omniture

FARO® umumkan pelancaran besar-besaran perisian lakaran penguatkuasaan undang-undang paling popular di dunia - CAD Zone Suite 10; meningkatkan pengalaman pengguna dengan ratusan ciri baharu dan animasi untuk para pegawai Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan Awam.

FARO Technologies, Inc.
2014-10-10 00:36 128

LAKE MARY, Florida, 9 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- FARO® Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO) mengumumkan set perisian CAD Zone Release 10 FARO baharu yang menawarkan versi kemas kini Crime Zone, Crash Zone, Fire Zone, serta Insurance Zone. Versi Release 10 boleh didapati secara penghantaran segera untuk para pelanggan. Perisian CAD Zone terkenal kerana mudah digunakan dan alatan lukisan, analisis dan juga animasi miliknya yang hebat. Tawaran perisian ini membolehkan penghasilan lukisan dan animasi 2D dan 3D sedia untuk mahkamah daripada data pengimbas, data titik awan, jumlah data stesen, serta pengukuran manual.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140930/149360

Sejak lebih 20 tahun produk FARO CAD Zone telah menjadi program lakaran paling mudah dan paling tepat dalam pasaran keselamatan awam, yang turut merangkumi penguatkuasaan undang-undang, sains forensik, pembinaan semula tempat kejadian kemalangan, pencegahan kehilangan serta perkhidmatan bomba. Versi Release 10 mempunyai grafik 3D yang lebih realistik dan paparan yang lebih pantas. Turut dimasukkan dalam versi baharu ini ialah prestasi signifikan dan penambahbaikan ciri, yang telah dihasilkan bagi membantu para pelanggan keselamatan awam untuk mengautomasikan aliran kerja mereka.

Jay Freeland, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FARO berkata, "CAD Zone ialah jenama paling dipercayai bagi perisian lakaran-CAD untuk industri keselamatan awam. Kami terus melabur dalam pembangunan untuk menghasilkan perisian CAD Zone Suite yang lebih baik. Dengan memberi tumpuan kepada kehendak pelanggan, FARO telah menghasilkan program tersendiri yang melancarkan dan memudahkan aliran kerja yang diperlukan bagi menghasilkan bukti sedia untuk mahkamah. Penambahbaikan ini dapat meningkatkan pengalaman pengguna serta membantu meningkatkan pulangan pelaburan."

Melalui Release 10, Crime Zone, Crash Zone, Fire Zone, serta Insurance Zone kini menyediakan penambahbaikan utama yang berikut:

  • Grafik 3D dengan resolusi lebih tinggi untuk lukisan dan animasi lebih realistik
  • Fungsi lukisan 3D aktif, dengan tetingkap 2D dan 3D serentak
  • Kadar paparan 3D lebih pantas dengan pemuatan fail dan kadar segar semula lebih pantas
  • Antara muka pengguna yang intuitif untuk produktiviti maksimum
  • Tetapan grafik maju dengan kesan pencahayaan, bayangan, penyerlahan serta ketelusan kaca
  • Alatan pembersihan imej satelit yang inovatif untuk memadamkan kenderaan yang tidak diperlukan atau objek lain
  • Pemetaan rupa bumi untuk pendrapan aerial pada titik 3D
  • Simbol kenderaan 3D, pelekat 3D dan lain-lain simbol baharu dan dipertingkat
  • Kon trajektori peluru baharu dengan nilai ketidakpastian yang ditentukan pengguna

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang CAD Zone Suite 10, menonton video baharu, mendapatkan lesen atau meminta demonstrasi, layari www.faro.com.

Latar Belakang FARO® Technologies
FARO Technologies, Inc. ialah sumber paling dipercayai di dunia bagi pengukuran 3D, pengimejan serta teknologi realisasi. Teknologi daripada FARO membolehkan pengukuran 3D ketepatan tinggi, pengimejan dan juga perbandingan bahagian serta struktur kompaun dalam proses pengeluaran dan jaminan kualiti. Penyelesaian FARO turut digunakan untuk mendokumenkan ruang besar atau struktur dalam 3D, pengukuran serta pembinaan, selain untuk siasatan dan pembinaan semula tapak kemalangan dan juga tempat kejadian jenayah.

Di seluruh dunia, hampir 15,000 pelanggan menggunakan lebih 30,000 pemasangan sistem FARO. Ibu pejabat global bagi syarikat ini terletak di Lake Mary, Florida, dengan beberapa ibu pejabat Eropah serta Asia/Pasifik di Stuttgart, Jerman dan juga Singapura, masing-masing.

CAD Zone telah diambil alih oleh FARO Technologies pada akhir Julai 2014. Syarikat tersebut pada asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan matlamat untuk menyediakan program perisian lukisan CAD, sokongan, dan juga latihan untuk industri penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan awam.

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer Software New products/services Public Safety