omniture

Konvensyen Biodiversiti P.B.B. Dirasmikan di Pyeongchang

The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
2014-10-08 22:20 340

PYEONGCHANG, Korea Selatan, 8 Oktober 2014  /PRNewswire/ -- Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang biodiversiti dirasmikan di bandar timur Pyeongchang pada hari Isnin, yang menghimpunkan pegawai kerajaan, penggiat alam sekitar serta ahli perniagaan seluruh dunia.

U.N. biodiversity convention opens in Pyeongchang
U.N. biodiversity convention opens in Pyeongchang

Mesyuarat ke-12 Persidangan Parti ke Konvensyen Kepelbagaian Biologi, juga dikenali sebagai COP 12, akan berlangsung sehingga 17 Oktober, dengan kehadiran kira-kira 20,000 perwakilan dari 194 negara.

Persidangan bertemakan "Biodiversiti untuk Pembangunan Mampan" bertujuan untuk memberi penilaian pertengahan penggal bagi pelan strategik 2011-2020 untuk biodiversiti, maklum balas yang diselaraskan oleh kerajaan dan P.B.B. terhadap kehilangan spesies tumbuhan dan haiwan seluruh dunia, menurut pihak penganjur.

Pada penghujung sesi selama dua minggu itu, COP 12 akan mula menggunakan "Peta Jalan Pyeongchang" yang menumpukan perhatian kepada beberapa cara bagi mencapai matlamat pembangunan mampan P.B.B. dan "Perisytiharan Gangwon" yang mengandungi hasil persidangan itu.

Konvensyen itu turut mengadakan pertemuan pertama bagi "Protokol Nagoya untuk Akses dan Perkongsian Faedah" (13-17 Oktober), "Sidang Kemuncak Biodiversiti untuk Bandar dan Kerajaan Subnegara" (13-14 Oktober) dan juga "Segmen Peringkat Tinggi" (15-16 Oktober).

Konvensyen Kepelbagaian Biologi, yang turut dikenali dengan nama tidak rasminya konvensyen biodiversiti, mula diadakan semasa Persidangan P.B.B. tentang Alam Sekitar dan Pembangunan pada tahun 1992 bagi menangani semua isu yang berkaitan dengan kepelbagaian biologi.

Perjanjian berbilang pihak itu merupakan salah satu daripada tiga konvensyen P.B.B. yang bermatlamat untuk melindungi alam sekitar. Dua lagi konvensyen pula merupakan Konvensyen Kerangka Kerja tentang Perubahan Iklim dan Konvensyen bagi Memerangi Penggurunan.

Maklumat Perhubungan Media

Seo, yun-sik
supersik@korea.kr
+82-2-779-1386

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141008/8521405852

Source: The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
Keywords: Environmental Products & Services Corporate Expansion Not for profit