omniture

M&G Perjuangkan Kelestarian sebagai Rakan Kongsi Alat Tulis Rasmi di Boao Forum for Asia

Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
2024-03-29 20:51 114

SHANGHAI, 29 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Di bawah tema "Asia dan Dunia: Cabaran Umum, Tanggungjawab Bersama," Persidangan Tahunan Boao Forum for Asia (BFA) 2024 telahpun diadakan di Hainan, China pada 26 Mac. M&G telahpun menjadi pembekal alat tulis rasmi forum ini sejak tahun 2005. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, M&G mewujudkan Zon Pejabat Hijau di tempat acara, bagi menawarkan kelengkapan pejabat berkualiti terbaik dan produk alat tulis lestari.


Sebagai respons kepada seruan terhadap transformasi rendah karbon, M&G menyediakan kit alat tulis mesra alam kepada hadirin. Batang pen gel diperbuat daripada Asid Polilaktik (PLA), ditapai daripada jagung dan kanji lain yang mengandungi biojisim. Kulit buku kecil dibuat dengan kulit tarik-atas premium yang diperakui oleh Piawaian Kitar Semula Global (GRS). Kertas yang digunakan diperakui oleh Majlis Pengawasan Hutan (FSC).

Dalam masa yang sama, M&G melancarkan perkhidmatan alat tulis mesra alam tersuainya, bagi membantu lebih banyak perusahaan dan organisasi mengurangkan jejak alam sekitar dan emisi gas rumah hijau daripada pejabat. Syarikat gergasi alat tulis Cina ini berharap dapat membolehkan lebih ramai orang bekerja dan hidup dengan cara yang lebih lestari dengan menerapkan sikap mampan dalam produk alat tulis harian.

Pada tahun 2021, M&G menjadi peneraju dalam industri alat tulis China bagi melancarkan strategi pembangunan mampannya. M&G melaksanakan tugas secara proaktif di bawah empat tonggak strategik iaitu "produk mampan", "respons kepada perubahan iklim", "rantaian bekalan mampan" dan "memperkasa kakitangan dan komuniti," mencapai keputusan bermanfaat dan mengambil langkah kukuh ke arah "melakar masa depan perniagaan yang mampan."

M&G berjaya melancarkan pelbagai produk mesra alam, termasuk siri alat tulis neutral-karbon pertamanya yang diperbuat daripada bekas bawa pulang kitar semula, pen gel "Carbon Emission Reduction Plan" menggunakan akrilik plastik kitar semula daripada perkakas rumah lama dan siri Endangered Species Wetland, diperbuat daripada bahan-bahan terbiodegradasikan PLA atau bahan-bahan kitar semula, menyumbang kepada usaha pemuliharaan biodiversiti.

M&G merupakan pengusaha utama dalam pasaran alat tulis China, mendahului dalam skala perniagaan, keuntungan, liputan pengedaran, penyelidikan dan pembangunan produk. Kini ia menjadi salah sebuah syarikat alat tulis yang terbesar di seluruh dunia.

Setiap tahun, M&G Stationery melabur sekitar 100 juta RMB dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), mencapai lebih 1100 tuntutan harta intelek. Rangkaian pengedarannya yang kukuh meliputi 70,000 terminal runcit, mencakupi lebih daripada 80% sekolah di seluruh China dan lebih 50 negara seberang laut.

Source: Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G)
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Corporate Social Responsibility New products/services