omniture

Kenyataan Putera Castro Ben Leon Khatib: Bailif mendapatkan semula lukisan Avant-garde Rusia bernilai ratusan juta dalam serbuan berikutan perintah mahkamah Frankfurt dan Paris

The Khatib Family
2024-04-02 09:00 26

FRANKFURT, Jerman, 2 April 2024 /PRNewswire/ -- Bailif dan polis Perancis telah melakukan serbuan ke atas kemudahan penyimpanan pakar seni di Paris berikutan perintah mahkamah yang dikeluarkan di Frankfurt, Jerman dan di Paris, Perancis.

Serbuan itu membawa kepada penemuan sejumlah besar lukisan kepunyaan koleksi karya Avant-garde Rusia yang dicuri daripada keluarga Khatib. Keluarga Khatib ialah pengumpul seni yang gemar serta bangga memiliki banyak karya seni bertaraf dunia dari pelbagai zaman. Koleksi lukisan Avant-garde Rusia mereka ialah satu daripada yang terbesar seumpamanya dan mengandungi karya oleh artis terkenal seperti Wassily Kandinsky dan Kazimir Malevich.

Serbuan minggu lalu ialah susulan serbuan serupa yang dilakukan oleh pegawai Jerman di Frankfurt pada tahun 2023, apabila pihak berkuasa turut merampas sejumlah besar lukisan. Karya seni yang dirampas, bernilai ratusan juta euro, mulanya dicuri pada bulan Disember 2019.

Rampasan itu ialah sebahagian daripada kes undang-undang yang telah lama berjalan berikutan kecurian 1,800 lukisan Avant-garde Rusia dari Wiesbaden, Jerman pada tahun 2019. Meskipun rampasan di Paris dan Frankfurt menunjukkan beberapa karya seni yang berharga telah berjaya ditemui semula, namun banyak yang masih hilang.

Pelaku kecurian itu telah dikenal pasti, tetapi mereka masih bebas dan enggan memulangkan lukisan itu kepada pemiliknya. Sebaliknya, mereka menjual karya seni itu melalui rumah lelong di Paris, Brittany, Monaco dan di Israel. Rumah lelong yang terlibat tidak mengendahkan surat perintah henti dan meneruskan jualan sungguhpun telah dimaklumkan bahawa karya seni tersebut dicuri.

Usaha untuk mendapatkan semula koleksi seni itu dibiayai oleh LitFin, pemberi dana litigasi Eropah yang berpangkalan di Prague. Prosiding undang-undang diketuai oleh firma guaman global Dentons di Frankfurt dan Paris.

Jurucakap untuk keluarga Khatib berkata: "Dengan bantuan Dentons dan LitFin, kami akan menjejaki pelaku berkenaan di seluruh dunia. Kami akan terus mendapatkan semula harta benda kami dan menggalakkan sesiapa sahaja yang mempertimbang untuk membeli karya seni daripada Avant-garde Rusia supaya memeriksa asal-usul barangan berkenaan dengan teliti dan memastikan bukan yang dicuri daripada kepunyaan keluarga kami".

 

Source: The Khatib Family
Keywords: Art Entertainment Legal issues Legal Services