omniture

Perfect World Menandatangani MoU dengan Universiti Columbia

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-10-10 04:18 94

BEIJING, 10 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pada tengah hari 30 September, Perfect World, pembangun dan pengendali terkemuka bagi produk hiburan interaktif di China, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Kesihatan Awam Mailman Universiti Columbia di New York. Ini merupakan hasil perbincangan mendalam antara Perfect World dengan Universiti Columbia tentang aplikasi hiburan digital interaktif dalam pemulihan perubatan dan peranan yang dimainkannya dalam pembangunan sosial.

Pada pagi hari yang sama, delegasi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong telah melawat Jabatan Sains Komputer Universiti Columbia serta makmal sains saraf dan makmal sains kesihatan alam sekitar di Kolej Kesihatan Awam Mailman universiti itu. Lawatan tersebut membolehkan mereka mendapat pengetahuan lanjut tentang pencapaian Universiti Columbia daripada segi kesihatan awam. Kemudian, pada waktu tengah hari, barisan eksekutif Perfect World telah mengadakan perbincangan mendalam tentang bagaimana hiburan digital interaktif boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan dengan kumpulan yang terdiri daripada lebih sepuluh ahli sains dari Kolej Kesihatan Awam Mailman. Eric Kandel, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang perubatan, telah berkongsi penemuan penyelidikan beliau dan terlibat secara aktif dalam perbincangan itu.

Menurut Xiao Hong, daripada peranti boleh pakai, peralatan hiburan dan kecergasan hinggalah kemudahan pengangkutan dan pemulihan perubatan, dilanjutkan kepada produk pendidikan, saluran penggunaan awam serta platform interaksi manusia-mesin, apa-apa pun boleh menjadi alat bagi hiburan interaktif digital dan turut mengilhamkan pemikiran baharu merentasi pelbagai sektor.

Semasa ChinaJoy tahun ini, Xiao Hong telah menyatakan pada masa hadapan, industri permainan akan memasuki dan disatukan bersama sektor penjagaan kesihatan, barangan pengguna, pendidikan, komunikasi, IT serta kewangan menerusi langkah untuk meningkatkan kehidupan seharian bagi segmen populasi yang lebih besar berbanding sebelum ini, sambil permainan mula menjadi simbol dan mewakili pendekatan sihat kepada kehidupan.

Kerjasama antara Perfect World dan Universiti Columbia menekankan arah aliran ini. Kombinasi permainan dan pemulihan perubatan boleh memanfaatkan sepenuhnya teknologi permainan. Permainan membenarkan para pesakit berinteraksi dengan objek melalui pelbagai perangsang deria secara semula jadi dalam persekitaran maya, manakala perisian pemulihan yang dibina dengan teknologi realiti maya pula menunjukkan lebih kesabaran berbanding pelatih manusia dan turut menghasilkan kualiti rawatan yang lebih sekata, lalu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ralat manusia secara signifikan. Pada masa yang sama, bentuk terapi pemulihan ini bukan sahaja dapat menghapuskan kebosanan seluruh proses ini tetapi juga dapat membuatkan pesakit berasa lebih seronok, lalu memperhebat lagi kesan pemulihan.

Kombinasi penyelidikan dan pembangunan permainan canggih antarabangsa Perfect World dengan pengetahuan mendalam Universiti Columbia tentang perubatan saraf akan memacu pembangunan pendekatan baharu kepada pemulihan perubatan yang menyepadukan disiplin dengan konsep dan teknologi permainan. Kerjasama kreatif dan bermakna yang merentasi disiplin ini membuka prospek pembangunan yang lebih luas untuk industri permainan, malahan seluruh sektor hiburan interaktif itu sendiri.

Pada masa hadapan, pembangunan pesat teknologi saintifik akan membuka lebih banyak kemungkinan untuk industri permainan. Permainan dijangkakan semakin menjadi aspek penting dalam kehidupan seharian. Beberapa bidang seperti pemulihan perubatan, peranti boleh pakai, peralatan hiburan dan kecergasan, kemudahan pengangkutan, kemudahan pemulihan perubatan, produk dan kemudahan pendidikan, saluran penggunaan awam serta pengalaman interaktif manusia-mesin akan menjadi beberapa arah baharu bagi industri itu. Permainan bukan sahaja akan dikhususkan untuk hiburan dan bersantai, malah permainan dan teknologi yang memacunya akan menjadi sebahagian daripada setiap aspek kehidupan pengguna global.

Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg

SUMBER Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet