang dikawal selia dan telus terus berkembang, Forexbrokers.com menawarkan laman web khusus untuk ruang Tukaran Mata Wang Asing, tempat pedagang dan pelabur boleh menerima ulasan yang mendalam dan saksama mengenai broker Tukaran Mata Wang Asing antarabangsa. Pendekatan syarikat yang dipacu data itu memberikan ulasan paling tepat dalam industri, bermaksud bahawa syarikat yang diiktiraf ialah ahli industri global terkemuka.

FP Markets menawarkan akses kepada lebih 10,000 instrumen dagangan, memberikan pedagang akses kepada CFD merentasi Tukaran Mata Wang Asing, Indeks, Komoditi, Saham, ETF, Bon dan  Mata Wang Digital, menjadikannya satu daripada tawaran paling luas dalam industri pada platform termaju, termasuk MT4, MT5, cTrader, TradingView dan Iress, yang kesemuanya boleh didapati melalui iOS dan Android. Sejak 19 tahun yang lalu, FP Markets telah mengetahui bahawa sebaran ketat secara tekal, pelaksanaan pantas, platform termaju, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan yang amat baik ialah bahan utama yang memberikan keyakinan kepada pedagang yang serius untuk berdagang.

Catatan kepada Editor

Maklumat Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD Berbilang Kawal Selia dengan lebih 18 tahun pengalaman industri.
  • Syarikat ini menawarkan sebaran Tukaran Mata Wang Asing antara bank yang sangat berdaya saing bermula daripada 0.0 pip.
  • Pedagang boleh memilih daripada platform dagangan dalam talian terkemuka yang hebat, termasuk Aplikasi Mudah Alih FP Markets,MetaTrader 4,MetaTrader 5, WebTrader, cTrader. TradingView dan Iress.
  • Trend Pelaburan telah mengiktiraf perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa syarikat untuk 24/7 yang cemerlang dan dianugerahkan "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Secara Keseluruhan" selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan "Broker Nilai Tukaran Mata Wang Asing Global Terbaik" selama lima tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023) di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global.
  • FP Markets telah dianugerahkan "Broker Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Eropah" dan "Program Rakan Kongsi Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Asia" di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global 2022 dan 2023.
  • FP Markets telah dianugerahkan "Pelaksanaan Dagangan Terbaik" di Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2022 (Ultimate Fintech Awards 2022).
  • FP Markets dinobatkan sebagai "Broker CFD Terbaik di Afrika" di Anugerah FAME 2023.
  • FP Markets Dianugerahkan "Pelaksanaan Dagangan Terbaik" dan "Broker Paling Telus" di APAC Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2023 (Ultimate Fintech Awards APAC 2023).

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan menyeluruh FP Markets, sila kunjungi https://www.fpmarkets.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2372415/FP_MARKETS.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1574261/4503805/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FP MARKETS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology