omniture

IPC Shopping Centre Menjemput Pengunjung Menggayakan Stail Terbaik Pilihan Mereka Sempena Aidilfitri Ini

IPC Shopping Centre
2024-04-03 16:18 12

Pusat beli-belah menggalakkan para pelanggan untuk bergaya mengikut stail unik yang mereka gemari

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 April 2024 /PRNewswire/ -- Sempena Raya ini, IPC Shopping Centre mengalu-alukan pengunjungnya untuk menerokai dunia penuh gaya dan keriangan dengan kempen 'Bestnya Raya Stail Saya'. Mulai sekarang hingga 28 April, para pengunjung dijemput untuk membeli-belah perhiasan rumah dan persiapan diri sendiri serta berkumpul bersama keluarga dan rakan di Bazar Bestnya Raya sambil melawat bengkel-bengkel DIY, menonton pelbagai persembahan dan banyak lagi aktiviti menarik bersama keluarga, anjuran pusat beli-belah tersebut.

IPC Shopping Centre Menjemput Pengunjung Menggayakan Stail Terbaik Pilihan Mereka Sempena Aidilfitri Ini
IPC Shopping Centre Menjemput Pengunjung Menggayakan Stail Terbaik Pilihan Mereka Sempena Aidilfitri Ini

Pengunjung turut dijemput untuk melangkah ke taman kehijauan yang indah untuk menenangkan jiwa di Ruang Legar (Concourse) di Aras G. Dengan gabungan rekaan bertemakan kehijauan dan hutan semula jadi yang mendamaikan dan diselitkan pula dengan unsur budaya bermotifkan batik, seni reka pameran itu mengangkat kekayaan warisan budaya Malaysia yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Ini adalah bukti komitmen IPC Shopping Centre terhadap kelestarian, melambangkan dedikasinya untuk memelihara dan menghargai keindahan alam sekitar.

Di tengah-tengah kilauan lampu yang bergemerlapan dan kemeriahan menyambut kedatangan Raya, pusat beli-belah itu turut membina Glowing Secret Garden yang tersendiri, dihiasi dengan cahaya berkerlipan dan hiasan tradisional. Keindahan ruang tersebut adalah tempat yang paling sesuai untuk pengunjung merakam aksi dan stail mereka sambil berkongsi gambar tercantik mereka di media sosial bagi merebut peluang memenangi hadiah menarik bernilai RM1,000, terdiri daripada barangan eksklusif IPC serta mata ganjaran Tack Point.

Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre berkata, "Apabila kaum keluarga dan komuniti setempat berkumpul untuk meraikan kemenangan di penghujung Ramadan dan meraikan kedatangan Syawal, kami dapat melihat pelbagai gaya dan stail yang meriah. Sesetengah keluarga mementingkan hiasan rumah untuk memuliakan tetamu, ada yang bertungkus-lumus memastikan yang tetamu mereka diraikan dengan juadah yang lazat. Ada juga mereka yang amat menitikberatkan penampilan termasuklah pilihan alat mekap dan menggayakan fesyen trend terkini namun ada juga yang sukakan penampilan yang ringkas dan minimalis. Apapun stail yang menjadi pilihan, samada bercirikan tradisional, mengikut adat atau gaya tersendiri, indahnya Raya dizahirkan melalui cara kita meraikannya dengan kepelbagaian stail yang mencerminkan keperibadian diri kita sendiri. Atas sebab inilah, kami memperkenalkan kempen 'Bestnya Raya Stail Saya' yang bukan sekadar untuk meraikan setiap keunikan gaya malah juga untuk menggalakkan pengunjung mengekspresikan pilihan terbaik mereka, tak kira apapun bentuknya, di samping menerokai gaya terbaharu."

Tambahnya, "Di IPC Shopping Centre, kami sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang ramah mesra untuk setiap tetamu kami, ia bukan hanya sebagai sebuah tempat yang selesa untuk membeli-belah atau mencari barang keperluan dengan mudah, tetapi juga menjadi destinasi pilihan di mana para pengunjung boleh merasai pengalaman bermakna bersama keluarga dan teman-teman. Bertemakan batik dan alam semula jadi yang kami tampilkan, kami berharap dapat mengalakkan orang ramai untuk lebih menghargai dan memastikan seni warisan Malaysia tetap terpelihara." 

