omniture

CGTN: China memperdalam reformasi dan keterbukaan, menarik minat pelabur global

CGTN
2024-03-30 02:48 23

BEIJING, 30 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Majlis pembukaan Persidangan Tahunan Boao Forum for Asia (BFA) 2024 telahpun diadakan di Boao, Wilayah Hainan, selatan China pada hari Khamis, dengan penggubal undang-undang tertinggi China Zhao Leji menegaskan potensi ekonomi China, menarik minat pelabur antarabangsa dan menyeru solidariti dan kerjasama Asia demi kemakmuran rantau ini dalam ucaptama beliau.

Zhao, pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, menekankan bahawa China sedang mengusahakan laluan pembangunan berkualiti tinggi dan memperdalam reformasi dan keterbukaan, yang menurut beliau akan memberi peluang pembangunan yang besar kepada Asia dan dunia.

'Melabur di China adalah melabur terhadap masa depan'

China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi sekitar lima peratus bagi tahun 2024 dan KDNK negara ini berkembang 5.2 peratus pada tahun lalu, salah satu yang tertinggi antara ekonomi besar. Ekonomi Cina menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pertumbuhan global dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun lalu mengunjurkan bahawa peningkatan 1 mata peratusan dalam pertumbuhan KDNK di China akan membawa kepada peningkatan 0.3 mata peratusan dalam ekonomi Asia yang lain.

Bagi mentransformasikan ekonominya dan mencapai pembangunan mampan, kini China memperdalam reformasi. Sebagai contoh, China berikrar untuk memendekkan lagi senarai negatif untuk pelaburan asing, menghapuskan semua sekatan ke atas akses pelaburan asing dalam sektor pembuatan dan menyampaikan layanan rakyat untuk perniagaan asing.

Pada 22 Mac, Kementerian Perdagangan Cina melancarkan senarai negatif pertama untuk perdagangan rentas sempadan dalam sektor perkhidmatan di peringkat nasional, yang mana sektor-sektor yang tidak disenaraikan, secara asalnya, dibuka kepada pembekal perkhidmatan asing di bawah syarat-syarat yang sama seperti pembekal perkhidmatan domestik, satu langkah utama untuk keterbukaan China yang selanjutnya.

China turut berjanji untuk memuncakkan emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060. Data rasmi menunjukkan bahawa kapasiti solar terpasang China menyumbang sebanyak hampir separuh daripada dunia, bilangan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang didaftarkan di China menyumbang sebanyak lebih separuh daripada dunia dan sekurang-kurangnya 25 peratus pengembangan dedaunan sejak awal tahun 2000-an secara global datangnya dari China. Zhao berkata pembangunan hijau dan rendah karbon China dijangka memupuk pasaran bernilai 10-trilion-yuan (kira-kira $1.4 trilion) untuk pelaburan dan penggunaan setiap tahun.

Di samping itu, pemacu baharu ekonomi China yang terhasil daripada inovasi teknologi juga berkembang pantas. Di Forum Pembangunan China yang baru sahaja selesai, Perdana Menteri Cina Li Qiang berkata nilai tambah daripada industri-industri baru muncul China yang strategik meningkat daripada 7.6 peratus KDNK 10 tahun lalu kepada lebih 13 peratus pada tahun lalu, skala ekonomi digital China telahpun melebihi 50 trilion yuan dan China mempunyai sebanyak 24 daripada 100 kluster inovasi teknologi-sains terunggul di dunia.

"Potensi pasaran bersaiz besar China dengan lebih 1.4 bilion orang akan diserlahkan selanjutnya," kata Zhao. "Melabur di China adalah melabur terhadap masa depan."

Kerjasama penting demi kemakmuran global

Zhao turut menyatakan optimisme terhadap pembangunan Asia di forum ini, berkata ia merupakan rantau "paling dinamik dan cerah masa depan" di dunia, namun beliau memberi amaran bahawa proteksionisme dan penetapan minda perang dingin melemahkan usaha sesetengah negara untuk mencapai pembangunan dan mendesak dunia menuju perpecahan dan konfrontasi.

Laporan yang diterbitkan oleh BFA Academy pada hari Selasa meramalkan bahawa ekonomi Asia akan mengekalkan kadar pertumbuhan kukuh pada tahun 2024, menyumbang sebanyak 49 peratus daripada KDNK dunia dan kadar pertumbuhannya dijangka mencecah 4.5 peratus.

Walaupun pertumbuhan Asia mungkin berdepan dengan tekanan daripada kelembapan ekonomi global, konflik geopolitik dan faktor-faktor lain, faktor-faktor positif termasuk perdagangan digital yang dipercepatkan, pemulihan pelancongan dan kemajuan penyepaduan ekonomi serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau akan menambah dorongan baharu kepada perdagangan dan pelaburan Asia, seperti yang diramalkan oleh laporan tersebut.

Zhao menegaskan bahawa keamanan merupakan prasyarat kepada pembangunan Asia dalam menghadapi ancaman keselamatan global yang saling berkait dan rumit. Beliau menyeru negara-negara Asia untuk tetap bersatu, bersama-sama menentang unilateralisme dan egotisme melampau, menentang konfrontasi antara kem-kem berbeza dan menghalang rantau ini dan dunia daripada menjadi sebuah arena untuk pertempuran geopolitik.

Semasa Boao Forum 2022, China mencadangkan Inisiatif Sekuriti Global, menggalakkan visi sekuriti bersama, komprehensif, koperatif dan mampan. Pada tahun 2021, China mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global yang menggalakkan globalisasi, multilateralisme dan perdagangan bebas, bertujuan untuk membina dunia yang adil, saksama, terbuka dan inklusif.

"Tiada ada negara yang mampu membangun secara tertutup," kata Zhao, menambah "Kita harus menentang proteksionisme perdagangan dan segala bentuk yang menegakkan halangan, memisahkan atau memutuskan rantaian bekalan, tetapi sebaliknya berkongsi peluang dalam keterbukaan dan mencari hasil yang saling menguntungkan melalui kerjasama."

https://news.cgtn.com/news/2024-03-28/China-deepens-reform-and-opening-up-appeals-to-global-investors-1sl0CI4gKDm/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Trade show news