omniture

Cards Ahoy! kini dilancarkan dengan kolaborasi Naraka: Bladepoint istimewa

Metalist
2024-03-28 16:57

membolehkan anda berdagang kad NFT berdasarkan kepada meme internet popular

HONG KONG, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Metalist mengumumkan pelancaran rasmi Cards Ahoy!, menambah sentuhan yang lucu kepada permainan kad dagangan biasa dengan pelbagai meme untuk dinikmati oleh pemain. Pada asasnya, orang ramai akan membina dek mereka dan membebaskan pakar taktik dalaman mereka dalam pertempuran 60-saat bergerak pantas yang diselitkan dengan elemen Web3 bagi meningkatkan taruhan.

Cards Ahoy! launches globally
Cards Ahoy! launches globally

[Treler YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=gblE2uM7pa4 ]

Dalam Cards Ahoy!, anda akan mengumpul dan menggunakan barisan meme yang biasa daripada Doge hingga Sad Frog, dengan lebih 200 kad untuk dipilih dan empat Faction (Puak) untuk dikumpul. Anda juga boleh meningkatkan nilai pengalaman corak permainan anda dengan kad NFT, yang boleh anda perolehi melalui pertempuran dan Kotak Misteri. Anda boleh berdagang dengan pemain-pemain lain bagi membina kad Rarity lebih tinggi dan turut mendapatkan kemahiran yang lebih berkuasa.

Cards Ahoy! x Naraka: Bladepoint Collaboration
Cards Ahoy! x Naraka: Bladepoint Collaboration

Mendapat lebih daripada dua juta daftar prapendaftaran setakat ini, Cards Ahoy! kini tersedia untuk dimuat turun di seluruh dunia selepas ujian beta tertutup ketiga yang berjaya. Dengan pelancaran ini, anda boleh berharap untuk menyertai perayaan ini dengan acara kolaborasi "Cards Ahoy!" x "Naraka: Bladepoint" yang sedang berjalan.

Sekiranya ia benar-benar menepati citarasa anda, anda boleh menyemak Cards Ahoy! di laman web rasmi atau menyertai komuniti pengikut di Twitter agar sentiasa mendapat perkembangan terkini mengenai kesemua pembangunan terkini.

Source: Metalist
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services