Sepanjang tempoh kempen ini, pengunjung juga boleh berkunjung ke setiap kiosk kecil di sepanjang Ruang Legar utama (Concourse) dan menyaksikan banyak persembahan sempena sambutan perayaan termasuklah paluan Kompang, melodi merdu Muzik Asli Kontemporari, alunan memukau Caklempong dan banyak lagi persembahan menarik. Ahli Små Club juga boleh menyertai bengkel-bengkel kemahiran seperti hiasan dekorasi, mencanting batik dan lain-lain lagi. Mereka juga mungkin berpeluang bertemu Maskot IPC Små Buddies semasa berada di pusat beli-belah.

Sebagai usaha menjadikan IPC Shopping Centre lebih mudah dikunjungi semasa musim perayaan ini, pusat ini menawarkan parkir percuma untuk jam pertama semasa hari bekerja sehingga 9 April, kecuali pada cuti am. Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh nikmati parkir percuma untuk 3 jam pertama semasa hujung minggu bila mereka berbelanja minimum RM100 dalam 2 resit dan boleh ditebus secara mudah dengan menunjukkan kad parkir untuk pengesahan di i-Counter di Aras G.

Pelanggan yang membeli-belah boleh menebus hadiah pelbagai stail daripada i-Counter juga di Aras G. Antara ganjaran yang menanti anda adalah seperti:

  • Tebus dua (2) e-baucar RM5 Bestnya Raya dengan belanja minimum RM200 dalam dua (2) resit.
  • Tebus satu (1) Set Paket Stail Raya dengan belanja minimum RM200 dalam dua (2) resit.
  • Tebus satu (1) Organiser Meja Pelbagai Guna yang diperbuat daripada kayu getah asli oleh Natural Signature dengan belanja minimum RM1,000 dalam tiga (3) resit untuk pelanggan biasa (RM800 untuk ahli Kelab Tack IPC).

Bagi terus menggalakkan pelanggan menikmati sambutan Raya secara lestari, IPC Shopping Centre akan terus bekerjasama dengan Arus Oil untuk menguruskan pengumpulan minyak masak terpakai semasa musim perayaan. Pada 14 April dan tarikh-tarikh dijadualkan sehingga akhir tahun, pengunjung boleh melupuskan minyak masak terpakai mereka di Pusat Kitar Semula dan Beli Balik atau Recycling and Buy-Back Centre (RBBC) yang terletak berhampiran dengan parkir kereta wanita di aras P1.

Sebagai sebahagian daripada Green Partner Programme yang sedang berjalan, pusat beli-belah ini juga bergabung dengan rakan-niaganya, Niki Cains Home untuk mengumpul kain, kusyen, bantal dan bantal peluk yang tidak lagi digunakan. Pengunjung yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini akan diberikan RM10 baucar tunai yang mereka boleh gunakan untuk berbelanja di kedai tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang 'Bestnya Raya Stail Saya' di IPC, sila layari ipc.com.my/BestnyaRaya atau ikuti IPC Shopping Centre di laman Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan info terkini. 

Tentang IPC Shopping Centre:

Merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan sesuatu yang utama dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pembangunan Mutiara Damansara sejak tahun 2003, ia berfungsi sebagai pusat pertemuan yang sesuai dan selesa untuk komuniti di sekitar itu dan pengunjung yang lain-lain juga. Menggabungkan warisan dari Sweden dengan inovasi, IPC Shopping Centre menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang unggul serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka ke arah bumi yang lebih hijau. IPC Shopping Centre memeriahkan kehidupan seharian sebagai pusat sehenti hab runcit pilihan yang menyediakan bukan sekadar transaksi membeli-belah, malah tempat untuk mengeratkan perhubungan, pertemuan dan memberi inspirasi untuk para pengunjungnya.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Entertainment Retail New products/services