LONDON, 8 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Astro akan mengemukakan laporan kelakuan pelanggan ketika menonton seluruh rangkaian saluran tetap pengendali itu
Astro, kumpulan media pengguna bersepadu yang terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Televisyen Berbayar dan radio, telah menandatangani perjanjian dengan Kantar Media untuk mereka bentuk, menggunakan dan turut mengurus perkhidmatan pengukuran penonton proprietari.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141008/709606 )
Perkhidmatan ini, pertama seumpamanya di Malaysia, akan menggunakan teknik penyelidikan data laluan kembali (RPD) Kantar Media untuk mengumpul data daripada kotak atas set pelanggannya, mengukur dan kemudiannya menyediakan analisis terhadap tontonan televisyen definisi standard, definisi tinggi, anjakan masa, video-atas-permintaan serta tontonan televisyen interaktif. Di samping itu, Astro akan mengumpulkan maklumat terperinci tentang beberapa ruang pengiklanan di seluruh saluran tontonan tetap pelanggan pengendali TV itu.
"Kami berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Kantar Media bagi menawarkan penambahbaikan signifikan terhadap pengukuran tontonan TV," ulas Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi di Astro. "Sistem DTAM akan menyediakan pandangan yang mantap dan tepat terhadap kelakuan pelanggan yang dapat membantu kami merancang dan turut membangunkan kandungan kami dengan lebih berkesan. Para pengiklan dan pelanggan akan turut mendapat manfaat daripada perkhidmatan data beraneka, yang dapat membantu mereka membangunkan kempen yang disasarkan dan berkesan kepada isi rumah yang tepat di Malaysia, dan seterusnya, memaksimumkan hasil daripada pelaburan pengiklanan mereka."
Kemenangan terkini ini akan menguatkan lagi kehadiran Kantar Media di Asia. Syarikat tersebut sudah pun mempunyai perkhidmatan pengukuran penonton di Singapura, Filipina, China, Vietnam serta Hong Kong dan baru-baru ini telah mengukuhkan perkhidmatannya di Mongolia, Kemboja, Sri Lanka dan juga Bangladesh.
Awal tahun ini Kantar Media telah mengumumkan perkongsian yang diperluas dengan Twitter sempena pelancaran alatan pengukuran TV sosial baharu agar merangkumi beberapa bahagian dari Asia Tenggara.
Nick Burfitt, Pengarah Global di Kantar Media Audiences, mengulas, "Kami amat teruja untuk menjalinkan perkongsian dengan Astro bagi mewujudkan dan mengurus perkhidmatan baharu ini. Pengalaman kami bekerjasama dengan para pengendali Televisyen Berbayar seluruh dunia sepanjang dekad yang lalu dalam menggunakan perkhidmatan yang memanfaatkan teknologi data laluan kembali terbaik kami akan memastikan para pengiklan, agensi dan juga penerbit kandungan dapat beroleh pandangan sebenar dan bermanfaat terhadap tabiat menonton para pelanggan Astro."
Perkhidmatan baharu ini akan diwujudkan berdasarkan dua panel. Panel pertama terdiri daripada data yang diperoleh daripada 80,000 IPTV/kotak atas set di dalam beberapa rumah di Malaysia untuk menilai tabiat menonton para pengguna bandar dan mewah. Panel keduanya pula, yang melibatkan 4,000 kediaman, akan mewakili penonton tetap Astro serta akan melibatkan beberapa kediaman daripada panel FMCG isi rumah Malaysia sedia ada milik Kantar Worldpanel. Ia akan menggabungkan tontonan masa nyata dengan data tentang apa yang dibeli oleh orang ramai ke dalam alat sumber tunggal bagi pengukuran pulangan pelaburan dan sasaran yang tepat.
Kantar Media akan bekerjasama dengan Astro dan Kantar Worldpanel untuk memulakan perkhidmatannya pada tahun 2015.