omniture

Bagaimana EVB Tingkatkan Mobiliti EV di Lapangan Terbang Valencia, Lapangan Terbang Sepanyol 10 Terunggul?

BENY
2024-03-28 21:30 15

MADRID, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dengan kebimbangan global yang semakin meningkat terhadap perubahan iklim, penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) di Sepanyol meningkat dengan pantas. Lapangan terbang, sebagai hab pengangkutan penting, membuat penyesuaian yang aktif terhadap trend ini dengan meninjau model perniagaan yang inovatif. Dengan mengambil kira hal ini, Lapangan Terbang Valencia di Sepanyol bekerjasama dengan EVB (sub-jenama Beny memfokuskan kepada penyelesaian pengecasan pintar) untuk menubuhkan stesen pengecasan yang dilengkapi dengan 80 pengecas AC EV dan 4 pengecas DC EV, bagi menawarkan penyelesaian pengecasan yang mudah. Kejayaan pelaksanaan projek ini menggiatkan semula operasi lapangan terbang ini dan menunjukkan langkah penting dalam memajukan mobiliti elektrik di Sepanyol.


Apakah butiran projek ini?
Lokasi:
Valencia, Sepanyol.
Produk: Lapangan terbang ini menggabungkan 4 pengecas DC EV BADC82-D dan 80 pengecas AC EV BCPC-D2N-P, menawarkan pelbagai jenis pilihan pengecasan dan memenuhi keperluan pengisian semula tenaga baik yang pantas mahupun perlahan.
Hasil: Pemasangan, pengujian dan operasi stesen pengecasan berjalan lancar, dengan pengecas ditempatkan secara strategik di seluruh tempat letak kenderaan lapangan terbang bagi memastikan akses mudah untuk pengguna. Ini bukan sahaja meningkatkan standard perkhidmatan lapangan terbang, tetapi turut memupuk impak positif ke atas perjalanan yang mementingkan alam sekitar.

Apakah yang diketahui tentang Lapangan Terbang Valencia?
Terletak di kota Valencia, timur Sepanyol, Lapangan Terbang Valencia berfungsi sebagai hab antarabangsa yang penting, memudahkan trafik udara yang signifikan dan aktiviti logistik. Data Aena terkini dari tahun 2023 menunjukkan 9.95 juta pergerakan penumpang, 82,000 operasi pesawat dan 13.65 juta tan daya pemprosesan kargo, menyenaraikannya antara sepuluh teratas bagi lapangan terbang paling sibuk di Sepanyol. Dengan peningkatan EV, terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap kemudahan letak kenderaan dan pengecasan. Bagi memenuhi keperluan ini, bahagian pengurusan lapangan terbang menaik taraf kemudahan pengecasan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menampung pilihan pengguna yang semakin berkembang.

Apakah yang mendorong keperluan untuk mengecas?
Sama ada didorong oleh kemudahan, kecekapan kos atau kebolehsuaian, semakin ramai pemandu EV memilih untuk meletakkan kenderaan di lapangan terbang dan mengecas EV mereka. Bergantung kepada tempoh meletakkan kenderaan, tempat letak kenderaan lapangan terbang umumnya terbahagi kepada kategori-kategori berbeza:
Tempat letak kenderaan jangka panjang: Biasanya dipilih oleh pengembara yang melakukan perjalanan perniagaan atau percutian, memerlukan tempoh letak kenderaan dilanjutkan di lapangan terbang, menjangkau 1 hingga 3 hari, atau malah sehingga setengah bulan kepada sebulan.  
Tempat letak kenderaan jangka pendek: Lazimnya dipilih oleh penumpang yang menghantar atau mengambil rakan-rakan atau ahli keluarga yang melakukan perjalanan melalui udara, atau untuk pengunjung lapangan terbang, dengan tempoh letak kenderaan biasanya berlangsung sekitar 1 hingga 2 jam.
Tempoh lain: Kakitangan lapangan terbang juga memerlukan kemudahan tempat letak kenderaan, biasanya semasa waktu bekerja mereka.

Bagaimanakah penyelesaian EVB memenuhi keperluan pengguna?
Pasukan EVB terlibat dalam perbincangan ekstensif bersama pihak berkuasa lapangan terbang dan menyediakan penyelesaian pengecasan EV tersuai untuk mereka, memenuhi keperluan pelbagai jenis kumpulan pengguna tempat letak kenderaan:
Untuk Tempat Letak Kenderaan Jangka Panjang:
Keperluan:
Pengguna memerlukan tempoh tempat letak kenderaan dilanjutkan yang mengutamakan kawalan jarak jauh dan pengurusan terhadap kelajuan pengecasan. Di samping itu, dengan mengambil kira sifat komersial tempat letak kenderaan lapangan terbang, penggunaan ruang dan kos pelaburan merupakan faktor-faktor kritikal.     
Penyelesaian: Pengecas EVB BCPC-D2N-P dilengkapi dengan dengan dwisoket dan dua pistol pengecas, bagi memudahkan pengecasan serentak dua kenderaan, lalu mengoptimumkan penggunaan ruang. Setiap pistol pengecas menyampaikan kuasa pengecasan 7.4 kW, memenuhi secukupnya keperluan pengguna tempat letak kenderaan jangka panjang. Di samping itu, keserasian protokol OCPP1.6J membolehkan pengguna mengawal pengecas dari jauh melalui aplikasi mudah alih, membolehkan mereka mengurus pengecas dari mana-mana sahaja. Khususnya, pengecas ini menampilkan pelbagai fungsi pelindung, meningkatkan keselamatan pengecasan dan memberi ketenangan minda kepada pengguna walaupun apabila berada jauh dari tempat asal. 

