-- Kapal Terbang Jet Perniagaan Menyediakan Kembara Pembelajaran kepada Pelajar Seluruh Dunia
SINGAPURA, 9 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- The Flying Classroom, kembara pembelajaran STEM+ interaktif pertama seumpamanya yang diketuai oleh Peneroka Baru Muncul National Geographic Kapten Barrington Irving, akan membuat beberapa hentian di serata rantau Asia Pasifik (APAC) dalam masa dua bulan seterusnya bagi satu daripada tiga perjalanan global. Kapten Irving akan melawat 12 negara Asia Pasifik, membawakan kembara pembelajaran kepada pelajar seluruh dunia. Para pelajar akan mendapat akses kepada kembara Irving melalui video dan blog di www.flyingclassroom.com.
Kapten Irving, yang memegang Rekod Dunia Guinness sebagai orang paling muda yang terbang secara solo mengelilingi dunia, akan menerbangkan Inspiration III, jet perniagaan yang disediakan oleh penaja utama Executive Air Services di Miami. Semasa lawatan itu, Kapten Irving akan menjalankan ekspedisi tanah, udara dan juga lautan yang direka untuk mengajar para pelajar tentang aplikasi kehidupan sebenar bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik, Sejarah, Geografi serta Kemanusiaan (STEM+). Ekspedisi itu termasuklah:
"The Flying Classroom adalah lebih daripada sekadar kapal terbang," kata Kapten Irving. "Kenderaan penerokaan ini adalah untuk pembelajaran yang akan melibatkan dan mengajar jutaan kanak-kanak yang mengikuti laman web itu dengan menjadikan mereka sebahagian daripada ekspedisi dan penyelidikan yang dijalankan. Kami teruja kerana dapat menggunakan keindahan semula jadi Asia Pasifik bagi membantu para pelajar di sini dan di seluruh dunia untuk menyedari semangat kesukaan mereka untuk STEM+."
Fabio Alexander, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat World Aircraft Charter, Executive Air Services (www.EASCharter.com) pula berkata, "Matlamat saya adalah untuk menyediakan alat pengangkutan, Inspiration III (kapal terbang model Hawker 400XP) untuk inisiatif STEM+ pemecah kebiasaan ini dengan wira pendidikan Amerika, Kapten Irving, mengemudinya."
Selain ekspedisi itu, The Flying Classroom akan membuat hentian di beberapa lokasi sokongan darat tempatan bagi penaja utama Universal Weather and Aviation, Inc. di Shanghai, Hong Kong, Singapura, Australia dan juga Tokyo. Universal® menyediakan logistik lawatan penuh serta sokongan darat lengkap bagi The Flying Classroom.
Penaja lain termasuklah Mitsubishi Heavy Industries dan FlightSafety International. Rakan kongsi pendidikan termasuklah Skype in the Classroom, NASA serta National Geographic.
Mulai 23 September hingga 18 November, ikuti Kapten Irving dan pasukan beliau melalui kemas kini mutakhir ekspedisi tersebut di www.flyingclassroom.com, melalui Facebook di www.facebook.com/yourflyingclassroom, melalui Twitter dengan @CaptainIrving, dan juga dengan kata kunci #flyingclassroom
HUBUNGI:
Holly Peppe
hollypeppe@gmail.com
Leigh Gates
flyingclr@gmail.com