omniture

Kajian Baharu Mendapati GenAI adalah Pelaburan Teknologi Utama bagi Pengeluar, Manakala 94% Dijangka Mengekalkan atau Meluaskan Tenaga Kerja Mereka

Rockwell Automation
2024-04-01 17:48 27

Laporan Keadaan Pembuatan Pintar Global mendedahkan impak teknologi baru muncul dalam mengatasi cabaran tenaga kerja, kualiti, kemampanan dan keselamatan siber

SINGAPURA, 1 April 2024 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhususkan kepada automasi industri dan transformasi digital, hari ini mengumumkan keputusan daripada "Laporan Keadaan Pembuatan Pintar" tahunan ke-9. Kajian global ini menyoal selidik lebih daripada 1,500 pengeluar merentas 17 negara pembuatan yang terkemuka.

Laporan pada tahun ini mendedahkan fokus untuk memanfaatkan teknologi baharu bagi membina kebingkasan, meningkatkan kualiti, memaksimumkan potensi tenaga kerja dan memacu pertumbuhan yang mampan.

"Tenaga kerja mahir merupakan asas kejayaan kepada sebarang operasi pembuatan, namun begitu untuk menarik, mengurus dan mengekalkan pekerja terbukti merupakan suatu cabaran yang berterusan," kata Cyril Perducat, naib presiden kanan dan ketua pegawai teknologi, Rockwell Automation. "Tinjauan ini mendapati teknologi ahaja bukanlah jawapannya. Untuk terus kompetitif, pengeluar perlu memberi tumpuan kepada kakitangan mereka supaya menerima teknologi baharu sebagai sebahagian utama dalam perkembangan budaya organisasi mereka, bagi menjalin perkongsian antara teknologi dan pekerja yang memacu perniagaan mereka ke hadapan."

Penemuan global yang utama termasuk:

•  AI disenaraikan sebagai keupayaan paling atas yang dipercayai oleh pengeluar bagi memacu hasil perniagaan yang besar. 83% pengeluar menjangkakan akan menggunakan AI generatif (GenAI) dalam operasi mereka pada tahun 2024.

•  95% pengeluar mengguna atau mengambil kira teknologi pembuatan pintar – meningkat daripada 84% pada tahun 2023.

•  94% pengeluar merancang untuk mengekalkan atau mengembangkan tenaga kerja mereka ekoran penerimaan teknologi pembuatan pintar, dengan tumpuan khusus untuk menukar peranan pekerja kepada peranan baharu dan/atau mengambil lebih ramai pekerja.

•  Halangan utama bagi pengeluar pada tahun 2024 adalah Pengurusan perubahan berkaitan tenaga kerja.

•  Pengeluar menyatakan bahawa "kualiti yang lebih baik" sebagai hasil positif utama yang mereka harap dapat capai daripada teknologi pembuatan pintar sedia ada untuk tahun kedua berturut-turut. Di samping itu, "kawalan kualiti" tersenarai sebagai kes penggunaan AI/Pembelajaran Mesin #1 pada tahun 2024.

•  Buat kali pertama, keselamatan siber disenaraikan sebagai salah satu daripada lima risiko luar utama untuk pengeluar pada tahun 2024, menduduki tempat ketiga secara keseluruhan.

•  Pengurusan sumber tenaga merupakan faktor paling penting kepada program kemampanan/ESG pengeluar.

"Tenaga kerja pada tahun 2019 tidak akan kembali," kata Allison Kuhn, penganalisis utama, LNS Research. "Merancang dan Membangunkan strategi tenaga kerja yang mampan adalah sangat kritikal untuk berjaya mengemudi di dalam cabaran pembuatan yang mencabar. Pemimpin Industri akan berjaya memenangi perebutan bakat dengan menerima realiti baharu ini dan dengan tumpuan khusus kepada tiga perkara penting: 1) Pengalaman Pekerja Keseluruhan, 2) Kepimpinan Kebaktian, dan 3) Pelaksanaan Tenaga Kerja Barisan Hadapan Terhubung (CFW)."

Pengeluar terus menghadapi cabaran yang signifikan: menggabungkan kakitangan, proses dan teknologi bagi memacu pertumbuhan dan kebingkasan perniagaan dalam tempoh jangka panjang. Menurut laporan ini, dalam sekitar satu pertiga daripada pemimpin pembuatan memetik "memadankan teknologi dan bakat dengan keperluan perniagaan" dan "mengurus kakitangan dan sumber dengan berkesan" sebagai halangan terbesar yang dihadapi oleh organisasi mereka sepanjang tahun hadapan. Pengeluar boleh mengatasi cabaran ini dengan memilih rakan kongsi dengan kepakaran dan pengalaman industri yang relevan yang dapat menyediakan penyelesaian dan sokongan yang disesuaikan bagi menyelaraskan teknologi dan bakat dengan objektif perniagaan.

"Di Rockwell, kombinasi antara kepakaran industri kami yang mendalam dengan Rangkaian Rakan Kongsi PartnerNetwork™ kami yang luar biasa meletakkan kami di kedudukan terbaik untuk memberi nasihat dan membimbing pengeluar global yang terkemuka. Menjadi syarikat terbesar yang mengkhususkan semata-mata kepada automasi industri dan transformasi digital, kami berusaha untuk membantu syarikat-syarikat merealisasikan nilai transformasi digital mereka, tanpa mengira di mana mereka berada dalam perjalanan transformasi digital mereka," kata Perducat.

Penemuan penuh daripada laporan ini boleh ditemui di sini.

Metodologi

Laporan ini menganalisa maklum balas daripada 1,567 responden melibatkan 17 negara pembuatan terunggul dengan bermula daripada jawatan peringkat pengurusan hingga jawatan peringkat eksekutif dan dijalankan dengan kerjasama Rockwell Automation dan Sapio Research. Tinjauan ini diambil daripada pelbagai industri termasuk Barang Berbungkus Pengguna, Makanan & Minuman, Automotif, Semikonduktor, Tenaga, Sains Hayat dan banyak lagi. Dengan taburan saiz syarikat yang seimbang dengan hasil menjangkau $100 juta hingga lebih $30 bilion, ia menawarkan perspektif perniagaan pembuatan yang luas.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 29,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjayakan Connected Enterprise merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Latar Belakang Rockwell Automation PartnerNetwork™

Rockwell Automation percaya kami lebih baik bersama-sama—dan kami memainkan peranan kami dengan menyampaikan sebuah ekosistem rakan kongsi global yang luas dengan teknologi yang utama dalam pasaran, sokongan dan perkhidmatan unggul serta pendekatan bersepadu dan diperkemas untuk perniagaan. Berjaya pada skala antarabangsa dengan memanfaatkan keluasan teknologi dan perkhidmatan inovatif daripada rangkaian kami yang tidak dapat disediakan oleh satu vendor sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana PartnerNetwork membantu menyampaikan nilai The Connected Enterprise, kunjungi Program PartnerNetwork.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Mining/Metals Telecommunications Survey, Polls & Research Artificial Intelligence General Manufacturing