omniture

Cybozu perluaskan teknologi Tanpa-Kod pemenang anugerah mereka di Thailand

Cybozu Inc.
2024-04-03 15:55 1
  • Penyedia perisian kumpulan, Cybozu, menubuhkan subsidiari baharu untuk Kintone di Bangkok yang mana mereka menyasarkan untuk menyuai tugas 500 syarikat ke dalam platform produktiviti tempat kerja utama mereka di Thailand menjelang tahun 2025
  • Ekonomi digital Thailand dijangka meningkat dengan ketara menjelang tahun 2027 dan merupakan antara ekonomi paling dinamik di rantau ini, dengan lebih 80% populasinya berada dalam talian  

BANGKOK, 3 April 2024 /PRNewswire/ -- Cybozu Inc., penyedia Jepun bagi penyelesaian perisian kumpulan untuk perniagaan, dengan sukacitanya mengumumkan pada hari ini pembukaan syarikat subsidiarinya, Kintone (Thailand) Co. Ltd., di Thailand. Ini merupakan pencapaian penting untuk Cybozu memandangkan pejabat Bangkok mereka akan menjadi subsidiari kedua syarikat ini di rantau ini selepas pejabat Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 2022.

Above: Kintone’s Office Location at Mitrtown Office Tower in Bangkok, Thailand
Above: Kintone’s Office Location at Mitrtown Office Tower in Bangkok, Thailand

Kintone ialah platform tempat kerja digital boleh disesuaikan semua-dalam-satu utama Cybozu yang dibina untuk kerja berpasukan, yang mana matlamat utamanya adalah untuk membantu perniagaan mengurus data, tugasan dan komunikasi demi kecekapan tempat kerja yang lebih baik. Mereka berbangga dengan perisian tanpa-kod utama mereka, yang boleh diperibadikan untuk menyesuaikan permintaan pengguna merentas pelbagai fungsi, termasuk pengurusan hubungan pelanggan, pengurusan aliran kerja, pengurusan aset, sumber manusia, kelulusan, operasi dan banyak lagi.

Kintone juga merupakan sebuah syarikat pemenang anugerah yang dinamakan sebagai Pelaksana Terbaik SourceForge pada Platform Pembangunan Tanpa-Kod dan diiktiraf dalam senarai kedudukan perisian global yang lain. Platform terpusat mereka turut mengatasi cabaran kolaborasi seperti perebakan aplikasi, yang merujuk kepada syarikat-syarikat yang mengguna pakai banyak aplikasi, hingga ke tahap menjadi tidak produktif untuk produktiviti pekerja. Disokong oleh Amazon Web Services (AWS), matlamat menyeluruh Kintone adalah untuk menyediakan kefleksibelan dan ketangkasan yang diperlukan untuk pengurusan aliran kerja kepada organisasi-organisasi Thai.

Menurut Lembaga Pelaburan Thailand, ekonomi digital negara ini dijangka meningkat kepada satu perempat daripada KDNK menjelang tahun 2027. Thailand merupakan antara ekonomi yang paling dinamik di rantau ini. Lebih 80% populasinya berada dalam talian dan lebih 99% syarikatnya merupakan PKS. Pengembangan ini berlaku serentak dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian transformasi digital dan minat kepada penyelesaian tanpa-kod di seluruh Asia Tenggara.

"Penubuhan subsidiari Kintone di Thailand merupakan langkah penting dalam perjalanan kami untuk memperluaskan kumpulan pengguna kami di seluruh rantau ini dan seluruh dunia," kata Namya Wayuparb, Pengarah Urusan Kintone (Thailand), "Dengan menjadi lebih dekat dengan rakan kongsi dan pelanggan kami di Thailand, kami dapat membangunkan selanjutnya operasi jualan dan pemasaran tempatan kami sekali gus menawarkan sokongan yang lebih padu dan lebih berkesan. Saya tidak sabar-sabar untuk memperbesarkan pejabat kami dan mengambil lebih ramai kakitangan tempatan untuk membantu usaha kami. Menerusi kolaborasi erat bersama ibu pejabat serantau kami di Malaysia, saya percaya Kintone dapat menjadi salah satu platform tempat kerja digital yang paling kompetitif dengan pantas untuk PKS di Thailand."

Dengan komitmen untuk menyuai tugas 500 syarikat di Thailand menjelang tahun 2025, Kintone menyasarkan untuk meluaskan kumpulan pengguna global semasanya. Cybozu dan Kintone turut melaburkan sumber untuk memahami dengan lebih baik keperluan perniagaan Thailand untuk menyediakan perkhidmatan kepada pengguna dalam pelbagai industri.

Digandingkan dengan pembukaan pejabat Bangkok, Cybozu mempunyai rancangan jangka panjang untuk mengambil kakitangan tempatan bagi memperluaskan lagi kehadiran pasaran dan kumpulan pelanggannya. Ini termasuk fungsi kerja dalam pemasaran dan jualan, yang bererti sokongan yang lebih cekap kepada pelanggan dan rakan kongsi Thai tempatan, serta rangsangan yang sihat kepada pasaran ekonomi dan pekerjaan Thailand.

Latar Belakang Kintone (Thailand) Co., Ltd. 

Kintone ialah platform tempat kerja digital boleh disesuaikan yang membolehkan anda mengurus data, tugas dan komunikasi anda pada satu tempat berpusat. Lebih 31,800 pelanggan menggunakan platform tanpa-kod Kintone dengan lebih daripada 2 juta pangkalan data serta aplikasi aliran kerja dibina khusus untuk perniagaan mereka. Kintone disediakan oleh Cybozu Inc., sebuah syarikat awam berpangkalan di Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1997. Kintone (Thailand) Co., Ltd. beroperasi di Bangkok, Thailand. Selain daripada saluran jualan langsungnya, syarikat ini bekerjasama erat dengan rakan kongsi perunding dan produk yang menyediakan Kintone di seluruh negara serta dengan ibu pejabat serantau di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Kintone Asia Tenggara, sila kunjungi www.kintone.com/en-sea.

Alamat: 944 Mitrtown Office Tower, Samyan Mitrtown, Tingkat 25, No. Unit S26086, Rama IV Road, Wangmai, Pathumwan Bangkok 10330

Latar Belakang Cybozu Inc. 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Cybozu ialah salah satu penyedia perisian kumpulan yang terkemuka di Jepun. Mengkhusus untuk memupuk sebuah masyarakat yang penuh semangat dengan kerja berpasukan, mereka membangunkan penyelesaian perisian yang menekankan kolaborasi dan kecekapan. Produk utama mereka, platform berasaskan awan Kintone, menjadi penting untuk banyak perniagaan global sejak pelancarannya pada tahun 2011. Cybozu memperjuangkan kerja berpasukan, persekitaran kerja yang hebat dan sokongan komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web mereka.

 

 

Source: Cybozu Inc.
Related Stocks:
Tokyo:4776
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards