omniture

Pameran 'Alive in Time through the Five Senses' Grand Seiko

Grand Seiko
2024-03-28 17:29 46

Perayaan Masa dan Inovasi 

SINGAPURA, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Grand Seiko Asia Pacific mengadakan pameran 'Alive in Time through the Five Senses' mulai 15 hingga 18 Mac di 72-13, yang mengalu-alukan 150 tetamu. Mula dianjurkan di Tokyo, Jepun pada September lalu, acara persendirian selama empat hari ini memaparkan sejarah, ketukangan, inovasi dan seni pembuatan jam tangan jenama ini serta budaya dan warisan Jepun, melalui perjalanan imersif yang melibatkan kelima-lima deria iaitu penglihatan, bunyi, sentuhan, rasa dan bau.


Selama lebih 60 tahun, Grand Seiko telahpun berada di barisan hadapan dalam pembuatan jam tangan, berkembang secara berterusan dari segi reka bentuk, bahan dan pergerakan. Dengan kekayaan sejarah kecemerlangan, jenama ini menjadi sinonim dengan kejituan, kualiti dan keindahan abadi. Falsafah Grand Seiko iaitu 'The Nature of Time' ('Sifat Waktu') menekankan dedikasinya untuk mencipta jam tangan yang melangkaui pengukuran masa semata-mata dan merangkumi kerohanian masa Jepun serta kebanggaan Takumi.

'Alive in Time' merupakan pesanan komunikasi baharu daripada Grand Seiko, yang mengekspresikan kedinamikan dan komitmen jenama ini sebagai pengeluar jam tangan mewah untuk terus berinovasi dan menerobos sempadan pembuatan jam tangan, menarik minat mereka yang hidup pada zaman ini dan terus mengubah diri mereka.

Di kawasan Penglihatan, tetamu diperkenalkan kepada pergerakan yang merupakan asas bagi jam tangan Grand Seiko - 9S Mechanical, 9R Spring Drive dan 9F Quartz - dengan demonstrasi pemasangan pergerakan 9S dan 9R masing-masing oleh pakar pembuat jam tangan kami yang luar biasa, En. Satoshi Hiraga dan En. Ikukiyo Komatsu.

Kodo Constant-Force Tourbillon yang mendapat pujian tinggi ialah jam tangan komplikasi mekanikal pertama Grand Seiko, yang memenangi hadiah Chronometry di Grand Prix d'Horlogerie de Geneve 2022 dan merupakan tumpuan di kawasan Bunyi. Semasa perjalanan auditori ini, tetamu dapat mengalami bagaimana 340 bahagian dipasang bersama-sama dan kemudiannya, bunyi tulen irama 16-degupan Kodo atau 'degupan jantung' dalam bahasa Jepun, melalui ruang imersif yang diharmonikan dengan kesan cahaya.

Di kawasan Sentuhan, tetamu diundang untuk mengasyikkan diri mereka sepenuhnya dalam penerokaan jam tangan halus buatannya daripada Grand Seiko, setiap satu diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi yang damai. Ruang interaktif memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba dan mengalami sendiri kejituan, kualiti dan keindahan setiap jam tangan. Berserta paparan, taman Zen yang dihasilkan dengan teliti menyediakan latar belakang yang tenang untuk fotografi. Gabungan harmoni antara inspirasi alam semula jadi dan keindahan seni horologi menggalakkan hubungan yang lebih mendalam dengan detik ini, mengundang setiap tetamu bukan sahaja untuk melihat, tetapi merasai semangat Grand Seiko.


 


 


 


Menuju sehingga ke kawasan Rasa dan Bau pameran ini ialah empat wadah, setiap satu menyelami inspirasi di sebalik setiap jam tangan di tengah-tengah persembahan yang disegerakkan secara lancar dengan alam semula jadi. Perjalanan ini diakhiri dengan pengalaman Hassun Jepun, dipilih susun khas dengan kerjasama Cef Aeron daripada Kappou. Menu mempersembahkan peredaran masa dan peralihan daripada sejuknya Musim Sejuk dan hamparannya dalam menyambut kedatangan musim Bunga, dengan bunga-bungaan mula mekar merata-rata.

Mengimbas kembali tentang kejayaan acara ini, Cik Ida Idris-Low, Pengarah Urusan Grand Seiko Asia Pacific berkongsi, "Acara ini menandakan satu pencapaian penting buat kami; ia merupakan pameran berskala besar kami yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bukti dedikasi Grand Seiko yang tidak berbelah bahagi kepada ketukangan, inovasi dan seni pembuatan jam tangan. Membawakan 'Alive in Time through the Five Senses' ke pelosok dunia ini bukan sahaja menekankan komitmen kami kepada peminat dan pelanggan di sini, tetapi kami juga teruja kerana dapat menyediakan pengalaman imersif yang meraikan keindahan jam tangan kami yang kompleks dan berhubung erat dengan lima deria setiap individu, mengundang mereka untuk menjalani kehidupan pada masa ini bersama kami. Acara ini merupakan jambatan antara masa lalu kami yang menjadi sejarah dan visi kami untuk masa depan, merangkumi komitmen kami untuk memberi inspirasi dan memimpin dunia pembuatan jam tangan mewah."

Latar Belakang Grand Seiko

Ditubuhkan pada tahun 1960, Grand Seiko meraih reputasi berkekalan sebagai jenama jam tangan mewah terkemuka dengan pengikut setia di Jepun. Pada tahun 2010, Grand Seiko memperluaskan kehadiran globalnya, menjadikan jam tangannya yang luar biasa tersedia kepada peminat seluruh dunia.

Grand Seiko menonjol sebagai salah satu pembuat jam tangan bersepadu penuh yang sangat sedikit di dunia, memiliki keupayaan dalaman komprehensif yang mencakupi seluruh proses pembuatan jam tangan. Ini termasuk pembangunan bahan komponen, reka bentuk, pembuatan, pemasangan dan pelarasan yang teliti, kesemuanya diawasi dengan teliti untuk mengekalkan standard kualiti tertinggi.

Setiap jam tangan Grand Seiko merupakan bukti keindahan seni dan kejituan tukang berkemahiran tinggi yang memasang dan melaraskan dengan teliti setiap jam tangan menggunakan tangan di studio khusus di Jepun. Jam tangan ini merangkumi prinsip-prinsip asas dalam pembuatan jam tangan: kejituan, kebolehbacaan, ketahanan dan kemudahan penggunaan.

Jam tangan Grand Seiko dicirikan oleh kesederhanaannya yang elegan dan ketukangan yang teliti, dengan penekanan kukuh terhadap estetika Jepun. Kombinasi unik ini membezakan Grand Seiko, mencipta keindahan yang istimewa dan tidak dapat disangkal yang mentakrifkan jenama ini.

https://www.grand-seiko.com/sg-en 

Source: Grand Seiko
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail