omniture

Kempen #TradeForHope Vantage Markets Kumpul Dana Penting untuk Instituto Claret di Brazil

Vantage
2024-03-28 14:59 21

PORT VILA, Vanuatu, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang-aset Vantage Markets ("Vantage") baru-baru ini mengakhiri inisiatif #TradeforHope, dikhususkan untuk menyokong Instituto Claret, sebuah pertubuhan amal yang terkemuka di Brazil.

Vantage Markets' #TradeForHope Campaign Raises Vital Funds for Instituto Claret in Brazil
Vantage Markets' #TradeForHope Campaign Raises Vital Funds for Instituto Claret in Brazil

Instituto Claret menumpukan perhatian untuk meningkatkan kehidupan komuniti rentan melalui pelbagai inisiatif termasuk program pembangunan kanak-kanak, bantuan keluarga, pencegahan keganasan, sokongan gelandangan, sekuriti makanan dan latihan vokasional. Usaha ini memberi kesan ketara dan positif ke atas beribu-ribu individu setiap bulan, menunjukkan dedikasi organisasi ini yang tidak berbelah bahagi kepada kebajikan komuniti.

Mulai 18 hingga 22 Mac 2024, Vantage mengadakan inisiatif #TradeForHope, bertujuan untuk memberi manfaat kepada program sosial Instituto Claret di Brazil. Kempen global ini menekankan komitmen teguh Vantage Markets terhadap tanggungjawab sosialnya.

#TradeforHope menyaksikan penyertaan yang sihat daripada pedagang, menonjolkan keazaman bersama untuk menyokong usaha yang wajar. Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage Markets, melahirkan rasa syukur atas sokongan padu daripada pelanggan, menekankan persamaan misi Instituto Claret dengan nilai teras syarikat. "Kami berasa rendah hati dengan sokongan mesra daripada pelanggan kami untuk suatu usaha yang wajar," ujar Despallieres.

"Dedikasi Instituto Claret untuk menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat kurang bernasib baik di Brazil benar-benar selari dengan nilai-nilai kami. Kejayaan inisiatif #TradeForHope mencerminkan komitmen bersama daripada pelanggan dan pasukan kami ke arah memberi impak yang positif."

Untuk maklumat lanjut mengenai Instituto Claret, sila kunjungi https://www.institutoclaret.org.br

Latar Belakang Vantage 

Vantage  ialah broker berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG