SYDNEY, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang-aset, Vantage Markets ("Vantage") dengan bangganya mengumumkan pengiktirafannya sebagai Broker Keseluruhan Terunggul - Australia oleh Daytrading.com. Penganugerahan yang dihormati ini menekankan komitmen Vantage kepada kecemerlangan dan dedikasinya untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang tiada tandingan kepada pelanggannya.
Daytrading.com, platform yang terkenal untuk pedagang seluruh dunia, menilai broker dengan teliti berdasarkan kepada pelbagai kriteria penting yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pedagang Australia. Setakat ini, Daytrading.com menyemak lebih 450 broker dan mengenal pasti broker dalam talian tiga teratas terbaik untuk pedagang Australia. Vantage muncul sebagai pilihan utama, mengatasi pesaing dalam bidang-bidang penting seperti kepantasan pelaksanaan, pematuhan kawal selia, sokongan pelanggan dan banyak lagi.
Pengiktirafan yang berprestij daripada Daytrading.com ini menambah rekod prestasi kejayaan Vantage. Bagi tahun 2022 dan 2023 Vantage diiktiraf sebagai Broker Terbaik dan Sokongan Pelanggan Terbaik dalam pasaran Australia di Ultimate Fintech (UF) APAC Awards. Anugerah ini mengiktiraf komitmen Vantage untuk meningkatkan platform dan tawaran sokongan pelanggannya. Di samping itu, Vantage menerima anugerah Broker CFD Terbaik – Australia yang berprestij daripada Business Tabloid, mengesahkan lagi kedudukannya dalam industri ini.
"Kami benar-benar berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Daytrading.com ini," kata Jack Kelly, Ketua Bahagian Jualan untuk Vantage Australia. "Pengiktirafan ini mengesahkan sekali lagi komitmen mutlak kami untuk memenuhi keperluan pedagang Australia. Kami berbangga menyediakan platform yang mengutamakan kepantasan, keandalan dan pematuhan kawal selia, memperkasa pelanggan kami untuk mengemudi pasaran dengan yakin."
Perkongsian jangka panjang Vantage Australia yang strategik memperkukuh kapasitinya dengan ketara untuk menawarkan pengalaman perdagangan yang utama dalam industri. Dimulakan pada tahun 2023, perkongsiannya dengan PayPal memberikan peningkatan ketara kemudahan dan keselamatan untuk pelanggan dengan menyediakan pilihan pembayaran yang lancar. Tambahan pula, perkongsian berterusan broker ini dengan Trade With Precision memastikan penyediaan sumber pendidikan perdagangan yang komprehensif, memperkasa pedagang dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan dan alat untuk berkembang maju dalam dunia perdagangan dalam talian yang dinamik.
Selain berdagang, Vantage menyumbang dengan aktif kepada penggerak sosial. Tahun lalu, syarikat ini memberikan sumbangan besar sebanyak USD 100,000 kepada Program Menyokong Pelarian di Australia UNHCR, menunjukkan dedikasinya untuk menyokong masyarakat yang memerlukan.
Latar Belakang Vantage
Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
https://www.vantagemarkets.com/en-au/
Vantage Global Prime Pty Ltd (ACN 157 768 566) ("Vantage"), terletak di 12/15 Castlereagh Street, Sydney, NSW, Australia, 2000, dan diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti & Pelaburan Australia (ASIC) AFSL no. 428901.
Memperdagangkan derivatif membawa risiko-risiko yang signifikan. Ia tidak sesuai untuk semua pelabur dan sekiranya anda merupakan pelanggan profesional, anda boleh menanggung kerugian besar melebihi daripada pelaburan awal anda. Apabila memperoleh produk derivatif kami, anda tidak mempunyai kelayakan, hak atau kewajipan terhadap aset kewangan dasar. Prestasi terdahulu bukanlah petunjuk prestasi masa depan dan undang-undang cukai tertakluk kepada perubahan. Maklumat di laman web ini bersifat umum dan tidak mengambil kira objektif peribadi, keadaan kewangan atau keperluan anda. Sehubungan itu, sebelum bertindak atas nasihat berkenaan, anda harus mempertimbangkan sama ada nasihat itu sesuai untuk anda dengan mengambil kira objektif anda, keadaan dan keperluan kewangan. Kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Anda harus mempertimbangkan sama ada anda merupakan sebahagian daripada pasaran sasaran kami dengan menyemak Penentuan Pasaran Sasaran (TMD) kami, membaca Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan dokumen undang-undang lain bagi memastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko sebelum anda membuat apa-apa keputasan perdagangan. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat bebas jika perlu.