Tempat letak kenderaan jangka pendek:
Keperluan:
 Pengguna yang meletakkan kenderaan di lapangan terbang selama hanya 1 atau 2 jam mengutamakan pengisian semula kuasa yang pantas. Bagi lapangan terbang, memaksimumkan ruang dan sumber yang terhad untuk menampung lebih ramai pengguna, berserta penyelenggaraan mudah, adalah sangat penting.
Penyelesaian: Pengecas pantas DC dipasang di lantai EVB BADC82-D mempunyai kuasa pengecasan mengagumkan iaitu 82 kW, berupaya mengisi semula dengan pantas 444 kW perbatuan dalam sejam. Dilengkapi dengan tiga pistol pengecas, ia membolehkan pengecasan serentak untuk tiga kenderaan, menghapuskan masa menunggu dan memaksimumkan penggunaan sumber. Dengan prestasi pelesapan haba yang cemerlang dan pelbagai fungsi perlindungan, ia memastikan keselamatan dan keandalan proses pengecasan. Tambahan pula, struktur modularnya melancarkan pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah, akhirnya mengurangkan kos penyelenggaraan lapangan terbang. Menyokong kaedah pembayaran seperti PayPal dan transaksi luar talian, ia menawarkan pengalaman pembayaran yang mudah, selamat dan fleksibel kepada pengguna.

Tempoh lain:
Keperluan:
Berbeza-beza bergantung kepada keadaan tertentu.
Penyelesaian: Kakitangan lapangan terbang boleh memilih pengecas AC sekiranya jarak mencukupi manakala memilih pengecas DC sekiranya pengisian semula pantas diperlukan, yang kesemuanya bergantung kepada keperluan sebenar mereka.

Apakah pencapaian yang telah dicapai?
Penyediaan perkhidmatan yang dipertingkat:
 Integrasi 84 pengecas EVB EV menambah kapasiti perkhidmatan lapangan terbang oleh 172 titik pengecasan, khususnya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkukuh kelebihan daya saing lapangan terbang.
Memenuhi pelbagai permintaan: Pengecas EV ini menawarkan pelbagai kuasa dan mod pengecasan, memenuhi keperluan pengguna yang berbeza-beza dan memperkayakan pengalaman keseluruhan mereka.
Mempelopori pendekatan baharu: Lapangan terbang beralih daripada model perniagaan konvensional kepada model perniagaan yang inovatif. Projek ini bukan sahaja meningkatkan kadar penggunaan tempat letak kenderaan lapangan terbang, tetapi turut memperluaskan aliran hasil, menjana pendapatan daripada bayaran tempat letak kenderaan dan tarif pengecasan.
Memperjuangkan perjalanan mesra alam: Pertumbuhan pesat stesen pengecasan menggalakkan lebih ramai penumpang memilih EV, seterusnya mengurangkan emisi karbon dan memperjuangkan pemeliharaan alam sekitar.

Kesimpulan
Susulan penempatan stesen pengecasan di Lapangan Terbang Valencia, pengembara yang kerap menaiki kapal terbang melahirkan rasa puas hati mereka, menyatakan, "Dengan pemasangan stesen pengecasan di lapangan terbang, kebimbangan jarak saya terhapus, mengetahui bahawa kereta saya akan dicas sepenuhnya apabila saya kembali daripada perjalanan perniagaan. Selain itu, saya boleh menggunakan pengecas pantas dengan mudah untuk mengecas kereta saya apabila menghantar ahli keluarga di lapangan terbang."

Projek ini berperanan sebagai suatu kejayaan yang luar biasa, memenuhi keperluan pengguna, memupuk pembangunan mampan, meningkatkan reputasi syarikat dan paling penting, menawarkan pandangan dan pengalaman berharga demi usaha yang serupa pada masa akan datang dalam projek-projek pengecas EV. Tatkala industri kenderaan elektrik berkembang maju, EVB tetap komited untuk berkolaborasi dengan lebih banyak perusahaan, terus memperkenalkan penyelesaian berkualiti terbaik dan memastikan pengguna di seluruh dunia mendapat manfaat daripada pengalaman pengecasan yang semakin mudah dan cekap.

Source: BENY
Keywords: Auto Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Travel Utilities New products/services