PRINCETON, New Jersey, 9 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Educational Testing Service (ETS) dan program TOEFL® hari ini melancarkan kempen TOEFL® Young Students Series GO English! — "Bandar Kami. Menurut Kami." — bagi mempromosikan bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar muda seluruh dunia. Kempen global itu akan bermula pada 13 Oktober 2014 dan tamat pada 31 Disember 2014. Kempen itu direka untuk memberikan ilham kepada para pelajar di bawah bimbingan guru pengajar bahasa Inggeris mereka untuk berlatih dan memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris mereka dalam bilik darjah.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
"Kini, para guru sedang giat memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada peringkat pembelajaran yang lebih awal," kata Jennifer Brown, Pengarah Eksekutif program TOEFL. "Di ETS, kami komited untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan para pelajar pada semua peringkat."
Sambil para pelajar bekerja bersama dalam satu kelas selama beberapa minggu, mereka akan menggunakan kemahiran bahasa Inggeris mereka untuk berkongsi kehebatan bandar mereka dengan menghasilkan iklan-iklan menarik melalui video, radio, poster ataupun ruangan akhbar. Para pelajar digalakkan untuk menjadi kreatif dan menggunakan pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris bagi menyampaikan mesej mengenai bandar mereka dengan berkesan.
"Apa yang hebatnya, kempen ini membenarkan pelajar berseronok dan menjadi kreatif sambil berlatih menggunakan bahasa Inggeris," kata Puan Jennifer. "Para pelajar boleh berbangga dengan menunjukkan kemahiran bahasa Inggeris mereka."
Menurut Encik Ezani Amir, Pengarah Urusan Eshia & Associates Sdn Bhd, yang juga wakil ETS di Malaysia, "Kempen ini adalah tepat pada waktunya dan juga relevan kepada pelaja-pelajar dan juga guru-guru untuk kita mengenengahkan betapa pentingnya untuk kita menggalakkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik-teknik yang kreatif yang dapat merangsangkan minat untuk pelajar-pelajar kita menguasai Bahasa tersebut."
Pelajar-pelajar sekolah yang ingin menyertai kempen ini akan menerima barangan promosi, bahan pendidikan, sijil serta plak.
Kempen ini adalah sebahagian daripada TOEFL Young Students Series, lanjutan daripada program ETS TOEFL, dan disediakan khas untuk keperluan pembelajaran bahasa pelajar yang lebih muda. Ia termasuklah ujian TOEFL® Primary™, yang direka untuk pelajar berusia lapan tahun ke atas bagi membina asas yang sesuai untuk perkembangan kemahiran bahasa Inggeris yang berjaya, dan juga ujian TOEFL Junior®, yang direka untuk pelajar berusia sebelas tahun ke atas.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang projek ini, sila layari laman web TOEFL Young Students Series GO English! di www.ets.org/toefl/goenglish atau hubungi wakil kami di Malaysia, Eshia & Associates Sdn Bhd.
Latar belakang TOEFL® Young Students Series
Direka untuk membina asas bagi perkembangan kemahiran berbahasa Inggeris yang berjaya, TOEFL® Young Students Series mempunyai penilaian, produk serta perkhidmatan yang sesuai mengikut peringkat usia — termasuk ujian TOEFL Junior® dan TOEFL® Primary™ — untuk membantu membimbing pelajar yang lebih muda menuju peringkat pembelajaran seterusnya.
Latar belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai diseluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berdasarkan penyelidikan yang rapi. ETS berkhidmat untuk individu, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang bersesuaian khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris dan juga pendidikan rendah, menengah serta pascamenengah, selain menjalankan penyelidikan, analisis dan kajian polisi pendidikan. Ditubuhkan sebagai organisasi bukan untuk keuntungan pada tahun 1947, ETS membangunkan, mentadbir dan turut memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® serta penilaian The Praxis Series® —dilebih 180 negara dan 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org