omniture

Trina Solar Beri Kuasa Ladang Solar Terbesar New Zealand dengan Penyelesaian Penjejak-Modul Bersepadu

TrinaTracker
2024-03-29 20:07 65

KAITAIA, New Zealand, 29 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Trina Solar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, mengumumkan kejayaan penyiapan ladang solar Kohirā dengan kerjasama Lodestone Energy, ladang solar terbesar di New Zealand setakat ini. Ini merupakan projek Trina Solar pertama di wilayah Oceania yang mengintegrasikan kedua-dua modul Trina Solar dan sistem penjejakan pintar TrinaTracker (unit perniagaan Trina Solar).

Meliputi keluasan 64 hektar di Kaitāia, ladang solar ini melibatkan 61,000 panel dwikaca dwimuka Vertex 550W Vertex 550W pada sistem penjejakan pintar Vanguard 2P TrinaTracker, dengan kapasiti DC 33MW. Ladang ini menandakan langkah besar menuju sasaran tenaga boleh baharu New Zealand, dijangka menjana sekitar 55GWj setiap tahun, memberi kuasa kepada lebih 7,770 isi rumah.


Penyepaduan modul dwimuka berkuasa-ultra-tinggi Trina Solar dengan penjejak Vanguard 2P, dikuasakan oleh algoritma pintar yang mengoptimumkan sudut penjejakan, memastikan penjanaan tenaga maksimum. Di samping itu, ruang yang mencukupi antara baris panel dan ketinggian penjejak 2-meter yang memudahkan perladangan agrivoltaic, membolehkan penjanaan tenaga solar berserta aktiviti pertanian. Ini amat penting dalam pasaran seperti New Zealand dengan industri pertanian yang besar digandingkan dengan sumber tanah yang semakin terhad.

Projek monumental ini menekankan komitmen Trina Solar untuk menyediakan penyelesaian keseluruhan untuk tenaga pintar. Pemasang mendapat manfaat dengan adanya sumber perolehan tunggal, memperkemas proses, mengupayakan penghantaran yang lebih pantas, rundingan lebih lancar dan perkhidmatan selepas-jualan disatukan. Ini dapat mengurangkan kos serta memastikan kecekapan, terutamanya dalam keadaan tapak yang mencabar.

Edison Zhou, Ketua Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, berkata: "Perkongsian kami dicirikan oleh kolaborasi erat bermula daripada fasa reka bentuk teknikal kepada pentauliahan, menangani cabaran seperti tanah tidak berpadu di tapak. Di sinilah asas rendah penjejak Vanguard 2P menjadi penting dan perkongsian kami bersama Lodestone Energy bagi reka bentuk asas, membolehkan kami mengharungi halangan ini bersama-sama. Kami tidak sabar-sabar menantikan kolaborasi masa depan dan komited untuk menyampaikan kecemerlangan teknologi – termasuk modul, penjejak dan sistem storan tenaga – bagi memajukan masa depan karbon sifar New Zealand."

Gary Holden, Pengarah Urusan Lodestone Energy, berkata, "Ladang solar ketiga kami di Waiotahe ketika ini sedang menjalani kerja-kerja pembinaan, menggunakan panel dan penjejak Trina Solar yang terkini sekali lagi untuk pengeluaran yang optimum. Kolaborasi kami bersama Trina Solar membolehkan kami memenuhi matlamat kami untuk membekalkan penyelesaian tenaga boleh baharu kepada lebih ramai pengguna di New Zealand, seterusnya mencapai matlamat kemampanan mereka sekali gus memastikan kestabilan ekonomi."

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements New products/services